Sunday, 24 February 2013

Perubahan

manusia boleh berubah. berubah dari segi fizikal, sikap, emosi, perasaan, dan macam2 perubahan lagi. yang maksudkan di sini ialah adakah dia boleh berubah menjadi seseorang yang kita kenali dulu. aku pernah terjumpa dengan rakan semasa di sekolah rendah dulu. aku terpisah dengan rakan2 ini ketika memasuki sekolah menengah kerana berpindah balik ke kampung halaman dengan familyku. memang tek pernah berjumpa lagi dnegan mereka sehinggalah kami memasuki kolej yang sama. ya, memang berlaku perubahan besar..fizikal of course. and what more sikap pun berubah..maklumlah dah matang kan. memang mereka2 ini menjadi manusia yang bukan kukenali sewaktu kecil dahulu. bagaimana pula dengan kawan2 dari sekolah menengah? setelah bertemu kembali setelah beberapa tahun terpisah atas faktor masing2 menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. ya, memang berlaku perubahan juga..penampilan & juga melibatkan sikap. mereka juga bukan seperti yang kukenali dulu. kematangan dan pengalaman adalah penyebabnya. ketiga ialah rakan2 kukenali sewaktu di kolej. berpisah setelah semuanya tamat belajar. so far kutemui setakat 4,5 orang kerana aku memasuki profesion lain lari dari jurusan yang pekajari di kolej. jadi memang agak payah nak jumpa kawan2 sekolej kecuali terserempak. kawan2 yang kutemui itu masih mengekalkan sikap yang sama..ada berubah sikit2..tetapi ada juga seperti yang kukenali dulu. tetapi ada juga yang telah berubah berdasarkan pemerhatianku pada facebook rakan2 ini. kurasa mereka macam dah menjadi orang lain yang totally change in most aspects. keempat kawan2 setelah aku bekerja. so far aku dah berpindah 3 kali tempat pekerjaan. dan rakan2ku di 2 tempat yang sebelum ini macam itu jugalah..perubahan yang tidak ketara. masih melayanku seperti dulu..dan mereka2 ini adalah seperti mereka yang kukenali dulu. kesimpulannya kawan2 yang kita kenali diusia matang ini tidak banyak perubahannya.

No comments:

Post a Comment