Wednesday, 25 January 2012

SchoolPant

Aku dengan rasa takut2 memulakan mission yang seterusnya iaitu menjahit seluar sekolah anakku. mula2 lukis pola dulu. aku ikut step by step nota mygfl..seluar untuk baju melayu cekak musang..lebih kurang sama je basic nak jahit seluar tu. lama gak nak buat pola seluar ni. poning lah jugak sikit2. abis buat pola hadapan seluar, belakang seluar, fly kiri & kanan, poket seluar. aku tak buat bahagian pinggang coz sambung terus dari bahagian seluar tu. then keja2 menggunting kain pun diteruskan. siap gunting macam pelik je aku tengok. besarnya. macam..eh betul ke ukuran yang aku buat ni. tapi aku teruskan to the next step. dalam hati takpe la kalau salah pun..beli lagi kain baru. kan kena cuba jaya gak maklum lah takdak sapa nak tunjuk ajar..ehekk ehek,..sedihnya. aku teruskan jahit tepi satu persatu. dah siap aku berhenti sat coz nak dodoikan ketiga2 anakku tidur pulak. depa pun tak tidoq siang punya so simpanan tenaga tu tinggai sikit. aku ingat2 dalam masa setengah jam boleh tidoq dah ni. tepat seperti jangkaanku landing je semua dibuai mimpi. hik hik hik. senang aku nak teruskan missionku. mula2 part paling sukar sekali jahit zip. ayoyo..aku baca nota mygfl ni apa pun aku tak paham le. pening pening..last2 aku ambil seluar lama anak then follow je cara jahitnya. siap gak bahagian zip. cuma ada bahagian tu tapak zip takdak so aku susah nak siapkan bahagian penyudahnya tu. aku biar je lah coz ingat jahit guna manual je lah..guna tangan. then sambungkan jahit kedua2 bahagian belakang. baru lah lepas tu jahit kelangkang pulak. dah cantum dua2 kelangkang, pi jahit bahagian tepi kiri kanan. masa ni sohih2 dah happy coz dah nampak rupa seluar dah. then jahit pinggang. 2 bahagian iaitu getah dan pengeras. jahit tang getah dulu. then pengeras. along try test seluar dia..aiseh budak ni dah mengurus 2 inci lah. terpaksa pula cut bahagian tepi tu 1/2 inci setiap part. then kena jahit basi..ok lah boleh makan dalam 2 inci proses jahit semula. oh ya..aku terlupa nak bubuh poket. kali ni jahit semula aku nak tambah poket dia tu. alang2 dah buat kan. ni tak abis lagi jahit sleuar ni. berhenti sampai cut bahagian tepi. semalam pun tidur pukul 1.45am. cuma tak puas hati tang kemasan jahitan. tak berapa kemas lah. emmm...practice makes perfect? iya lah kut :-)

No comments:

Post a Comment