Sunday, 29 April 2012

Today's recipe

hari ni nak masak nasi tomato lah. tapi anak2 tak berapa sangat nak makan pedas2 ni. along tu boleh lah makan sikit2. kena tambah menu ayam masak kicap lah kut. sat lagi nak pi kedai beli mana2 bahan yang tak cukup. aku ingat nak buat puding jagung. dah lama sangat tak buat dan makan puding ni. baru ni buat agar2 coklat. along tak minat pula, angah makan sikit je, yang adik asyik nak menambah saja..sampai terpaksa sembunyi pula agar2 ni..takut sakit perut ke apa ke kalau makan banyak sangat. baru ni tadika dia buat fruit festival..ticer kata adik makan paling banyak sampai tak larat..isskkk anakku yang sorang ini. memang kuat nafsu makannya..selagi makanan depan mata dia tak abis selagi tu lah dia nak pulun gak sampai kenyang.

Survey Langsir

yesterday aku & myluv p survey kain untuk langsir. aku nak jahit langsir lagi untuk rumahku. sekali merangkap untuk raya lah..awalkan..tapi masa aku p kamdar tu ramai dah orang yang sedang bershopping beli kain langsir. mesti yang nak kena hantar upah ke orang lain kut. nasib baik aku dah boleh jahit sikit2..cuma nak menambah skill je. bahagian kening tu mungkin aku akan ubah patternnya dari yang sekarang ni. lepas survey kain langsir aku p bahagian kain pakaian pulak. ahakz terbeli pulak 3 pasang kain + 1 untuk buat blouse..nak try jahit blouse ni..nanti bila kau dah start menjahit langsir aku akan ceritakan perjalanan penjahitanku itu di sini k..untuk rujukan diri sendiri juga di samping manalah tahu ada juga kaum2 wanita di sana yang teringin nak menjahit langsir sendiri tanpa guru macam aku heheheh..boleh lah share mana2 yang patut..

Friday, 27 April 2012

Yaasin

Air Yaasin boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus. kena amalkan selalu..minum sekali je mungkin bertahan sekejap saja..bergantung pada ketahanan individu tersebut. jadi, jadikan amalan ye meminum air yaasin sekiranya anda menghadapi gangguan seperti ini. InsyaAllah mujarab.

Tuesday, 24 April 2012

Gemilang Terbilang

Aku dapat tahap gemilang! ....hahahha...macam tak percaya pulak...kalau tahap cemerlang tu macam logik lah juga..tapi..terima je la..hahahahha...esok2 dapat terbilang pula? Dengan izin Allah s.w.t..semuanya boleh berlaku..siapalah kita untuk menolak ketentuanNya..

Birthday Wish

untuk harijadiku yang bakal menjelang tiba aku inginkan hadiah..lari dari kesibukanku sehari2 menguruskan hal kerja + rumahtangga...kalau lah aku boleh bercuti dan berehat sepuas2nya pada hari tersebut..alangkah leganya. letih tau takdak rest ni...bukan mengeluh tapi bagi para ibu yang berkerjaya sepertiku tentu memahaminya. apalagi anak2 masih kecil dan tengah melasak. penat tak terkata..body and soul. itu je la yang aku inginkan..cuti...cuti...cuti...maybe aku akan apply cuti lah nanti..tengoklah..

Kain Lining2

Siap juga my baju kurung yang berlining ni. tapi dengan kemahiran yang tak berapa nak ada ni agak terkial2 juga aku menjahitnya. hasilnya memang membuatkan my frens membelek2 bajuku itu..dah terer dah depa kata. tak tahu aku ni kepayahan nak menjahit double macam ni. lepas ni berkira2 la juga nak menjahit lagi baju berlining. myfren said her mother pun takmau menjahit baju ada lining ni. kena berhati2 lebih coz boleh jahit panjang sebelah kain tu dibuatnya..tak boleh tariklah..meaning tangan kena lembut ye puan2..her mother punya solution ialah dia jahit satu baju kurung kain lining sahaja then kalau nak pakai baju kurung see thru punya pakai dengan baju kurung lining tu..hahahaha...good idea tu..coz aku pun malas nak jahit lining ni kalau ni punya susah la..thank you makcik.

Monday, 9 April 2012

3 jam = 2 pasang

ahakzz..selama 3 jam ini i cuma berjaya menggunting 2 pasang kain je...isskkk iiskkkk...sungguh tak produktif. kalau kerja kat kedai jahit pakaian mesti dah kena sound oleh tokey kedai. yang kain pertama tu la agak terkial2..macam dah terlupa pulak ukuran & cara potonganmya..sambil tengok tv pulak tu. satu kain je ambil masa 2 jam. yang kedua tu dah cepat sikit..tapi sejam juga la. apalah aku ni. sayang masa tau..membazir. ni aku baru perasan kain yang aku beli ni colour dia dekat2 sama dengan baju yang sebelum ni. apa lah aku tak sedar. agaknya warna tu memang nampak cantik di mataku masa bershopping hari tu. ni ada la dlm 3 baju kurung yang warnanya senada..lebih kurang sama. lain kali ingat ye cik kak oooii..kain kaler ni 2 tahun lagi baru beli ok. biar bagi lusuh dulu yang ada ni. lepas ni yang beli warna dark blue & kuning. anak2 nak red colour as our theme colour for raya this year..pandai nooo kecik2 dah bagi warna tema. tapi aku ni banyak baju kurung warna merah. bosan la pula nak tambah koleksi warna merah lagi. myluv tu ikut je..tak kisah. oh ye this year aku nak cuba menjahit pakaian raya untuk myluv & anak2 & mak juga. hmmm...untuk abah beli je lah. my sil pun duk busy meniaga kuih raya sampai tak sempat nak jahit baju. kalau jahit baju untuk abah takut tak kena plak..maklumlah first time nak jahit baju melayu. myluv takmau leher teluk belanga. dia nak cekak musang. tak tahu la ni berjaya ke tak eksperimenku nanti. menurut my sil cekak musang susah sikit nak buat..kena hati2 menjahitnya uu kalau nak kemas. mesti banyak menetas lah nanti. InsyaAllah aku akan terus berusaha. alangkah bangganya & senangnya hati bila melihat orang2 tersayang memakai pakaian yang ku jahit dengan kasih sayang.

Sunday, 8 April 2012

Kain + lining

Rasanya macam dah lama tak menjahit baru kurung. tu yang pi kamdar kelmarin..beli kain 3 pasang.. syeronoknye..kamdar sale lagi..nak abih dah offer. memang murah uu..kali ni aku beli kain jenis jarang tu..cuba nak jahit guna lining pulak..saja nak mencabar diri. lagipun aku memang dah lama berkenan dengan kain2 jenis jarang ni. pattern lebih menarik. nampak macam susah juga nak buat ni. tapi tu lah aku ingin mencabar diriku sendiri..untuk tingkatkan lagi kemahiran yang tak seberapa ini. ok..i nak potong kain ni..anak2 pun dah lama lena diulit mimpi. harap2 menjadi. InsyaAllah.

Friday, 6 April 2012

Roses are red, yellow, white, pink..

Bunga ros ada beberapa jenis warna. paling glamour warna merah..tapi ada juga yang warna kuning, putih, pink..kan. bunga ros adalah my favourite flower. sebab bau harumnya yang sangat kusukai. tak jemu untuk kucium baunya. hmmm...tapi sudah lama tak dapat bunga ros. myluv pun macam dah lama tak hadiahkanku bunga ros la. ha'ah lah..agaknya kami dua2 dah jadi semakin tak romantic kut. coz dia lama tak bagi bunga & aku pun tak perasan myluv dah lama tak bagi i bunga u. boleh macam tu...isshhh..

Wednesday, 4 April 2012

Adik

Adik yang berumur 2 tahun 6 bulan kini sudah hafaz surah al Fatihah. aku tak ajar pun dia, cuma ajar abang2 dia. tak sangka pula adik pasang telinga bila aku duk betulkan bacaan along n angah. dengar2 dia dah ikut baca setiap kali abang2 baca. alhamdulillah. waktu ini adik seperti span yang mudah menyerap segala apa yang dilihat, didengar dan disentuhnya. aku kena memainkan peranan sepenuhnya mengajar anak2..syukur alhamdulillah atas nikmatMu ya Allah