Sunday, 24 February 2013

Perubahan

manusia boleh berubah. berubah dari segi fizikal, sikap, emosi, perasaan, dan macam2 perubahan lagi. yang maksudkan di sini ialah adakah dia boleh berubah menjadi seseorang yang kita kenali dulu. aku pernah terjumpa dengan rakan semasa di sekolah rendah dulu. aku terpisah dengan rakan2 ini ketika memasuki sekolah menengah kerana berpindah balik ke kampung halaman dengan familyku. memang tek pernah berjumpa lagi dnegan mereka sehinggalah kami memasuki kolej yang sama. ya, memang berlaku perubahan besar..fizikal of course. and what more sikap pun berubah..maklumlah dah matang kan. memang mereka2 ini menjadi manusia yang bukan kukenali sewaktu kecil dahulu. bagaimana pula dengan kawan2 dari sekolah menengah? setelah bertemu kembali setelah beberapa tahun terpisah atas faktor masing2 menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. ya, memang berlaku perubahan juga..penampilan & juga melibatkan sikap. mereka juga bukan seperti yang kukenali dulu. kematangan dan pengalaman adalah penyebabnya. ketiga ialah rakan2 kukenali sewaktu di kolej. berpisah setelah semuanya tamat belajar. so far kutemui setakat 4,5 orang kerana aku memasuki profesion lain lari dari jurusan yang pekajari di kolej. jadi memang agak payah nak jumpa kawan2 sekolej kecuali terserempak. kawan2 yang kutemui itu masih mengekalkan sikap yang sama..ada berubah sikit2..tetapi ada juga seperti yang kukenali dulu. tetapi ada juga yang telah berubah berdasarkan pemerhatianku pada facebook rakan2 ini. kurasa mereka macam dah menjadi orang lain yang totally change in most aspects. keempat kawan2 setelah aku bekerja. so far aku dah berpindah 3 kali tempat pekerjaan. dan rakan2ku di 2 tempat yang sebelum ini macam itu jugalah..perubahan yang tidak ketara. masih melayanku seperti dulu..dan mereka2 ini adalah seperti mereka yang kukenali dulu. kesimpulannya kawan2 yang kita kenali diusia matang ini tidak banyak perubahannya.

Saturday, 23 February 2013

Virus


Ianya bermula dengan batuk..setelah itu sakit yang memeritkan di tekak..terasa macam ada luka..kurang sikit bila telah se dos ubat batuk..cuma bertahan sekejab saja..batuk semakin menjadi-jadi dengan suara pun bertukar jadi rock. batuk makin kurang kerana dikawal dengan ubat batuk. tapi sakit kepala pula. rasa denyutannya dan setiap kali batuk mesti sakit tak tertanggung. walaupun dah telan panadol tak elok juga. telan lagi macam dah kurang sikit..rasa macam dah ok ok gitu cuma batuk sekali sekali masih berbunyi. aku terjangkit dari kawan sebelah. dan menurutnya yang telah melalui penderitaan ini dua minggu yang lalu sakit kepala itu akan diikuti dengan rasa sakit di dada pula. so far belum pula ada tanda2 sakit di dada ku.. masih sakit kat kepala je ni. apa virus kah ini..

Friday, 22 February 2013

Test Marks

Along dapat 100% untuk subjek bahasa arab, bahasa inggeris, bahasa malaysia, sains dan matematik dalam ujiannya. Yang lain tak tahu lagi dapat berapa..harap2 dapat result yang baik dan maintain kecemerlangannya seperti masa di tadika. Aku perlu banyak bersabar dalam mendidik anakku ini. So far ku lihat dia berada dalam kategori pelajar yang senang faham dan cepat dapat apa yang diajar. Cuma dia masih kurang kreatif menggunakan otak kanannya dan agak lambat untuk mendapat idea yang datangnya dari dirinya sendiri kecuali setelah diberitahu atau diberi hint/tips. Proses penaakulan tu berkembang agak slow sikit..Jadi aku memang kena aktif bertindak sebagai guru keduanya di rumah. InsyaAllah mama akan membantu along sepanjang persekolahan along supaya along terus cemerlang dan dapat bersaing bersama rakan2 yang lain. Practice makes perfect.

Sunday, 17 February 2013

Kaca

Tadi sedang asyik budak2 ni bermain scooter di dalam rumah ttiba2 angah datang dekat denganku sambil tunjuk lututnya yang luka berdarah. darah mengalir tak berhenti2 dan nampak macam agak besar juga lukanya. dia jatuh katanya. aik! heran pula takkan jatuh atas mozek pun luka sampai macam tu..kalau kat jalan raya mungkin juga jadi macam tu kan. Oleh kerana aku sedang meng iron baju kerja & uniform sekolah anak..maka myluv lah yang check lutut dia tu..he said macam ada kaca dalam luka tu. Dan angah pun mula lah menangis2 bila babah dia lap darah yang tak berhenti menangis, Terpaksa aku berhenti sekejab dan cek pula luka tu coz myluv minta aku reconfirm betul ke ada kaca dalam luka tu. Dan ternyata tepat sekali..siap pakai torchlight lagi untuk memastikannya. Jadi doktor sekejab cuma agak lambat sikit nak keluarkan kaca tu coz budak ni payah nak bekerjasama untuk diam. sentuh sikit dia jerit sentuh lagi jerit lagi. last sekali picit luka tu baru lah nampak kaca tersembul keluar dari situ. senanglah nak ambik. emmm...ni gara2 along main kayu panjang apa ntah baru ni terlanggar lampu hiasan kat kipas hall jadi pecah. Ada lagi sisa2 serpihan kaca yang tertinggal atas lantai.

Puding Jagung Klasik

Hasrat di hati untuk membuat puding jagung..bahan2 dah dibeli seminggu yang lalu tapi tak jadi2 juga pudingnya..dah berkurun lama aku tak membuatnya..sejak bila aku pun dah lupa kerana terrrrrrlalu lah lamanya tidak buat dan tidak makan. Dulu kerap buat tetapi di sebabkan satu peristiwa itu maka seakan aku melupakan puding ini..kehkehkeh..banyak betul peristiwa yang berlaku berkait antara satu sama lain..begitu lah kehidupan kan..ada manis pahit gembira sedih..macam2 ada. ok aku bertekad untuk membuatnya awal pagi nanti supaya boleh dimakan di waktu petang. myluv pun tak pernah makan tau puding jagung hasil airtangan ku..begitu lah myluv jarang sekali meminta untukku memasak apapun untuknya..dia terima je apa yang ku masak untuknya..dan aku pula masak pun ala kadar je kan...sobsobsob sayu lah pula..agaknya dia suka tak puding jagung? aku pun tak pernah pula tengok dia makan kat mana2..emmm...

Saturday, 16 February 2013

Cerita Beg

Beg sekolah anak2 yang dibeli pada penghujung tahun lalu semuanya dah terkoyak & rosak zip..apa lah punya kualiti beg2 itu..agaknya stok lama kut dijual berlambak2 sempena nak masuk tahun baru. geram betula dah terkena macam ni. bukannya murah harga satu beg tu. along terpaksa pakai beg yang rosak zip tu selama seminggu sebab aku nak survey betul2 kali ni untuk beg yang boleh tahan sampai hunjung tahun. sampai la kami ke satu kedai ni yang menjual pelbagai kelengkapan sekolah. beg2 yang dijual mempunyai warranty selama setahun untuk sebarang kerosakan bagi beg yang berharga RM 70 ke atas. nice kan tawaran tu. aku pun beli tiga utk semua orang. walaupun adik& angah bawa buku dalam kuantiti dua tiga je ke sekolahnya coz kebanyakan buku2 disimpan di sekolah. tu dia seronok depa duk mengheret beg baru ke sekolah. kasut2 anak pun beli kat kedai tu juga. aku ingat kalau nak shopping kelengkapan sekolah untuk anak pi kedai tu je coz harganya pun lebih kurang sama dengan kedai2 lain..dan senang semua beli kat satu kedai je. yang penting jimat masa & senang nak layan kerenah anak2 ku yang suka minta macam2 benda bila pi macam2 kedai. masuk kedai ni minta barang masuk kedai ni minta barang lain pula. bila dibeli pakainya sekejab saja atau eloknya sekejab saja..samada akan dibuang kerana rosak ataupun tidak diperdulikan lagi. Baru2 ini berlaku satu peristiwa yang berkaitan..kami pergi ke satu pasaraya besar ni kerana nak beli hadiah birthday untuk anak sepupu. along ternampak scooter & minta belikannya. babah dia kata pi beli kat kedai biasa je harga lebih murah dan banyak pilihan. mula2 dia ok tetapi bila dah naik kereta dia buat perangai pulak nak juga benda tu hari ni juga. bila babah kata tak sempat coz kena pergi rumah birthday boy tu dia pun mula lah menangis bermula dengan irama perlahan sampai lah ke tahap membingitkan yang kami suami isteri tak boleh nak tolerate dah. then kami pun singgah ke satu pasaraya besar lagi coz on the way juga ke rumah birthday boy. Terbang dalam RM150..kerana beli 3 sekaligus. Adik punya scooter roda 3 sebab dia tak berapa pandai nak balancing lagi. Selama 2 hari memang seronok diaorang main.. sampai satu tahap along dan angah dah bosan sebab scooter mereka kena balance badan kalau tidak akan tersembamlah jawabnya. last sekali berebut main scooter adik. Sekarang ni scooter 2 roda cuma parking kat tepi dinding dan mereka cuma main scooter adik saja! emmm...aku dah ternampak alas siku dan lutut kat kedai beg tu..ingat kalau pi kedai tu lagi nak beli satu set untuk ketiga2 anakku ini.

Friday, 15 February 2013

Ujian2

kemarin along test bahasa inggeris, sains, feqah, tauhid, sirah dan bahasa arab. tinggal matematik lagi belum ada testnya. maybe hari ni lah tu. bahasa arab dan sains along dapat 100%. senang sangat katanya. ramai juga kawan2 yang lain dapat full marks. ada soalan yang memerlukan hafalan. aku ni pun satu anak dah masuk tahun 1 tapi teknik belajar masih lagi diamalkan macam lah budak tu masih belajar kat tadika. sebelum ni bolehlah belajar secara santai maklumlah tadika la katakan. sekarang kena tukar dah teknik belajar along ni. perlu kah aku buat jadual belajar untuknya? adakah terlalu awal atau melampau sangat aku ni. anak baru tahun 1 tapi dah belajar guna jadual belajar gitu...hehehhehe..overrr tau mama ni. Ok..ok.. takde tekanan ok. apa2 pun setiap malam mesti ada latih tubi..ooo...aku yang stress!!! kelihatan tua lah mukaku nanti.Sabar mama sabar..maintain lawa tu..:-)

Aktiviti sebelum tidur

Setiap malam sebelum tidur anak2 akan baca surah2 lazim yang mereka dah hafal. Bilik gelap tapi sangat bising suasana dalam biliknya. apa taknya angah dan adik kalau menghafal sangat kuat suaranya..agaknya apa la jiran sebelah menyebelah cakap. mujur juga anak2 ini ku biasakan tidur awal supaya senang nak jaga esok pagi. maunya tengah malam baru nak tidur maka suasana tengah malam itu akan riuh rendah bunyinya dengan suara anak2 ku menghafal surah. setakat ini baru 6 surah yang mereka hafal. begitu bersemangat sekali. Target mama 12 surah lazim sehingga akhir tahun 2013 ini. Along mula menghafal bacaan2 dalam solat. bila yang sulung dah start adik2 pun ikut sekali. Agak lambat juga aku mengajar along menhafal bacaan solat. sepatutnya kena mula time dia berumur 5 tahun. Ability tu sebenarnya dah ada masa itu. Aku ni je yang tidak prihatin kebolehupayaan anak2 ku. Ingat masih kecil lagi. Angah memang sangat cepat menghafal. Adik pula memang yang paling last la dapat hafal semua yang aku ajar..last2 pun tidak lah ketinggalan sangat kerana tiap2 malam kena revise sebelum tidur..zzzzzzz....

Pagi hening aku tak tidur lagi..

Kenapa aku masih tak tidur lagi...sikit lagi nak jam 2 am dah. ada sedikit kerja ofis yang aku siapkan. di pagi yang hening ini walaupun mengantuk ku gagahkan juga kerana suasana yang sunyi dan bebas dari tugas2 lain. dah beres 2 items. sambung esok pula. tadi siang myluv kata esok nak pergi check data tentang investment kami. ajak aku pi sekali. malas nak pergi coz ambik masa 2 jam perjalanan ke tempat tu..banyak kerja kat rumah aku boleh siapkan. typical lady eh..orang bawa berjalan pun malas..asyik nak berkurung kat rumah je. pasal apa aku boleh berubah macam ni..dulu aku la kaki ronggeng dengan kawan2ku..pantang cuti ada je plan nak mengabihkan duit gaji. mungkin disebabkan faktor usia dan tanggungjawab agaknya. ok lah kan. aku tak dapat bayangkan kalau aku masih kaki ronda..gamaknya laki ke mana anak ke mana rumah pun tunggang langgang la jawabnya..

Thursday, 14 February 2013

Ujian

Sudah 2 hari along menduduki ujian untuk class streaming. Kelmarin subjek bahasa melayu, sirah dan akhlak. Katanya bahasa melayu susah tapi dia dapat jawab juga. Begitu juga utuk sirah dia kata dia tak faham soalan dan bila tanya cikgu pula cikgu tak mau bagitahu. so dia main agak2 je soalan tu dan jawab berdasarkan apa yang dia ulangkaji denganku di rumah semasa cuti cny. kesian anakku. subjek akhlak ok katanya. hari ni ujian untuk bahasa inggeris dan beberapa subjek lain. ujian ni takde jadual khusus cuma follow class timetable dan mana-mana cikgu yang dah sedia paper boleh bagi test. Sekarang Tahun 1 ada 2 kelas saja dan nak dipecahkan menjadi 3 kelas coz menurut cikgu2 ada pelajar2 yang dah advance nak dikumpulkan dalam satu kelas supaya bahan p&p lebih sesuai untuk mereka. Along kata dia nak masuk kelas elit itu..Beberapa dia dia nyatakan padaku. InsyaAllah kalau ada rezeki anakku. Semalam kami membuat ulangkaji subjek bahasa inggeris, maematik, aqidah, ibadah dan bahasa arab.

Mesin Jahit Idaman 3

Memang sungguh berbaloi rasanya membeli mesin jahit ini..sungguh memudahkan kerja menjahitku terutamanya ia ada fungsi memasukkan benang ke lubang jarum & menggunting benang apabila dah selesai menjahit. kedua2 ini adalah  2 kerja yang memang selalu dilakukan ketika menjahit dan agak melecehkan juga. jadi selesai problem ini dengan mesin jahit brotherku ini. cumanya aku belum lagi menggunakan fungsi sulaman kerana tukang pelatihnya tu belum buat appointment lagi bila masa nak mengajarku. aku agak dia dah lupa kut..kena lah aku yang call kedai tu pula.
Boleh juga baca: mesin jahit idaman 2 dan mesin jahit idaman

Uniform

pagi ini angah memakai uniform tadikanya yang kujahit sendiri..walaupun tak berapa nak kemas jahitannya tapi berbunga2 hatiku melihatnya memakai hasil tangan kerasku ini..dan yang penting no complaint from him..har har har..misi yang seterusnya ialah menjahit sepasang lagi untuknya dan sepasang untuk adik.

Wednesday, 13 February 2013

Cat Rumah

Anak2 dah kembali bersekolah setelah cuti selama 4 hari. Aku? aku masih lagi berpoya poya di rumah cuti lama sikit coz ambil kesempatan nak mengecat dinding rumah. walaupun rumah ini baru kudiami tetapi alkisahnya sudah banyak corak di dindingnya..apalagi hasil kreativiti anak2 yang 3 orang itu lah.. sakit mata dibuatnya. so plannya nak bagi sentuhan baru la konon ni. cumanya cik abang pi kerja lah pula. dia kata tunggu sampai dia balik baru mulakan operasi..nak kena alih perabut2 tu sikit. ikutkan hati baut sorang2 pun takpa takut tak sempat nak buat cuti dah habis pula. ni kerja lain pun banyak lagi nak buat ni. Aku ni duk sorang2 kat rumah mula lah nak main angry bird. Issskkk..geram sungguh lah sekarang ni terstranded pulak..Aku tak tahu la myluv beli kaler apa cat ni..suaka hati dia je beli kaler apa bukannya nak discuss dengan aku padahal cat mengecat ni idea aku..tup2 singgah kedai cat dia bawa balik tin cat dah. aku pulak tak boleh nak keluar dari kereta coz anak2 ada sekali. hmm...ikut je lah. asalkan rumah ku ini berwajah baru. langsir pun kena tukar ikut kaler dinding ye tak..hehehehe...

Kembali Bersiaran

huyooo...hampir 1 1/2 bulan tidak menjengah blog ini. ini adalah catatan pertama bagi tahun 2013.  pasal apa ekkk...hmmm...maybe because of kesibukan yang melanda di awal tahun. Banyak penyebab kesibukan itu. Sibuk di pejabat yang memeras banyak tenagaku seharian. Sibuk di rumah yang kuhabisi sisa-sisa tenagaku. Sibuk bersama anak-anak..prioritiku adalah memantau mereka menyiapkan homework. Along pada minggu2 pertama persekolahnnya setiap hari ada saja kerja rumahnya..berlambak2 pulak tu..semakin berkurangan apabila sudah masuk minggu ketiga..dan macam jarang2 bila sudah masuk minggu keempat. Baru lah kufahami anak ini memerlukan masa untuk menyesuaikan diri di persekitaran sekolah barunya. Di awal2 minggu itu semua kerja yang diberikan oleh cikgu dibawanya balik ke rumah untuk disiapkan. Setelah dia agak selesa mungkin dah dapat kawan yang serasi dengannya atau dah boleh menerima kehadiran guru-guru baru along tidak lagi menyimpan segala homeworknya untk dibawa balik ke rumah. dia menyiapkannya di sekolah di masa p&p atau di masa lapang. atta boy!. aku pun senang sikit sebab cuma membantunya mengulangkaji apa yang dipelajarinya saja di sekolah. Dan seperti biasa angah the genius one berlenggang-lenggang balik ke rumah kerana homework memang disiapkan sepenuhnya di sekolahnya. Dan si kecilku itu sama seperti abangnya homework dibawa balik ke rumah..sanagt banyak walaupun untuk budak yang baru nak mengenal abc. Bila ku komplen dekat cikgu tadikanya baru berkurangan sedikit sebab adik akan menyiapkan homeworknya sebelum dibenarkan untuk bermain petang sementara menunggu babah datang mengambilnya. Sekarang aku agak kurang sikit tekanan membantu anak2 menyiapkan homework masing2.