Saturday, 6 October 2012

Jahit blaus

Semalam aku jahit blaus. Blaus ni khas untuk projek anak rakanku..dia kata jahit je la asal siap..minta tolong sangat2. so aku rasa kesian pulak..faham ni perasaan orang yang tak pandai nak menjahit dan terdesak pulak tu nak kena menjahit something. So aku bermula dari pukul 2am berakhir jam 5am. kena jahit waktu awal pagi macam ni supaya tak diganggu oleh budak2 yang sedang lena diulit mimpi tu. maklumlah first time jahit blaus kena  fokus lebih sikit..kena pulak orang punya ye tak. kain tu dah siap potong dan jahit tepi..tinggal nak cantum je. so aku bermula dengan kelim di bahagian bahu..then kelim di bahagian rusuk. selepas itu aku cantumkan lapik untuk leher dengan bahagian leher. dah selesai tu baru aku pi bahagian yang paling susah sikit iaitu nak sambungkan lengan pada baju. mula2 aku pinkan tengah bahagian atas lengan supaya tak lari bila dijahit & untuk budget buat kedut. Then jahit bermula dari bahagian bawah yang sambung dengan rusuk baju. Jahit naik ke atas, then dekat2 sampai tengah atas tu buat la kedut dalam 2 @ 3 kedut. jahit perabih satu pusingan hingga sampai ke rusuk semula. Teori memang senang tapi nak pastikan jahitan kemas dan bersambung elok je kat rusuk tu adalah sukar bagiku yang tak berapa nak pandai ni. dah siap sambung lengan baru lah jahit silang pangkah di bahagian leher, dada, lengan dan bawah baju. lepas tu buat lubang butang. Selesai.

No comments:

Post a Comment