Friday, 9 November 2012
Surut
oh yes kerja2ku yang menimbun sejak 2 minggu yang lalu kini semakin surut. Alhamdulillah dapat juga kusiapkan satu persatu mengikut kepentingan. Tapi dalam 2 minggu ini memang aku tidur tak menentu.. kesihatan pun agak terganggu..rasa kepala berdenyut2 bila dah sampai petang..agaknya sebab kurang tidur. dan tadi cek kat ofis guna blood pressure machine yang ofismate aku punya tu upper agak naik pula yang lower ok. walaubagaimanapun my blood pressure is still normal. Alhamdulillah.
cheezy 7
Aku & myluv pi makan kat pizza hut. kononnya nak belanja birthday boy makan..sekali ikut selera aku pula. dia pun taktau nak makan apa..so i suggest pi pizza hut la..kami order cheezy 7 pizza..huhuhuh sungguh sedap & sedap coz banyak ciz betul kat topping dia tu. but the chicken soup dia out coz terasa kat mulut ni dia punya serbuk perisa ayam dia tu still berketul ketul lagi ..tapi i makan dengan berselera lah pizza cheezy 7 tu. myluv biasa2 je..hmm...aku yang beria2 makan bukan birthday boynya.
Monday, 5 November 2012
Body Borrower
Apakah perasaan anda sekiranya badan anda yang gagah perkasa dipinjam oleh makhluk Tuhan yang berjenis halus. Dan makhluk itu pula berupa seorang tua yang uzur, kaki tangan membengkok dan kata-kata yang keluar daripada mulut pun tidak jelas untuk difahami. Dan anda menjadi pilihan untuk bertukar badan. Maka makhluk tersebut mendapat tubuh anda yang gagah perkasa dan anda mendapat tubuh yang uzur. Pada zahirnya anda kelihatan seperti orang yang telah mendapat serangan angin ahmar..seolah-olah lumpuh tak betenaga dan susah nak difahami butir bicara. Namun dapat difahami dengan kurniaan ilmu Allah pada insan lain yang berupaya mengesan dengan izin Allah s.w.t. bahawa apa yang terjadi ini adalah sesuatu yang dikira mustahil itu pada kehidupan moden. Maha suci Allah. Semestinya ada hikmah mengapa ini semua harus terjadi. Orang yang dilihat dan disangka baik jangan diingat tiada sisi jahat dalam dirinya..selalu kena beringat & berjaga-jaga. Jaga budi bahasa anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)