Wednesday, 26 December 2012
Mesin Jahit Idaman 2
Alhamdulillah aku sudah mendapatkan mesin jahit idamanku cumanya bertambah baik coz yang diidamkan NV50 yang dapatnya NV95..ooo..happynya. Mylove yang belikan. Beza NV50 dengan NV95 ialah kedua duanya mempunyai corak jahitan yang sama tetapi NV95 ada tambahan iaitu ia boleh menyulam. Hujung tahun dapat offer murah punya. Aku dapat mesin jahit tepi juga 3034D. Memang puashati lah. Ini pun mylove juga yang belikan. Alhamdulillah. Senang lah aku menjahit sekarang ni..dah ada mesin jahit tepi di rumah. Mula-mula bagi rasmi mesin ni aku jahit blaus. Then jahit baju kurung mak mentua. Lepas ni tak tahu lagi nak jahit apa..dalam plan nak jahit seluar panjang anak.
Wednesday, 19 December 2012
PMR Result
PMR result keluar hari ni..tahun ni anak2 sedaraku takde yang ambil PMR..so semua rileks je..ada 2 orang yang ambil SPM dan seorang ambil STPM. so tunggu je la macamana result diaorang. Oho..anak jiran ada 3 orang yang ambil PMR..entah apa ke resultnya. Nak pi menyebok nanti..heheheh..
Friday, 7 December 2012
Nota kecil
1. ditujukan pada seseorang tapi terkena kat orang lain disebabkan body weakness & tiada pendinding.
2. 80% - 20%
3. 44.3
4. telaga racun
5. kena duduk di rumah lain sementara waktu. dah kuat sikit baru boleh balik rumah.
6. 7 malam berturut2
7. ada jalan utk baik tetapi ambil masa sikit.
2. 80% - 20%
3. 44.3
4. telaga racun
5. kena duduk di rumah lain sementara waktu. dah kuat sikit baru boleh balik rumah.
6. 7 malam berturut2
7. ada jalan utk baik tetapi ambil masa sikit.
Kerinduan
Malam ini anak2 tidur di rumah mak mentua. Dah lama mak pujuk cucu2 dia ni tidur barang semalam dua kat rumah dia time cuti sekolah ni..idaknya budak2 ni mau..depa nak tidur gak bawah ketiak mama dia ni saja..hehehe..kul 6pm aku call anak2..sibuk tanya bila babah nak datang ambik diaorang balik rumah. pastu call kul 10pm..mak kata semua tak tidur lagi..balik2 tanya bila babah nak mai ambik depa balik..cakap dengan along slowtalk kata esok baru babah datang bawak balik diaoramg..dia kata takmauuuuu..nak tidur dengan mama. hmmm...kul 11pm mak call balik kata anak2 dah naik tingkat atas nak tidur. hmmm...mylove kata kalau depa kacau tengah malam dia datang ambik depa..budak kecik macam tu lah..seronok sangat tidur ada bau2 mama & babah..bila sorang2 duk rumah ni terasa sunyi pula..biasa memang waktu ni anak2 dah tidur tapi kesunyian yang dirasai tak sama dengan kehadiran mereka. itulah rasa kerinduan pada anak2 namanya..aku sendiri pun susah nak pisah tidur dengan anak. inikan pula budak kecik macam tu kan.. sob..sob..sayu pula hati mengenangkan perasaan anak.
Friday, 9 November 2012
Surut
oh yes kerja2ku yang menimbun sejak 2 minggu yang lalu kini semakin surut. Alhamdulillah dapat juga kusiapkan satu persatu mengikut kepentingan. Tapi dalam 2 minggu ini memang aku tidur tak menentu.. kesihatan pun agak terganggu..rasa kepala berdenyut2 bila dah sampai petang..agaknya sebab kurang tidur. dan tadi cek kat ofis guna blood pressure machine yang ofismate aku punya tu upper agak naik pula yang lower ok. walaubagaimanapun my blood pressure is still normal. Alhamdulillah.
cheezy 7
Aku & myluv pi makan kat pizza hut. kononnya nak belanja birthday boy makan..sekali ikut selera aku pula. dia pun taktau nak makan apa..so i suggest pi pizza hut la..kami order cheezy 7 pizza..huhuhuh sungguh sedap & sedap coz banyak ciz betul kat topping dia tu. but the chicken soup dia out coz terasa kat mulut ni dia punya serbuk perisa ayam dia tu still berketul ketul lagi ..tapi i makan dengan berselera lah pizza cheezy 7 tu. myluv biasa2 je..hmm...aku yang beria2 makan bukan birthday boynya.
Monday, 5 November 2012
Body Borrower
Apakah perasaan anda sekiranya badan anda yang gagah perkasa dipinjam oleh makhluk Tuhan yang berjenis halus. Dan makhluk itu pula berupa seorang tua yang uzur, kaki tangan membengkok dan kata-kata yang keluar daripada mulut pun tidak jelas untuk difahami. Dan anda menjadi pilihan untuk bertukar badan. Maka makhluk tersebut mendapat tubuh anda yang gagah perkasa dan anda mendapat tubuh yang uzur. Pada zahirnya anda kelihatan seperti orang yang telah mendapat serangan angin ahmar..seolah-olah lumpuh tak betenaga dan susah nak difahami butir bicara. Namun dapat difahami dengan kurniaan ilmu Allah pada insan lain yang berupaya mengesan dengan izin Allah s.w.t. bahawa apa yang terjadi ini adalah sesuatu yang dikira mustahil itu pada kehidupan moden. Maha suci Allah. Semestinya ada hikmah mengapa ini semua harus terjadi. Orang yang dilihat dan disangka baik jangan diingat tiada sisi jahat dalam dirinya..selalu kena beringat & berjaga-jaga. Jaga budi bahasa anda.
Friday, 26 October 2012
Demam raya
hmmm...along demam pagi ni. bangun pagi2 dah mengadu mata dan telinga sakit. sampai nak suapkan dia bihun goreng susah nak pujuk dia untuk makan. makan juga sikit sebab aku kata nanti tak dapat nak makan ubat kalau perut kosong. lepas makan 20 minit tiba2 dia muntah pulak. lepas dah muntah tu baru dia kata lega mata dan telinga dah tak sakit. Aku pun cepat2 bagi makan ubat demam. 3 jam lepas tu masa berada kat rumah mil dia menangis2 kata telinga sakit. mak pun jadi kalut lah tengok cucu dia menangis2 macam tu. last sekali sapu minyak dalam telinga along. baru dia senyap & terlena sat. terpaksa kami balik rumah dan tak pi beraya rumah sapa2. sampai rumah dia mengadu sakit mata lagi. jam 2 tadi dah bagi makan ubat demam. nampak macam dah lega. tapi tu lah nampak gaya nak kena berjaga lah malam ni.oh yea mak masak set nasi tomato hari ni. tambah ketupat, kuah kacang, rendang ayam. Thumb up.
Thursday, 25 October 2012
An apple
bila master kungfu panda meminta kungfu panda membawakan an apple kepadanya. betapa hairannya kungfu panda bila diminta berbuat demikian. beberapa kali dia bertanya masternya betulkah mau dibawakan an apple dan masternya pun mengulang beberapa kali permintaan itu. lucu bila tengok air muka kungfu panda seakan tak percaya..like r u kidding me..like seriously an apple? apa muslihatnya ye? aku pun tengok part tu je..so tak tahu apa ceritanya
Kisah Lelaki Muda Itu..
Seorang lelaki muda ini mempunyai kisah hidupnya tersendiri..nak dikatakan sebagai iktibar kurasakan apa saja yang berlaku dalam hidup seseorang itu boleh dijadikan iktibar sebagai peringatan kepada kita hambaNya yang lemah ini. Lelaki muda ini berkahwin pada usia yang muda sewaktu dia menuntut lagi di college kerana terlalu cintakan gadis itu. Semasa sang isteri pregnant anak kedua dia bermain kayu tiga dengan seorang gadis yang masih menuntut di tahun akhir. Menangislah sang isteri kerana kecewa tetapi oleh kerana campur tangan orang tua di kedua-dua belah pihak hubungan terlarang itu pada mulanya berjaya dihentikan. Namun yelah..pilihan ditangan kita..andainya masih berkeras juga..otak boleh memikirkan berbagai2 helah untuk meneruskan hubungan ini walaupun secara senyap2. Si isteri sehingga kini tak mengetahui lelaki muda ini telah pun menikahi gadis itu dan mempunyai seorang anak bersamanya. Namun oleh kerana lelaki ini jenis yang ntah lah aku pun tak pasti macam tak matang dan tak bertanggungjawab mungkin jenis yang melebihi nafsu, dia tak memberi nafkah seadilnya untuk isteri kedua dan lagi familynya pun tak pernah ingin mengenali this no.2 ni. begitulah adanya. Setelah 4 tahun memendam derita akhirnya mereka bercerai atas kehendak sang isteri kedua ini. Namun lelaki muda ini sekali lagi membuat perangai. Dia bermain cinta pula dengan seorang gadis yang baru je lepas exam ting. 5. Muda jelita bergetah begitu. Bila family dak perempuan ni dapat tahu lelaki muda ini telah dibelasah sehingga patah kaki. Ambik ko mc sebulan. Entah macamana family perempuan ni minta lelaki muda ini bertanggungjawab kerana dah malu anak mereka diusung oleh lelaki muda ini. Lelaki muda ini pun menikah lagi buat kali ketiga. Tapi diulang lagi sikap yang dulu tiada nafkah diberikan..sikap tak matang sikap tak bertanggungjawab masih diamalkan. menjadi modalnya untuk memikat dan mencairkan hati gadis2 muda ialah rupa yang manis, peramah serta keromantikan dan tabur duit sikit2. Akhirnya sang isteri ketiga ini pun tak tahan, after a year or two..akhirnya mereka bercerai. Yang tetap bertahan ialah isteri pertamanya yang sebenarnya tak mengetahui apa2 cerita tentang suaminya yang nakal ini. Cumanya dia beruntung kerana sangat disayangi oleh family suaminya. Kisah terbaru lelaki muda ini ialah..ya sekali lagi menjalinkan hubungan dengan perempuan lagi..aku tak tahu bila nak berubah..kali ni bermain cinta dengan isteri orang!!. oh my god. suami perempuan itu sampai mendatangi rumah lelaki muda ini membawa parang untuk membuat perhitungan. nasib baik ketika itu ada ayah, pakcik lelaki muda ini di rumah. Kalau tidak ntah apa yang akan berlaku. kali ni isterinya mengetahui hal ini. menangis lagi lah dia..alangkah lukanya hati itu..khabar terbaru bini orang itu telah bercerai dengan suaminya. Aku tak tahu adakah lelaki muda ini akan bertindak gentleman (kononnya..) adakah dia akan bernikah untuk kali keempat. I juz donno..
Hobi 1
Hobiku ialah pergi berjalan2 & bersantai menikmati keindahan alam yang hijau. Semasa aku masih anak dara aku mempunyai geng kaki jalan seramai 10 orang. Kami kumpul duit untuk aktiviti berjalan2 ni. Yang paling menarik sekali adalah ketika kami melawat Lembah Danum. Pengalaman berada di lembah yang indah itu tak dapat kulupakan. Gambar2 yang ditangkap pada masa itu memang mencuit hati dengan gelagat kami. Indahnya masa itu. Andainya masaku boleh berputar kembali ini lah saat yang kuinginkan untuk kulalui sekali lagi bersama teman2 yang sesetengahya berpisah disebabkan jarak dan tugas termasuk aku. Takpe lah at least apa yang ada dalam ingatanku terhadap rakan2 ku ini adalah saat2 manis
Layan..
sekarang dah jam 3.45 am. Along terjaga tadi terus tengok tv mula2 tgok vcd tom & jerry yang baru babah dia beli. pastu boring dia tgok astro oasis pulak. tadi kami dua2 orang balun belen2 kek birthday adik. kena curi2 makan coz adik la ni batuk teruk. nanti tengok abang2 makan dia pun nak jugak. esok anak2 cuti, aku pun cuti sempena nak raya haji. myluv sorang je tak cuti. dia biasalah susah nak ambik cuti. minggu depan anak2 exam hujung tahun. kena buat revision cuti 4 hari ni dengan diaorang. tadi ada lah minta feedback dari ticer. ticer kata along masa trial tu tak score dlm subjek sains. ok lah nak tidur dulu...
Ngahngah
Ngahngah adalah abang no.2 ku. ngahngah merupakan panggilan anak saudara kepadanya. Berkahwin pada usia 40 tahun dan kini mempunyai 2 orang anak yang kecil. Putus tunang sekali setelah bercinta bertahun lamanya. agaknya tu pasal ngahngah kahwin lambat. Jumpa je dengan isterinya ni tunggu tak lama dalam masa setahun terus menikah. Macam tu lah kalau memang dah jumpa jodoh..cepat je prosesnya. Tu yang bercinta bertahun2 tu tak jugak kahwin alamat tak dak jodoh agaknya...awas sapa2 yang berada di situasi bercinta bertahun2 ni...tapi jodoh kan terletak di tangan Allah s.w.t. Kita kenalah terima takdir ini dengan hati terbuka dan tenang. InsyaAllah rezeki Allah ada untuk kita. Sudah 2 tahun kesihatan ngahngah merosot. penyakit ini sebenarnya bermula dari dia muda lagi..tangan shaking pada mulanya. My parents cukup puas membawanya berubat hospital, klinik dan tradisonal. Ok for quite sometimes. After my mom pass away then it becomes worst..coz dia ni tak peduli sendiri punya penyakit..kuat hisap rokok lagi. penyakit tu menyerang kaki belah kirinya. susah nak bergerak. apalagi nak naik tangga. sungguh sedih melihat keadaannya. Bila diberikan air akar2 kayu made by my uncle yang mahir tentang akaran ni..adalah positif improvement sikit..boleh dah berjalan perlahan2 tanpa tongkat. tapi dia stil keep on rokok. tak putus2..abih camno nak buek tu. aku pun tak fahamlah. tak kesian ke dengan anak2 yang kecil tu. Baru ni aku telefon. agak susah dia nak bercakap. Suara dah macam orang yang kena penyakit angin ahmar. Katanya sekarang makin teruk. Sebelah badan macam dah lumpuh...Sayunya hatiku..2 malam yang lepas aku bermimpikan ngahngah pergi ke syurga..mimpi tu memang jalan cerita dia berbelit2 tapi at the end ngahngah kata dia seronok duduk kat syurga. Ya Allah sembuhkan penyakit abangku..panjangkan umurnya ya Allah supaya dia terus dapat beribadat kepadaMu ya Allah..dan dapat membesarkan anak2nya menjadi insan soleh dan solehah.
Sunday, 21 October 2012
kerja..kerja..kerja..
Dah dekat nak hujung tahun..banyak kerja nak kena siapkan sebelum tahun baru bermula..ke'busy'an yang melampau coz semua kerja diberi dateline yang dekat2..masa ni lah semua kalut nak tutup fail sehingga kerja yang patut boleh dibuat secara bersistematik kalau diberikan awal menjadi kelam kabut kerana arahan last minute yang menyesakkan jiwa. Apalagi akan kekurangan tidurlah aku dalam seminggu dua ni. Aku cuba menyusun jadual mengikut kepentingan kerjaku..so far satu persatu berjaya disiapkan..Cumanya terpaksa melupakan seketika hobi menjahitku..tiada masa untuk memegang mesin jahit.
Wednesday, 10 October 2012
Andainya masa itu..
Andainya masa boleh berputar balik..aku ingin masaku berpusing kembali semasa aku di tingkatan 3 agar dapatku perbaiki keputusan examku..ahakzz..taklah teruk sangat tapi rasa2nya aku boleh buat yang lagi baik. tapi dengan syarat walaupun fizikal berwajah 15 tahun namun fikiranku yang matang diusia ini bersama IQ geniusku ini harus berada dalam tubuh itu..hahahahah...adakah macam tu. suka sangat berkhayal yang bukan2 tau..kehkehkeh. nak jugak tunjuk terer tu. mesti aku jadi best student & maybe keluar newspaper kut sebagai top student. Selepas itu aku akan terus juga belajar di sekolah di kampungku itu (walaupun aku mesti dapat offer pi study kat sekolah berasrama kan..top studentlah katakan) kerana aku ingin menghabis kan masa sebanyak yang mungkin bersama familyku terutamanya orang yang amat kusayangi dan amat2 kurindui di kala ini..my mummy. Then aku akan mencapai result yang paling cemerlang dalam spm pula. Sekali lagi masuk newspaper..kehkehkeh..merapu sungguh. lepas spm terpaksa pula masuk universiti kan...adakah aku akan apply u yang sama? hmmm...camna ekkk...masuk u yang sama bererti aku akan berpisah dari familyku kerana ianya di negeri lain. Negeri kelahiran ku pulak tidak mempunyai u lagi di kala itu..hmmm... opsyen yang lain ialah masuk maktab perguruan. Huiyo..mesti aku dapat tajaan biasiswa kan untuk study oversea.. isskkk payah pulak kalau jadi top student ni. jadi tumpuan lah puleekkk..sedangkan aku ni orang yang tak minat dapat tumpuan lebih2 macam ni. sat gi semua ceritaku dari superbaby sehingga kini akan dikorek.. dalam tak glamer macam ni pun ada orang nak ambik tahu..ni kan pulak dah glamer macam tu kan. Ok lah tukar sikit cerita ni takat dapat result yang macam original punya la..cukuplah untuk nak apply cikgu ataupun matrix. Tu dia..sambung lain kalilah cerita merapu ni
Jahit Blaus Part2
Blaus yang siap dijahit tu dah pun diserahkan pada yang empunya. Tengok2 ada pulak rakan2 yang lain minta tolong jahitkan blaus jugak..ahakzz. Dah ada experience jahit sepasang rasa2 macam ok lah jugak. Lagipun boleh tambah kecekapanku menjahit blaus pulak. Aku terima juga la kerana desakan rakan2 itu tadi. kali ni boleh siap dalam masa 45 min sepasang. macam tak percaya pulak boleh cepat siap. padahal yang pertama tu terkial2 gak nak menyiapkannya. Rahsianya ialah aku dah tahu cara nak jahit part yang paling susah iaitu mencantumkan blaus dengan lengan..hari tu part ini lah yang melambatkan proses menjahitku. La dah tahu kui kui kui senang macam makan nasi..belum sampai tahap makan kacang lagi..masih ada yang perlu ku masteri bahagian ini supaya jahitan kemas & elok dipandang mata dan dibelek2. Charge $5 je untuk sepasang. Sedar diri juga ni jahitan belum mencapai standard quality. InsyaAllah dapatlah collection $100. Ahakzz..bermulalah karier part time job sebagai tukang jahit.
Syukur Alhamdulillah.
Syukur Alhamdulillah.
Saturday, 6 October 2012
Jahit blaus
Semalam aku jahit blaus. Blaus ni khas untuk projek anak rakanku..dia kata jahit je la asal siap..minta tolong sangat2. so aku rasa kesian pulak..faham ni perasaan orang yang tak pandai nak menjahit dan terdesak pulak tu nak kena menjahit something. So aku bermula dari pukul 2am berakhir jam 5am. kena jahit waktu awal pagi macam ni supaya tak diganggu oleh budak2 yang sedang lena diulit mimpi tu. maklumlah first time jahit blaus kena fokus lebih sikit..kena pulak orang punya ye tak. kain tu dah siap potong dan jahit tepi..tinggal nak cantum je. so aku bermula dengan kelim di bahagian bahu..then kelim di bahagian rusuk. selepas itu aku cantumkan lapik untuk leher dengan bahagian leher. dah selesai tu baru aku pi bahagian yang paling susah sikit iaitu nak sambungkan lengan pada baju. mula2 aku pinkan tengah bahagian atas lengan supaya tak lari bila dijahit & untuk budget buat kedut. Then jahit bermula dari bahagian bawah yang sambung dengan rusuk baju. Jahit naik ke atas, then dekat2 sampai tengah atas tu buat la kedut dalam 2 @ 3 kedut. jahit perabih satu pusingan hingga sampai ke rusuk semula. Teori memang senang tapi nak pastikan jahitan kemas dan bersambung elok je kat rusuk tu adalah sukar bagiku yang tak berapa nak pandai ni. dah siap sambung lengan baru lah jahit silang pangkah di bahagian leher, dada, lengan dan bawah baju. lepas tu buat lubang butang. Selesai.
Air Soya Bean
Pagi tadi masa godak2 peti sejuk aku terjumpa soya bean..isskkk bila masa aku beli aku pun dah lupa dah. agak2 masa aku beli tu niatnya nak buat air soya la tu. lepas tu terperam kat dalam peti sejuk sampai dah terlupa pula ada benda ni. Rasa macam ada sedikit kerajinan hari ni aku pun rendam lah soya bean tu dalam air panas selama 5 jam..ingat nak masak air soya nya waku petang. Sebenarnya aku tak pun cara nak buat air soya ni..main ikut rasional dan logik je. Aku guna 1 cawan soya bean, air lebih kurang 5 liter,5 helai daun pandan, gula dalam 20 tablespoon @ secukup rasa lah, garam pun secukup rasa. Selepas direndam selama 5 jam itu soya bean ditapis dan dikisar guna blender. lepas tu masak sehingga mendidih dan masukkan lah gula, garam dan daun pandan itu ye. then tapis guna kain muslin @ penapis teh untuk dapat air soya yang bebas serdak :-) bila aku surf net kat baru aku tahu resepiku ini macam betul la jugak. hebat tak aku... kehkehkeh perasan. dan aku baru tahu dengan menggunakan gdl untuk mengeraskan air soya menjadi taufu fa. serdak2 tu aku buang je..
Monday, 1 October 2012
3 ultramans
Ultraman..hero yang menjadi kegilaan anak2ku yang kecil ini. Begitu juga dgn anak2 buahku. Siap hafal lagu jepun ultraman tu. Baru ni jahit sarung bantal ultraman sorang dua biji untuk diaorang. Happy kenmain. Sekarang ni senang aaa..ultraman purple along punya, utraman hijau angah, ultraman biru adik. senang tak yah gaduh2 rebut bantal lagi. Along tanya pasal apa tak beli gambar yang ada ultraman mebius..manalah mama ni tahu ultraman mebius tu rupa macamana..tu kat sarung ada gambar ultraman tiga, ultraman gaia..dan satu lagi apa ntah nama en ultraman tu..tapi bukan mebius kata angah..hmmm...ni la gambar bantal2 itu..cuba cek ultraman apa tu :-)
Dapat akhirnya
Syukur...Alhamdulillah. Along lulus ujian penapisan baru ni dan berjaya melayakkan diri memasuki sekolah rendah islam. Aku nak buka sampul surat makluman tu pun macam punya debaran rasanya..maklumlah kami sangat berharap dia dapat belajar kat sekolah ni untuk 6 tahun mendatang. Lega rasanya bila membaca surat makluman sukacita itu. Tahun depan bermulalah episod baru dalam kehidupan along kesayanganku. Semoga menjadi insan yang baik, sayangku.
Saturday, 22 September 2012
Tempahan Jahitan
Setakat ini aku mendapat beberapa tempahan jahitan dari rakan2..3 pasang langsir untuk 3 buah rumah, 2 pasang seluar budak, dan baju kurung & jubah agak banyak juga...TETAPI..aku tak bersedia untuk menerima tempahan2 itu..kerana ku merasa jahitanku belum kemas dan skill yang ada belum mencukupi. ditambah lagi dengan masa yang diperlukan untuk menghabiskan tempahan. Minta maaf lah wahai rakan2 ku..Terima kasih atas kepercayaan anda terhadapku.
Cara kiraan kain langsir
Tips ini mungkin boleh membantu tukang jahit amatur yang masih mencari2 cara untuk mengira panjang kain langsir.
1. 2 panel tingkap 48" lebar - 2 keping kain.
- panjang kain ikut tinggi tingkap. biasanya dilebihkan..agak2 kain tingkap tu berbeza
lebih kurang 12" dari lantai rumah. Jadi kiraan panjang tu diukur dari atas tingkap
hingga beza 12" dari lantai
2. 3 panel tingkap 72" lebar - 3 keping kain. kiraan untuk panjang kain ikut saja arahan di
no.1 di atas.
3. 4 panel sliding door- ikut lebar sliding door tu (ada door yang lebarnya kecil ada yang
lebar besar)
- jadi untuk kelebaran 100" ke atas - 4 keping kain diperlukan.
- 60" - 2 1/2 keping kain je.
- panjang - ukur tinggi sliding door anda dari atas hingga ke lantai.
4. untuk bahagian lipatan- panjang kain yang anda sudah ukur di atas itu harus ditambah
6". tujuannya untuk lipatan 1" di bahagian atas dan 5" lipat di bahagian bawah ye.
5. Ukuran di atas dalam unit inci. Jadi tukar ke unit meter, kiraannya ialah:
Labuh kain + 6" then bahagi dengan 39 = ukuran dalam unit meter.
6. Kalau nak buat sendiri kain ikat langsir tu beli kain dalam 10". Boleh dapat 2
ikatan langsir
Semoga perkongsian ini dapat difahami dan memberi manfaat kepada semua.
1. 2 panel tingkap 48" lebar - 2 keping kain.
- panjang kain ikut tinggi tingkap. biasanya dilebihkan..agak2 kain tingkap tu berbeza
lebih kurang 12" dari lantai rumah. Jadi kiraan panjang tu diukur dari atas tingkap
hingga beza 12" dari lantai
2. 3 panel tingkap 72" lebar - 3 keping kain. kiraan untuk panjang kain ikut saja arahan di
no.1 di atas.
3. 4 panel sliding door- ikut lebar sliding door tu (ada door yang lebarnya kecil ada yang
lebar besar)
- jadi untuk kelebaran 100" ke atas - 4 keping kain diperlukan.
- 60" - 2 1/2 keping kain je.
- panjang - ukur tinggi sliding door anda dari atas hingga ke lantai.
4. untuk bahagian lipatan- panjang kain yang anda sudah ukur di atas itu harus ditambah
6". tujuannya untuk lipatan 1" di bahagian atas dan 5" lipat di bahagian bawah ye.
5. Ukuran di atas dalam unit inci. Jadi tukar ke unit meter, kiraannya ialah:
Labuh kain + 6" then bahagi dengan 39 = ukuran dalam unit meter.
6. Kalau nak buat sendiri kain ikat langsir tu beli kain dalam 10". Boleh dapat 2
ikatan langsir
Semoga perkongsian ini dapat difahami dan memberi manfaat kepada semua.
Thursday, 20 September 2012
Updated
Aku kadang2 rasa kesian bila baca blog orang suka tulis permulaan entrynya berbunyi..oh sudah lama aku tidak mengupdate blogku ini..atau ayat2 seangkatan dengannya..macam takda idea nak memulakan penulisan dia kan..eh! entah2 aku pun pernah tulis entry yang starting dengan ayat2 fofular ni..kuikuikui..cumanya sekarang baru aku perasan setelah banyak kali terjumpa ayat yang sama macam ni pada pelbagai blog..
adakah anda termasuk dalam golongan ini???
adakah anda termasuk dalam golongan ini???
Pregnant Mother
Aku pregnant? heheheh...
No..no.. no..sorry ye..bukan i. tapi ofismates i tahun ni ramai sangat yang pregnant. lepas sorang..sorang melekat..kui..kui..kui...tiga orang dah bersalin masa bulan ramadhan baru ni. yang sedang tunggu turn adalah dalam 5 orang. baru2 ni ofismate baru je melangsungkan perkahwinannya..kut2 lah bunting pelamin kan.. just wait for the good news. me? emmm...
No..no.. no..sorry ye..bukan i. tapi ofismates i tahun ni ramai sangat yang pregnant. lepas sorang..sorang melekat..kui..kui..kui...tiga orang dah bersalin masa bulan ramadhan baru ni. yang sedang tunggu turn adalah dalam 5 orang. baru2 ni ofismate baru je melangsungkan perkahwinannya..kut2 lah bunting pelamin kan.. just wait for the good news. me? emmm...
Dreamz..dreamz..dreamz..
Aku bermimpi pokok cili padi yang ditanam mengeluarkan buah yang sangat banyak. Memang geram dibuatnya melihat buah cili yang merah ranum..apakah maksud mimpi ini...ke aku yang terbuai2 kerana di kala ini memang sedang menyemai benih cabai merah..tak sabar rasanya menanti buahnya yang pertama kali.
Pokok cili padi yang myluv tanam dah mengeluarkan hasilnya..itu yang jealous tu..i punya pokok still kecik2 lagi..
Pokok cili padi yang myluv tanam dah mengeluarkan hasilnya..itu yang jealous tu..i punya pokok still kecik2 lagi..
Jangkitan Kuman II
Arrggghhh mata kiriku kena jangkitan kuman lagi...ini angkara guna contact lens la..lens tu memang dah tersimpan lama..aku yang gatal pi pakai balik..ingat masih ok lagi..sekali start dah gatal2 kat mata putih tu. aku cek2 kat mata hitam ok tak nampak apa2 bendasing dalam kawasan tu..kira ok jugak lah..tapi bahagian putih tersangatlah gatalnya. nasib baik ada ubat bekas2 aku masuk wad hari tu punya tak abis guna sebab doktor bagi bekalan yang banyak & masih tak expired lagi. aku guna ubat tu doktor cakap macam moisturizer mata lah jugak..nama dia vis med. hilang sikit kerengsangan pada mata & gatal pun boleh lah tahan..cuma tak hilang lagi...hingga kini masih gatal cuma boleh tahan sikit2 tak perlu nak gosok2 mata tu..
luckylah..if not kena pi jumpa doktor pakar pantai tu lagi lah jawabnya.
luckylah..if not kena pi jumpa doktor pakar pantai tu lagi lah jawabnya.
Wednesday, 19 September 2012
Ketulusan Hati
Ini adalah lagu yang didendangkan oleh Anuar Zain. Dulu masa mula2 dengar aku tak layan lagu ni coz for me it's another song yang mendayu2 by Anuar. Baru ni beberapa kali astro oasis mainkan lagu ni di tv, dan bila kuhayati liriknya..masyaAllah..sungguh menyentuh jiwa bila ianya ditujukan kepada Pencipta kita Allah s.w.t. sebak rasanya hati ini..aku kalau sebak mesti mengalir air mata. Di bawah ini kuselitkan lirik lagu ini buat tatapan..hayatilah
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
(korus)
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
Selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yg ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
(ulang korus)
Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Oooo
(ulang korus)
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
(korus)
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
Selalu
Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yg ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
(ulang korus)
Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Oooo
(ulang korus)
Sunday, 16 September 2012
Filter Questions
Antara soalan yang dapat kulihat dalam ujian along baru2 ni.: 1. isikan tempat kosong turutan abjad abc, 2. isikan tempat kosong turutan huruf jawi. 3. number spelling..cth sila eja no.5 dlm english. 4. anggota badan dlm bahasa arab. 5. padankan tulisan jawi yang disambung dengan tulisan itu diasingkan (tulis sebiji-sebiji). 6. padankan gambar dengan morning, evening, night. gambar dia tunjuk gambar bulan (night), gambar main basikal (evening), gambar breakfast (morning). 7. english tentang father, mother, grannies. 8. padankan nombor dalam tulisan arab. 9. ejaan dan baca nombor dalam bahasa arab. 10. hari dlm bahasa arab. 11. salin semula tulisan jawi/ arab. itu saja yang dapat aku tengok..soalan2 lain mungkin dalam subjek bahasa melayu. Entri ini untuk rujukan anak2 yang lain yang akan menduduki ujian itu di tahun2 akan datang.
Friday, 14 September 2012
Filter
Baru2 ni along menduduki ujian penapisan untuk masuk Tahun 1 di SRI. Harap2 dia berjaya dalam ujian tu dan diterima masuk ke sekolah tu. Ada 102 calon dan cuma 60 orang je yang akan terpilih. Along kata boleh jawab..15 muka surat. Ujian dia meliputi subjek bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa arab dan jawi. Along pula tak belajar bahasa arab kat tadika dia. jawi pula ala-ala je. aku la yang jadi ustazah mengajar along kat rumah tiap2 malam sejak dapat surat pemberitahuan ujian tu. malam pertama memang struggle juga budak ni nak menghafal dan mengeja dalam bahasa arab dan jawi. anak2 yang lain masa belajar ni babah dia kena take over coz kena fokus kat along. apalagi seronok le depa dapat ikut babah dia pi surau tiap2 malam. tiap2 malam duk practise tulis dan baca bahasa arab boleh2 juga la along ni. Insya Allah dengan izin Allah s.w.t. along akan berjaya masuk ke sri. Itu lah harapanku dan myluv.
Monday, 6 August 2012
Food Notes :-)
Images dlm n3 food of love 1 & 2 adalah antara masakan yang ku masak untuk santapan ketika berbuka puasa. Inilah kerjaku pabila balik dari kerja ataupun ketika bercuti. menghabiskan masa petangku untuk memasak walaupun ye lah resepi biasa2 je. tapi bila ambik gambar macam menarik lah pula pada pandangan mata ku. itu yang letak dlm blogku ini..untuk kenanganku di bulan ramadhan tahun ini. rasanya ramai orang dah tau resepinya kan. jadi tak payah nak type kat sini. cuci mata je lah ekkk..tapi ada masa nanti aku akan type jugak ye..
Food of Love Part2
| Udang Goreng Berempah (Pandangan Atas) |
| Pandangan Sisi 1 |
| Pandangan Sisi 2 |
| Pandangan Sisi 3 |
| Sambal Sotong |
| Pandangan sisi |
| Chicken Soy Sauce |
| Pandangan Dekat |
| Pandangan Sisi |
Saturday, 4 August 2012
Musim demam
Last week aku dan my three boys kena demam teruk. Mula2 adik yang start dulu..terbaring je dia, dengan suhu cecah 38.8. Memang panas betul. Lepas dia dah ok sikit aku pulak yang kena jangkit. Punya la teruk memang tak boleh bangun semua sendi sakit2 kepala jadi pening makan pun muntah. Dapat mc dua hari. Then along dengan angah pula kena jangkit serentak. Aku pula kena cirit birit coz tak sesuai dengan antibiotik yang dibagi doktor. Dapat lagi mc dua hari..4 hari duk rumah..stressed sebab tak boleh nak berehat juga walaupun sendiri sakit kena take care the kids also. My love pi kerja sekerat hari. Tapi anak2 apa2 pun minta kat mama juga yang sediakan keperluan diaorang. Kena juga gagahkan diri bangun.
Sunday, 22 July 2012
Kerenah along
Alhamdulillah kelmarin along dapat puasa sehari. kesian..tak bermaya dah di waktu petang. sampai tak larat nak follow babah dia pi pasar ramadhan..terbaring je depan tv. setiap minit ku pujuk buah hati ku ini agar bersabar menahan lapar dan dahaganya. Memang anak yang baik, menurut kata walaupun menangis juga dia bila melihat adik-adiknya makan kuih apom yang dibeli di pasar ramadhan. lapar sangat mama..kata along. sedih betul ku lihat tingkahnya itu. aku bacakan dia buku cerita agar tumpuannya lari dari mengingatkan lapar dan dahaganya itu. sampai waktu berbuka lagi kesian coz tangan ketar bila pegang gelas..kesian anak mama. belajar puasa macam tu lah..tak biasa lagi. malam babah bawa dia pi kedai buku beli pencil colour seperti apa yang dia pinta. Teruskan berpuasa anakku..
Saturday, 21 July 2012
Selamat berpuasa
Ramadhan datang lagi..alhamdulillah aku masih berpeluang untuk menikmati bulan ramadhan tahun ini. selamat berpuasa untuk semua..along belajar puasa penuh tahun ni. baru pukul 11 am along dah merengek lapar..InsyaAllah aku akan cuba memberikannya semangat dan memujuk buah hatiku ini untuk meneruskan puasanya hari ini..
Sunday, 15 July 2012
Dialog II
Along: Mama, tahun ni along nak puasa penuh.
Mama: Nak puasa penuh..ok boleh..tapi ingat jangan main sampai letih2 macam biasa..nanti dahaga pula.
Along terkebil2...eh! anak aku ni paham ke tak aaaa...
Angah: Angah tahun ni puasa sekerat je.
Mama: Takpe angah kecik lagi. Along kena la cuba puasa penuh tahun ni. along dah besar.
Along: Ye mama. Ticer kata 6 tahun kena puasa penuh. semua kena puasa penuh. Adik takpe kecik.
Alhamdulillah dah ada kemahuan..
Mama: Nak puasa penuh..ok boleh..tapi ingat jangan main sampai letih2 macam biasa..nanti dahaga pula.
Along terkebil2...eh! anak aku ni paham ke tak aaaa...
Angah: Angah tahun ni puasa sekerat je.
Mama: Takpe angah kecik lagi. Along kena la cuba puasa penuh tahun ni. along dah besar.
Along: Ye mama. Ticer kata 6 tahun kena puasa penuh. semua kena puasa penuh. Adik takpe kecik.
Alhamdulillah dah ada kemahuan..
Dialog I
Adik: Mama, buka patik bikut ni cat..
Mama pun buka plastik biskut tu..
Adik: Tenk yu, mama
Mama: You are welcome.
Adik: u a ekom...akum alam..
kuikuikui...dia ingat mama dia bagi salam kat dia...
Mama pun buka plastik biskut tu..
Adik: Tenk yu, mama
Mama: You are welcome.
Adik: u a ekom...akum alam..
kuikuikui...dia ingat mama dia bagi salam kat dia...
Cuti sakit
Last week aku mc satu hari. sebenarnya tak bercadang pun nak ambil mc. jumpa doktor coz nak ambil ubat demam + sakit pinggang ku yang menyucuk2 disebabkan angin la kut. tup2 doktor bagi mc rehat je kat rumah katanya. aku pula terkejut dapat mc..kehkehkeh..siap doktor tanya nak ke tak..aku pun kata ok lah. boleh la rehat esok. maunya aku rehat. seharian aku kemas rumah. badan tu macam rasa dah sihat sebab makan ubat. masa buat kerja tu tak rasa lah sakit tapi bila time malam masa nak melelapkan mata baru la terasa letih satu badan. tapi kalau tak buat masa ni bila lagi nak buat dengan aman damai tanpa perhatian yang perlu diberikan pada anak2 dalam masa yang sama tu kan. macam tu nasib seorang ibu yang berkerjaya. semuanya mesti dilakukan dengan pantas bila ada masa yang terluang.
Pulut Durian
Semalam MIL buat pulut durian sedekah kat masjid2 dekat rumah. Aku makan 3 sudu pulut + pengat durian. hmm..sedap tak terkira. cumanya today menderita keanginan satu badan..nasib badan la..mulut kanmain sedap makan badanku yang berbisa2 menanggung azab anginnya. sampai sekarang masih rasa sakit. dah memang sebelum ni pun dah kena penyakit angin kat pinggang. hari ahad macam ni aku nak kena iron baju sekolah anak, baju kerja kami untuk seminggu..lenguh pinggang kaki keja jadi slow sikit angkara pulut..macamana nak masak pulut:
i tengok mil rendam semalaman pulut. then alas periuk kukus dengan kain baru letak beras pulut. then kukus sehingga masak. pengat durian pula: durian + santan + air + gula + garam + daun pandan. mak buat yang ringkas saja. tapi tu pun sedapnya..kat sini durian murah. dapat 30 - 40 biji untuk $30. je tapi tawar sikit la, sesuai lah nak buat pengat kan.
i tengok mil rendam semalaman pulut. then alas periuk kukus dengan kain baru letak beras pulut. then kukus sehingga masak. pengat durian pula: durian + santan + air + gula + garam + daun pandan. mak buat yang ringkas saja. tapi tu pun sedapnya..kat sini durian murah. dapat 30 - 40 biji untuk $30. je tapi tawar sikit la, sesuai lah nak buat pengat kan.
Thursday, 21 June 2012
Mind Reader
Ada tak orang yang boleh baca fikiran orang lain? ada tak? pukul rata..manusia memang tak boleh baca fikiran orang lain. kita tak tahu apa yang terlintas di fikiran orang, kecuali kalau ya..kalau pandai membaca mimik muka atau reaksi, gerak tubuh orang, ya mungkin kita boleh agak je apa yang orang tu sedang fikirkan. boleh teka2 je lah. tapi untuk mengetahui sebetulnya apa yang ada di fikiran seseorang..mungkin tidak. alhamdulillah..nasib baik ekkk. kalau tak aku ni duk fikir macam2 malu gak kalau orang lain boleh baca fikiran aku..hehehehe..tapi kalau lah aku punya kebolehan itu hmm..best jugak. coz i tahu lah nak tackle orang tu macamana kan..contohnya anak2ku yang nakal2 ini. kalau lah tahu apa yang ada di fikiran mereka senang kerjaku menjaga mereka. dan juga suamiku..bila masa dia bercakap benar..bila masa tidak...hahahahha..apa yang merunsingkan fikirannyanya..apa yang membuatkan dia tersenyum..semuanya boleh ku tahu. senang juga kerjaku menjaganya kan. tapi ada kah mungkin manusia yang dianugerahkan Allah keistimewaan ini?
Monday, 4 June 2012
Ice Cream pelbagai perisa
Bila dah reti buat aiskrim ni mula lah aku jadi kemaruk nak buat aiskrim macam2 rasa. Lepas eksperimen bersama aiskrim coklat menjadi, aku buat aiskrim perisa strawberry, durian dan yam. Freezer tu dah penuh dengan bekas2 aiskrim je. Sedap sungguh..along dah start batuk dah banyak sangat makan aiskrim.
Along & Angah
Baru2 ini dah dapat keputusan exam along & angah. Along dapat no. 2 dan angah dapat no. 1 dalam kelasnya. Alhamdulillah. Kerisauanku pada angah terpadam. Maklumlah dia kan skip setahun persekolahannya memandangkan birthday pada awal tahun. Kalau macam ni mama tak akan risau lagi. Cumanya along menurut ticer kena tumpuan lebih pada matematik..selalu get confused walaupun konsep dia dah dapat. kena buat lebih latih tubi supaya kukuh. Anak2 mama walaupun semuanya manja & kadang2 ikut kepala angin masing2 masih menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran mengikut tahap masing2. Alhamdulillah atas nikmatMu ini ya Allah. Mama sayang anak2 mama.
Adik II
Si kecilku ini sangat2 menghiburkan hati kami suami isteri. Dengan bahasa yang masih pelat tapi dah boleh difahami apayang cuba disampaikannya. Bila tersenyum sungguh comel dengan lesung pipit yang di pipi kiri dan kanannya. Bila merajuk pula duduk menundukkan kepala di lututnya. Eeee..geram sungguh dengan telatahnya. Selalu mengundang rasa ingin memeluk dan mencium pipinya. Adik sudah pandai menyanyi lagu burung kakak tua, twinkle little star, are you sleeping, tanya sama pokok, enjit2 semut, sepohon kayu, baca doa makan, doa belajar, doa kedua ibu bapa, surah al fatihah, hafal ABC hingga Z, nombor 1 hingga 10 BM & BI, alif ba ta. semoga adik akan membesar menjadi seorang insan yang beriman kepadaMu ya Allah. Semoga dia dan abang2nya akan menjadi insan yang bijak pandai dan sentiasa menyayangi kami berdua. Amin Ya Rabbal Alamin.
Thursday, 31 May 2012
Nasi Kerabu
Kelmarin berpeluang makan nasi kerabu yang disediakan oleh Baliez. Pandai masak oo c baliez ni. rajin pulak tu menjamu kawan2 ofis makan. aku ni agak malas sikit. kawan2 dah hint & sindir bila lagi nak merasa air tangan ku. eleh..macam le aku tak pernah jamu diaorang. ngengada sorang2..tapi biasa aku jamu pencuci mulut je..hehhehe.. tau je lah aku ni malas nak masak yang makan masa banyak ni...leceh aaa..senang buat pencuci mulut je. bila potluck pun aku bawa pencuci mulut..heheheh...tu yang kawan2 duk sindir2 tu..hmmm...takpe aku dah tau buat ice cream coklat.kang aku jamu ice cream plak. eh! ni pun spesies pencuci mulut gak...ala takpe mesti diaorang impress punya coz diaorang tak pandai buat. sebok lah tu nanti minta resepi macam biasa..kuikuikui..
Chocolate Icecream
Icecream coklat..nyamm..nyamm..nyamm...membaca namanya pun dah terliur..ahakzz..aku nak kabor ni aku dah tau camne nak buat ice cream coklat. yahooo..syookkknyeee..macam tu la sang anak2 menjerit kegembiraan bila dapat tau mak diaorang dah boleh buat ice cream kegemaran mereka. senang je. aku dapat ni dari seorang teman yang baik hati berkongsikan resepi ini. Si comel Aina namanya. Takpe la aku share kat sini pulak. sangat senang lah. gerenti jadik punya!!. tak caya cuba lah cuba. ok camni resepinya. 1 sudu makan ovallete ( ada jual kat pasaraya besar biasanya diletakkan sekali dengan bahan2 buat kek/ biskut), 7 sudu makan gula, 1 tin susu cair dan perisa coklat. itu saja bahan2nya..taraaa...sangat simple & sungguh senangkan untuk diperolehi. ok campurkan semua bahan2 ini sekali dalam blender dan blendkan sampai kembang gitu..nampak berbuih2lah. pastu ambik bekas tapis sikit untuk kurangkan buih tu..kalau tuang terus macam tu pun boleh gak tapi macam tak lawa pun bila dah beku nanti..tak faham? nanti dah cuba anda tahu lah maksud saya. simpan kat bahagian sejuk beku tau. ambil masa lebih kurang satu hari untuk beku dan dua hari untuk kebekuan yang sesuai untuk dinikmati..icecream coklat memang kegemaranku dan anak2...permintaan dari anak2 nak ice cream perisa grape..gulppp ada ke dijual perisa grape ni..nak pi cari pulak..iissskkkk...iisskkk.. tapi for the time being kat peti sejuk tu ada ice cream perisa coklat je..senang kan dah pandai buat pencuci mulut universal yang disukai ramai. Alhamdulillah.
Monday, 28 May 2012
camping
weekend aku p camping bersama kawan2 seramai 7 orang. seronok release tension. dah lama tak bercamping ni. tinggal suami dan anak.. p solo gitu. kami sampai di camp site pukul 5pm, camping tepi sungai. tempat kami camping tu dekat resort yang lengkap dgn segala kemudahan bercamping. sesuai kalau nak buat teambuilding ke, bawa budak2 sekolah ke, family pun amat sesuai sekali. kami buat nite walking bersama jurulatih terlatih yang dibayar upah ikut hari. pagi esoknya pi buat tubing dekat sungai yang berbatu2. ooo...seronoknya. kebanyakan kami first time melakukannya..jadi excited terlebih2 kuikuikui..mula2 takut gak coz almaklumlah tak reti berenang. tapi dont worry sebab sungai cetek je sampai takat pinggang tu masa itu la..sat kena berenti berkarya..ada keja kena buat. cao
Monday, 21 May 2012
Lady Dee
Semasa kursus aku mendapat roomate yang come lote gebu gitu orangnya. Lady Dee. Orangnya mak lawak, kaki sembang & peramah. aku ni kira tukang dengar cerita dia & tukang gelak lawak2 dia tu..hehehhe..tapi ok la boleh ngam. Sepanjang kursus kami sentiasa bersama. dengar ceramah sama2, makan sekali sama2 siap kalu break bagi2 tugas..hang ambik air aku ambik makanan..tak mo baris lama konon. macam pakatan yang berjaya gitu sebab kami selalu dapat meja untuk makan coz orang lain sebok duk beratoq panjang..kami dah siap pulun makan + sembang2 dengan meriah. Cuma time teamwork kami kena berpisah coz leader dah bagi group masing2. kalu boleh pilih2 ahli, semestinya kami duk satu group. Lagi satu..kalu makan kat cafe hotel kami pilih meja 4 seat punya. lepas tu jarang2 peserta lain nak join duduk sekali. apa taknya meja penuh makanan kami. maklumlah buffet kan..malas nak p banyak kali cedok makanan..sekali bangun berderet pinggan bawa balik ke meja..heheh.. buruk lantak betul Lady Dee & aku ni. Makanan kat hotel ni pelbagai dan sedap pulak tu..macam sayang pulak kalau tak merasa semuanya. Apa2 pun bila dah balik semula ke dunia masing2 aku & Lady Dee still keep in touch. Baru ni dia singgah rumah aku coz hantar kad jemputan adik dia nak kawin sikit hari lagi,
Sunday, 20 May 2012
Kursus 3 hari 2 malam Part2
Last Nov aku ada tulis satu reminder for myself tentang bilangan barang2 yang harus dibawa sekiranya mengikuti kursus yang kena bermalam. kali ni aku masih tak ikut apa yang disarankan oleh diriku sendiri pada masa itu..baju kurung aku bawa sampai 4, tshirt 2, blouse 1 seluar 1, benda2 kecik tu pun terlebih bawa juga.. kesannya..ada yang tak dipakai pun..berat je bawa..geramnye i dengan myself tau..degil!! tak mau rujuk nota yang dia sendiri tulis. dah lah sampai la tak beli lagi beg trolley tu. kena lah mengusung beg yang berat tu..
Saturday, 12 May 2012
Sandwich sardine
tadi pagi tetamu datang bertandang..kuhidangkan makanan yang ekspress untuk disediakan..iaitu sandwich sardines. tapi sayang tak snap pictures sebagai tatapan mata. senang je nak buat..tak payah masak2 ke goreng2 ke..yang diperlukan sebantal roti, satu tin saiz kecil sardin, sebiji bawang merah besar, sebiji cili merah, dan 4 biji limau kasturi, mentega. potong bawang dan cili sehalus yang mungkin, then lecek bersama sardin, perahkan air limau nipis ke dalam lecekan tadi. roti disapu mentega then disapukan sardin. taraa...dah siap. kami makan sampai licin..pekena dengan kopi panas..nyamm..nyammm
Curtain order
Siang tadi duk sembang2 dengan kawan..sembang2 sekali pasal langsir..almaklum lah raya kan tak lama lagi. kalau nak hantar kat org kena hantar la ni takut tak kena terima pula. aku kata aku jahit sendiri..fuyoo bangga ooo dapat mengatakannya..heheheeh...then member ni kata jahit untuk aku sekali..tahun ni dia nak buat langsir utk sliding door 3 pintu je..jahit body je tak payah kening2..hmmm..cam senang nak buat tapii eekkk takutlah pulak. takut tersalah jahit ke orang tak suka jahitan aku ke jahit tak elok ke..macam aaa..nak juga jahit.. tapi tu la pasal. member tu bagi tempoh 1/2 bulan untuk aku buat decision..tu dia customer dah ada ni.. myluv kata kalau confident ambik je tempahan tu. tak tau la..aku ni bukannya ada ilmu sangat dalam jahitan langsir. jahit pun ikut taram je.
Thursday, 10 May 2012
Bagaimana cara menaikkan rating blog anda!!!
Shhhh...ini rahsia sebenar cara nak menaikkan rating blog anda secara mendadak. cubalah..ianya berkesan untuk bloggers yang baru nak belajar bertatih macam aku lah kut...hehehehhe...
sebenarnya aku tetiba terfikirkan idea ini ketika sedang duduk santai2 mencari bahan untuk ku catatkan di blogku ini. rupanya dah ada beberapa orang yang apply...kuikuikui...takpa lah aku cuba je..caranya ialah type kan saja tajuk di atas sebagai tajuk catatan anda..bagi sesiapa yang memang berminat nak cari jalan bagaimana nak menaikkkan rating blog dia mesti akan menaip perkataan di atas kan..hahhaahha...
sebenarnya aku tetiba terfikirkan idea ini ketika sedang duduk santai2 mencari bahan untuk ku catatkan di blogku ini. rupanya dah ada beberapa orang yang apply...kuikuikui...takpa lah aku cuba je..caranya ialah type kan saja tajuk di atas sebagai tajuk catatan anda..bagi sesiapa yang memang berminat nak cari jalan bagaimana nak menaikkkan rating blog dia mesti akan menaip perkataan di atas kan..hahhaahha...
Saturday, 5 May 2012
Demam
Musim batuk kembali..aku + anak2 dan kena jangkitan..paling teruk aku la coz aku paling last kena jangkit..
nasib baik anak2 tak demam..cuma selsema dan batuk je. aku ni kena tiga serangkai. mau dah masuk seminggu dah. paling worst lastnite..demam paling teruk..sampai terketar2..dah pakai selimut dah pakai stokin & baju tebal masih rasa sejuk yang amat..still menggigil..apa lah punya demam. ubat dah makan. nasib baik bangun pagi demam tu dah kurang sikit. cuma memang lemah dan tak bermaya rasanya bila terkena serangan demam macam semalam tu..kawan2 pun said muka nampak lesu lesi..
nasib baik anak2 tak demam..cuma selsema dan batuk je. aku ni kena tiga serangkai. mau dah masuk seminggu dah. paling worst lastnite..demam paling teruk..sampai terketar2..dah pakai selimut dah pakai stokin & baju tebal masih rasa sejuk yang amat..still menggigil..apa lah punya demam. ubat dah makan. nasib baik bangun pagi demam tu dah kurang sikit. cuma memang lemah dan tak bermaya rasanya bila terkena serangan demam macam semalam tu..kawan2 pun said muka nampak lesu lesi..
Sunday, 29 April 2012
Today's recipe
hari ni nak masak nasi tomato lah. tapi anak2 tak berapa sangat nak makan pedas2 ni. along tu boleh lah makan sikit2. kena tambah menu ayam masak kicap lah kut. sat lagi nak pi kedai beli mana2 bahan yang tak cukup. aku ingat nak buat puding jagung. dah lama sangat tak buat dan makan puding ni. baru ni buat agar2 coklat. along tak minat pula, angah makan sikit je, yang adik asyik nak menambah saja..sampai terpaksa sembunyi pula agar2 ni..takut sakit perut ke apa ke kalau makan banyak sangat. baru ni tadika dia buat fruit festival..ticer kata adik makan paling banyak sampai tak larat..isskkk anakku yang sorang ini. memang kuat nafsu makannya..selagi makanan depan mata dia tak abis selagi tu lah dia nak pulun gak sampai kenyang.
Survey Langsir
yesterday aku & myluv p survey kain untuk langsir. aku nak jahit langsir lagi untuk rumahku. sekali merangkap untuk raya lah..awalkan..tapi masa aku p kamdar tu ramai dah orang yang sedang bershopping beli kain langsir. mesti yang nak kena hantar upah ke orang lain kut. nasib baik aku dah boleh jahit sikit2..cuma nak menambah skill je. bahagian kening tu mungkin aku akan ubah patternnya dari yang sekarang ni. lepas survey kain langsir aku p bahagian kain pakaian pulak. ahakz terbeli pulak 3 pasang kain + 1 untuk buat blouse..nak try jahit blouse ni..nanti bila kau dah start menjahit langsir aku akan ceritakan perjalanan penjahitanku itu di sini k..untuk rujukan diri sendiri juga di samping manalah tahu ada juga kaum2 wanita di sana yang teringin nak menjahit langsir sendiri tanpa guru macam aku heheheh..boleh lah share mana2 yang patut..
Friday, 27 April 2012
Yaasin
Air Yaasin boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus. kena amalkan selalu..minum sekali je mungkin bertahan sekejap saja..bergantung pada ketahanan individu tersebut. jadi, jadikan amalan ye meminum air yaasin sekiranya anda menghadapi gangguan seperti ini. InsyaAllah mujarab.
Tuesday, 24 April 2012
Gemilang Terbilang
Aku dapat tahap gemilang! ....hahahha...macam tak percaya pulak...kalau tahap cemerlang tu macam logik lah juga..tapi..terima je la..hahahahha...esok2 dapat terbilang pula? Dengan izin Allah s.w.t..semuanya boleh berlaku..siapalah kita untuk menolak ketentuanNya..
Birthday Wish
untuk harijadiku yang bakal menjelang tiba aku inginkan hadiah..lari dari kesibukanku sehari2 menguruskan hal kerja + rumahtangga...kalau lah aku boleh bercuti dan berehat sepuas2nya pada hari tersebut..alangkah leganya. letih tau takdak rest ni...bukan mengeluh tapi bagi para ibu yang berkerjaya sepertiku tentu memahaminya. apalagi anak2 masih kecil dan tengah melasak. penat tak terkata..body and soul. itu je la yang aku inginkan..cuti...cuti...cuti...maybe aku akan apply cuti lah nanti..tengoklah..
Kain Lining2
Siap juga my baju kurung yang berlining ni. tapi dengan kemahiran yang tak berapa nak ada ni agak terkial2 juga aku menjahitnya. hasilnya memang membuatkan my frens membelek2 bajuku itu..dah terer dah depa kata. tak tahu aku ni kepayahan nak menjahit double macam ni. lepas ni berkira2 la juga nak menjahit lagi baju berlining. myfren said her mother pun takmau menjahit baju ada lining ni. kena berhati2 lebih coz boleh jahit panjang sebelah kain tu dibuatnya..tak boleh tariklah..meaning tangan kena lembut ye puan2..her mother punya solution ialah dia jahit satu baju kurung kain lining sahaja then kalau nak pakai baju kurung see thru punya pakai dengan baju kurung lining tu..hahahaha...good idea tu..coz aku pun malas nak jahit lining ni kalau ni punya susah la..thank you makcik.
Monday, 9 April 2012
3 jam = 2 pasang
ahakzz..selama 3 jam ini i cuma berjaya menggunting 2 pasang kain je...isskkk iiskkkk...sungguh tak produktif. kalau kerja kat kedai jahit pakaian mesti dah kena sound oleh tokey kedai. yang kain pertama tu la agak terkial2..macam dah terlupa pulak ukuran & cara potonganmya..sambil tengok tv pulak tu. satu kain je ambil masa 2 jam. yang kedua tu dah cepat sikit..tapi sejam juga la. apalah aku ni. sayang masa tau..membazir. ni aku baru perasan kain yang aku beli ni colour dia dekat2 sama dengan baju yang sebelum ni. apa lah aku tak sedar. agaknya warna tu memang nampak cantik di mataku masa bershopping hari tu. ni ada la dlm 3 baju kurung yang warnanya senada..lebih kurang sama. lain kali ingat ye cik kak oooii..kain kaler ni 2 tahun lagi baru beli ok. biar bagi lusuh dulu yang ada ni. lepas ni yang beli warna dark blue & kuning. anak2 nak red colour as our theme colour for raya this year..pandai nooo kecik2 dah bagi warna tema. tapi aku ni banyak baju kurung warna merah. bosan la pula nak tambah koleksi warna merah lagi. myluv tu ikut je..tak kisah. oh ye this year aku nak cuba menjahit pakaian raya untuk myluv & anak2 & mak juga. hmmm...untuk abah beli je lah. my sil pun duk busy meniaga kuih raya sampai tak sempat nak jahit baju. kalau jahit baju untuk abah takut tak kena plak..maklumlah first time nak jahit baju melayu. myluv takmau leher teluk belanga. dia nak cekak musang. tak tahu la ni berjaya ke tak eksperimenku nanti. menurut my sil cekak musang susah sikit nak buat..kena hati2 menjahitnya uu kalau nak kemas. mesti banyak menetas lah nanti. InsyaAllah aku akan terus berusaha. alangkah bangganya & senangnya hati bila melihat orang2 tersayang memakai pakaian yang ku jahit dengan kasih sayang.
Sunday, 8 April 2012
Kain + lining
Rasanya macam dah lama tak menjahit baru kurung. tu yang pi kamdar kelmarin..beli kain 3 pasang.. syeronoknye..kamdar sale lagi..nak abih dah offer. memang murah uu..kali ni aku beli kain jenis jarang tu..cuba nak jahit guna lining pulak..saja nak mencabar diri. lagipun aku memang dah lama berkenan dengan kain2 jenis jarang ni. pattern lebih menarik. nampak macam susah juga nak buat ni. tapi tu lah aku ingin mencabar diriku sendiri..untuk tingkatkan lagi kemahiran yang tak seberapa ini. ok..i nak potong kain ni..anak2 pun dah lama lena diulit mimpi. harap2 menjadi. InsyaAllah.
Friday, 6 April 2012
Roses are red, yellow, white, pink..
Bunga ros ada beberapa jenis warna. paling glamour warna merah..tapi ada juga yang warna kuning, putih, pink..kan. bunga ros adalah my favourite flower. sebab bau harumnya yang sangat kusukai. tak jemu untuk kucium baunya. hmmm...tapi sudah lama tak dapat bunga ros. myluv pun macam dah lama tak hadiahkanku bunga ros la. ha'ah lah..agaknya kami dua2 dah jadi semakin tak romantic kut. coz dia lama tak bagi bunga & aku pun tak perasan myluv dah lama tak bagi i bunga u. boleh macam tu...isshhh..
Wednesday, 4 April 2012
Adik
Adik yang berumur 2 tahun 6 bulan kini sudah hafaz surah al Fatihah. aku tak ajar pun dia, cuma ajar abang2 dia. tak sangka pula adik pasang telinga bila aku duk betulkan bacaan along n angah. dengar2 dia dah ikut baca setiap kali abang2 baca. alhamdulillah. waktu ini adik seperti span yang mudah menyerap segala apa yang dilihat, didengar dan disentuhnya. aku kena memainkan peranan sepenuhnya mengajar anak2..syukur alhamdulillah atas nikmatMu ya Allah
Wednesday, 28 March 2012
ubat sakit gigi
along mengalami sakit gigi semalam. gigi geraham susunya berlubang. dah petang tu dia makan biskut + coklat + gigit ais batu lagi, maunya malam tak boleh tidur sakit gigi. kita juga yang tak senang nak berehat dia dok menangis tepi telinga ni. myluv said letak bunga cengkih kat lubang gigi tu. aku pun buh bunga cengkih sebiji kat gigi yang sakit tu dan suruh dia gigit. alhamdulillah tak sampai 5 minit dia kata gigi tak sakit dah. dan lena sampai pagi. hmmm...mujarab juga petua ni. boleh la sapa2 nak cuba..
hmmmm
aku terpaksa tunggu sehingga pukul 5 baru dapat balik..hmmm..sigh..apalah malang nasibku..sampai hati membiarkanku menunggu sehingga pukul 5..terasa kehadiran diri ini tidak lagi menjadi seri..dah lah aku demam. sampai hati membiarkanku menunggu
Saturday, 24 March 2012
Temporary Only Part2
Alhamdulillah aku berjaya menjual beberapa pasang baju yang aku bawa ke ofis. ada juga kawan yang berminat dan mereka berpuas hati & sukakannya. ada yang siap booking kalau bawa stok baru bagi kat dia tengok dulu. macam ni ok lah kan..dapat untung bersih 100% dari modal. yang lebih tak terjual ni nak pulangkan balik ke usahawan berjaya & berjasa tu. Thanx.
Tuesday, 20 March 2012
Renovation
Ahhh..kelmarin sungguh sibuk memperbetulkan paperwork yang ada cacat cela sikit2 di mata bos. tapi ok accepted bila dirujuk kali kedua. harap2 berjaya projek ni. alamat joli katak lah kami satu ofis hahahaha..
hmmm..hari ni mungkin akan sibuk lagi..ada lagi kerja adhoc yang bakal menunggu. lewat balik lagi lah hari ni. apa nak buat..tanggungjawab.
hmmm..hari ni mungkin akan sibuk lagi..ada lagi kerja adhoc yang bakal menunggu. lewat balik lagi lah hari ni. apa nak buat..tanggungjawab.
Sunday, 18 March 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)
