Wednesday, 26 December 2012
Mesin Jahit Idaman 2
Alhamdulillah aku sudah mendapatkan mesin jahit idamanku cumanya bertambah baik coz yang diidamkan NV50 yang dapatnya NV95..ooo..happynya. Mylove yang belikan. Beza NV50 dengan NV95 ialah kedua duanya mempunyai corak jahitan yang sama tetapi NV95 ada tambahan iaitu ia boleh menyulam. Hujung tahun dapat offer murah punya. Aku dapat mesin jahit tepi juga 3034D. Memang puashati lah. Ini pun mylove juga yang belikan. Alhamdulillah. Senang lah aku menjahit sekarang ni..dah ada mesin jahit tepi di rumah. Mula-mula bagi rasmi mesin ni aku jahit blaus. Then jahit baju kurung mak mentua. Lepas ni tak tahu lagi nak jahit apa..dalam plan nak jahit seluar panjang anak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment