Saturday, 16 February 2013

Cerita Beg

Beg sekolah anak2 yang dibeli pada penghujung tahun lalu semuanya dah terkoyak & rosak zip..apa lah punya kualiti beg2 itu..agaknya stok lama kut dijual berlambak2 sempena nak masuk tahun baru. geram betula dah terkena macam ni. bukannya murah harga satu beg tu. along terpaksa pakai beg yang rosak zip tu selama seminggu sebab aku nak survey betul2 kali ni untuk beg yang boleh tahan sampai hunjung tahun. sampai la kami ke satu kedai ni yang menjual pelbagai kelengkapan sekolah. beg2 yang dijual mempunyai warranty selama setahun untuk sebarang kerosakan bagi beg yang berharga RM 70 ke atas. nice kan tawaran tu. aku pun beli tiga utk semua orang. walaupun adik& angah bawa buku dalam kuantiti dua tiga je ke sekolahnya coz kebanyakan buku2 disimpan di sekolah. tu dia seronok depa duk mengheret beg baru ke sekolah. kasut2 anak pun beli kat kedai tu juga. aku ingat kalau nak shopping kelengkapan sekolah untuk anak pi kedai tu je coz harganya pun lebih kurang sama dengan kedai2 lain..dan senang semua beli kat satu kedai je. yang penting jimat masa & senang nak layan kerenah anak2 ku yang suka minta macam2 benda bila pi macam2 kedai. masuk kedai ni minta barang masuk kedai ni minta barang lain pula. bila dibeli pakainya sekejab saja atau eloknya sekejab saja..samada akan dibuang kerana rosak ataupun tidak diperdulikan lagi. Baru2 ini berlaku satu peristiwa yang berkaitan..kami pergi ke satu pasaraya besar ni kerana nak beli hadiah birthday untuk anak sepupu. along ternampak scooter & minta belikannya. babah dia kata pi beli kat kedai biasa je harga lebih murah dan banyak pilihan. mula2 dia ok tetapi bila dah naik kereta dia buat perangai pulak nak juga benda tu hari ni juga. bila babah kata tak sempat coz kena pergi rumah birthday boy tu dia pun mula lah menangis bermula dengan irama perlahan sampai lah ke tahap membingitkan yang kami suami isteri tak boleh nak tolerate dah. then kami pun singgah ke satu pasaraya besar lagi coz on the way juga ke rumah birthday boy. Terbang dalam RM150..kerana beli 3 sekaligus. Adik punya scooter roda 3 sebab dia tak berapa pandai nak balancing lagi. Selama 2 hari memang seronok diaorang main.. sampai satu tahap along dan angah dah bosan sebab scooter mereka kena balance badan kalau tidak akan tersembamlah jawabnya. last sekali berebut main scooter adik. Sekarang ni scooter 2 roda cuma parking kat tepi dinding dan mereka cuma main scooter adik saja! emmm...aku dah ternampak alas siku dan lutut kat kedai beg tu..ingat kalau pi kedai tu lagi nak beli satu set untuk ketiga2 anakku ini.

No comments:

Post a Comment