Wednesday, 13 February 2013
Kembali Bersiaran
huyooo...hampir 1 1/2 bulan tidak menjengah blog ini. ini adalah catatan pertama bagi tahun 2013. pasal apa ekkk...hmmm...maybe because of kesibukan yang melanda di awal tahun. Banyak penyebab kesibukan itu. Sibuk di pejabat yang memeras banyak tenagaku seharian. Sibuk di rumah yang kuhabisi sisa-sisa tenagaku. Sibuk bersama anak-anak..prioritiku adalah memantau mereka menyiapkan homework. Along pada minggu2 pertama persekolahnnya setiap hari ada saja kerja rumahnya..berlambak2 pulak tu..semakin berkurangan apabila sudah masuk minggu ketiga..dan macam jarang2 bila sudah masuk minggu keempat. Baru lah kufahami anak ini memerlukan masa untuk menyesuaikan diri di persekitaran sekolah barunya. Di awal2 minggu itu semua kerja yang diberikan oleh cikgu dibawanya balik ke rumah untuk disiapkan. Setelah dia agak selesa mungkin dah dapat kawan yang serasi dengannya atau dah boleh menerima kehadiran guru-guru baru along tidak lagi menyimpan segala homeworknya untk dibawa balik ke rumah. dia menyiapkannya di sekolah di masa p&p atau di masa lapang. atta boy!. aku pun senang sikit sebab cuma membantunya mengulangkaji apa yang dipelajarinya saja di sekolah. Dan seperti biasa angah the genius one berlenggang-lenggang balik ke rumah kerana homework memang disiapkan sepenuhnya di sekolahnya. Dan si kecilku itu sama seperti abangnya homework dibawa balik ke rumah..sanagt banyak walaupun untuk budak yang baru nak mengenal abc. Bila ku komplen dekat cikgu tadikanya baru berkurangan sedikit sebab adik akan menyiapkan homeworknya sebelum dibenarkan untuk bermain petang sementara menunggu babah datang mengambilnya. Sekarang aku agak kurang sikit tekanan membantu anak2 menyiapkan homework masing2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment