Wednesday, 10 October 2012

Jahit Blaus Part2

Blaus yang siap dijahit tu dah pun diserahkan pada yang empunya. Tengok2 ada pulak rakan2 yang lain minta tolong jahitkan blaus jugak..ahakzz. Dah ada experience jahit sepasang rasa2 macam ok lah jugak. Lagipun boleh tambah kecekapanku menjahit blaus pulak. Aku terima juga la kerana desakan rakan2 itu tadi. kali ni boleh siap dalam masa 45 min sepasang. macam tak percaya pulak boleh cepat siap. padahal yang pertama tu terkial2 gak nak menyiapkannya. Rahsianya ialah aku dah tahu cara nak jahit part yang paling susah iaitu mencantumkan blaus dengan lengan..hari tu part ini lah yang melambatkan proses menjahitku. La dah tahu kui kui kui senang macam makan nasi..belum sampai tahap makan kacang lagi..masih ada yang perlu ku masteri bahagian ini supaya jahitan kemas & elok dipandang mata dan dibelek2. Charge $5 je untuk sepasang. Sedar diri juga ni jahitan belum mencapai standard quality. InsyaAllah dapatlah collection $100. Ahakzz..bermulalah karier part time job sebagai tukang jahit.
Syukur Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment