Thursday, 25 October 2012

Kisah Lelaki Muda Itu..

Seorang lelaki muda ini mempunyai kisah hidupnya tersendiri..nak dikatakan sebagai iktibar kurasakan apa saja yang berlaku dalam hidup seseorang itu boleh dijadikan iktibar sebagai peringatan kepada kita hambaNya yang lemah ini. Lelaki muda ini berkahwin pada usia yang muda sewaktu dia menuntut lagi di college kerana terlalu cintakan gadis itu. Semasa sang isteri pregnant anak kedua dia bermain kayu tiga dengan seorang gadis yang masih menuntut di tahun akhir. Menangislah sang isteri kerana kecewa tetapi oleh kerana campur tangan orang tua di kedua-dua belah pihak hubungan terlarang itu pada mulanya berjaya dihentikan. Namun yelah..pilihan ditangan kita..andainya masih berkeras juga..otak boleh memikirkan berbagai2 helah untuk meneruskan hubungan ini walaupun secara senyap2. Si isteri sehingga kini tak mengetahui lelaki muda ini telah pun menikahi gadis itu dan mempunyai seorang anak bersamanya. Namun oleh kerana lelaki ini jenis yang ntah lah aku pun tak pasti macam tak matang dan tak bertanggungjawab mungkin jenis yang melebihi nafsu, dia tak memberi nafkah seadilnya untuk isteri kedua dan lagi familynya pun tak pernah ingin mengenali this no.2 ni. begitulah adanya. Setelah 4 tahun memendam derita akhirnya mereka bercerai atas kehendak sang isteri kedua ini. Namun lelaki muda ini sekali lagi membuat perangai. Dia bermain cinta pula dengan seorang gadis yang baru je lepas exam ting. 5. Muda jelita bergetah begitu. Bila family dak perempuan ni dapat tahu lelaki muda ini telah dibelasah sehingga patah kaki. Ambik ko mc sebulan. Entah macamana family perempuan ni minta lelaki muda ini bertanggungjawab kerana dah malu anak mereka diusung oleh lelaki muda ini. Lelaki muda ini pun menikah lagi buat kali ketiga. Tapi diulang lagi sikap yang dulu tiada nafkah diberikan..sikap tak matang sikap tak bertanggungjawab masih diamalkan. menjadi modalnya untuk memikat dan mencairkan hati gadis2 muda ialah rupa yang manis, peramah serta keromantikan dan tabur duit sikit2. Akhirnya sang isteri ketiga ini pun tak tahan, after a year or two..akhirnya mereka bercerai. Yang tetap bertahan ialah isteri pertamanya yang sebenarnya tak mengetahui apa2 cerita tentang suaminya yang nakal ini. Cumanya dia beruntung kerana sangat disayangi oleh family suaminya. Kisah terbaru lelaki muda ini ialah..ya sekali lagi menjalinkan hubungan dengan perempuan lagi..aku tak tahu bila nak berubah..kali ni bermain cinta dengan isteri orang!!. oh my god. suami perempuan itu sampai mendatangi rumah lelaki muda ini membawa parang untuk membuat perhitungan. nasib baik ketika itu ada ayah, pakcik lelaki muda ini di rumah. Kalau tidak ntah apa yang akan berlaku. kali ni isterinya mengetahui hal ini. menangis lagi lah dia..alangkah lukanya hati itu..khabar terbaru bini orang itu telah bercerai dengan suaminya. Aku tak tahu adakah lelaki muda ini akan bertindak gentleman (kononnya..) adakah dia akan bernikah untuk kali keempat. I juz donno..

No comments:

Post a Comment