Sunday, 17 February 2013

Kaca

Tadi sedang asyik budak2 ni bermain scooter di dalam rumah ttiba2 angah datang dekat denganku sambil tunjuk lututnya yang luka berdarah. darah mengalir tak berhenti2 dan nampak macam agak besar juga lukanya. dia jatuh katanya. aik! heran pula takkan jatuh atas mozek pun luka sampai macam tu..kalau kat jalan raya mungkin juga jadi macam tu kan. Oleh kerana aku sedang meng iron baju kerja & uniform sekolah anak..maka myluv lah yang check lutut dia tu..he said macam ada kaca dalam luka tu. Dan angah pun mula lah menangis2 bila babah dia lap darah yang tak berhenti menangis, Terpaksa aku berhenti sekejab dan cek pula luka tu coz myluv minta aku reconfirm betul ke ada kaca dalam luka tu. Dan ternyata tepat sekali..siap pakai torchlight lagi untuk memastikannya. Jadi doktor sekejab cuma agak lambat sikit nak keluarkan kaca tu coz budak ni payah nak bekerjasama untuk diam. sentuh sikit dia jerit sentuh lagi jerit lagi. last sekali picit luka tu baru lah nampak kaca tersembul keluar dari situ. senanglah nak ambik. emmm...ni gara2 along main kayu panjang apa ntah baru ni terlanggar lampu hiasan kat kipas hall jadi pecah. Ada lagi sisa2 serpihan kaca yang tertinggal atas lantai.

No comments:

Post a Comment