Friday, 15 February 2013

Aktiviti sebelum tidur

Setiap malam sebelum tidur anak2 akan baca surah2 lazim yang mereka dah hafal. Bilik gelap tapi sangat bising suasana dalam biliknya. apa taknya angah dan adik kalau menghafal sangat kuat suaranya..agaknya apa la jiran sebelah menyebelah cakap. mujur juga anak2 ini ku biasakan tidur awal supaya senang nak jaga esok pagi. maunya tengah malam baru nak tidur maka suasana tengah malam itu akan riuh rendah bunyinya dengan suara anak2 ku menghafal surah. setakat ini baru 6 surah yang mereka hafal. begitu bersemangat sekali. Target mama 12 surah lazim sehingga akhir tahun 2013 ini. Along mula menghafal bacaan2 dalam solat. bila yang sulung dah start adik2 pun ikut sekali. Agak lambat juga aku mengajar along menhafal bacaan solat. sepatutnya kena mula time dia berumur 5 tahun. Ability tu sebenarnya dah ada masa itu. Aku ni je yang tidak prihatin kebolehupayaan anak2 ku. Ingat masih kecil lagi. Angah memang sangat cepat menghafal. Adik pula memang yang paling last la dapat hafal semua yang aku ajar..last2 pun tidak lah ketinggalan sangat kerana tiap2 malam kena revise sebelum tidur..zzzzzzz....

No comments:

Post a Comment