Saturday, 6 October 2012

Air Soya Bean

Pagi tadi masa godak2 peti sejuk aku terjumpa soya bean..isskkk bila masa aku beli aku pun dah lupa dah. agak2 masa aku beli tu niatnya nak buat air soya la tu. lepas tu terperam kat dalam peti sejuk sampai dah terlupa pula ada benda ni. Rasa macam ada sedikit kerajinan hari ni aku pun rendam lah soya bean tu dalam air panas selama 5 jam..ingat nak masak air soya nya waku petang. Sebenarnya aku tak pun cara nak buat air soya ni..main ikut rasional dan logik je. Aku guna 1 cawan soya bean, air lebih kurang 5 liter,5 helai daun pandan, gula dalam 20 tablespoon @ secukup rasa lah, garam pun secukup rasa. Selepas direndam selama 5 jam itu soya bean ditapis dan dikisar guna blender. lepas tu masak sehingga mendidih dan masukkan lah gula, garam dan daun pandan itu ye. then tapis guna kain muslin @ penapis teh untuk dapat air soya yang bebas serdak :-) bila aku surf net kat baru aku tahu resepiku ini macam betul la jugak. hebat tak aku... kehkehkeh perasan. dan aku baru tahu dengan menggunakan gdl untuk mengeraskan air soya menjadi taufu fa. serdak2 tu aku buang je..

No comments:

Post a Comment