Thursday, 14 February 2013

Ujian

Sudah 2 hari along menduduki ujian untuk class streaming. Kelmarin subjek bahasa melayu, sirah dan akhlak. Katanya bahasa melayu susah tapi dia dapat jawab juga. Begitu juga utuk sirah dia kata dia tak faham soalan dan bila tanya cikgu pula cikgu tak mau bagitahu. so dia main agak2 je soalan tu dan jawab berdasarkan apa yang dia ulangkaji denganku di rumah semasa cuti cny. kesian anakku. subjek akhlak ok katanya. hari ni ujian untuk bahasa inggeris dan beberapa subjek lain. ujian ni takde jadual khusus cuma follow class timetable dan mana-mana cikgu yang dah sedia paper boleh bagi test. Sekarang Tahun 1 ada 2 kelas saja dan nak dipecahkan menjadi 3 kelas coz menurut cikgu2 ada pelajar2 yang dah advance nak dikumpulkan dalam satu kelas supaya bahan p&p lebih sesuai untuk mereka. Along kata dia nak masuk kelas elit itu..Beberapa dia dia nyatakan padaku. InsyaAllah kalau ada rezeki anakku. Semalam kami membuat ulangkaji subjek bahasa inggeris, maematik, aqidah, ibadah dan bahasa arab.

No comments:

Post a Comment