Monday, 5 November 2012

Body Borrower

Apakah perasaan anda sekiranya badan anda yang gagah perkasa dipinjam oleh makhluk Tuhan yang berjenis halus. Dan makhluk itu pula berupa seorang tua yang uzur, kaki tangan membengkok dan kata-kata yang keluar daripada mulut pun tidak jelas untuk difahami. Dan anda menjadi pilihan untuk bertukar badan. Maka makhluk tersebut mendapat tubuh anda yang gagah perkasa dan anda mendapat tubuh yang uzur. Pada zahirnya anda kelihatan seperti orang yang telah mendapat serangan angin ahmar..seolah-olah lumpuh tak betenaga dan susah nak difahami butir bicara. Namun dapat difahami dengan kurniaan ilmu Allah pada insan lain yang berupaya mengesan dengan izin Allah s.w.t. bahawa apa yang terjadi ini adalah sesuatu yang dikira mustahil itu pada kehidupan moden. Maha suci Allah. Semestinya ada hikmah mengapa ini semua harus terjadi. Orang yang dilihat dan disangka baik jangan diingat tiada sisi jahat dalam dirinya..selalu kena beringat & berjaga-jaga. Jaga budi bahasa anda.

No comments:

Post a Comment