Friday, 26 October 2012
Demam raya
hmmm...along demam pagi ni. bangun pagi2 dah mengadu mata dan telinga sakit. sampai nak suapkan dia bihun goreng susah nak pujuk dia untuk makan. makan juga sikit sebab aku kata nanti tak dapat nak makan ubat kalau perut kosong. lepas makan 20 minit tiba2 dia muntah pulak. lepas dah muntah tu baru dia kata lega mata dan telinga dah tak sakit. Aku pun cepat2 bagi makan ubat demam. 3 jam lepas tu masa berada kat rumah mil dia menangis2 kata telinga sakit. mak pun jadi kalut lah tengok cucu dia menangis2 macam tu. last sekali sapu minyak dalam telinga along. baru dia senyap & terlena sat. terpaksa kami balik rumah dan tak pi beraya rumah sapa2. sampai rumah dia mengadu sakit mata lagi. jam 2 tadi dah bagi makan ubat demam. nampak macam dah lega. tapi tu lah nampak gaya nak kena berjaga lah malam ni.oh yea mak masak set nasi tomato hari ni. tambah ketupat, kuah kacang, rendang ayam. Thumb up.
Thursday, 25 October 2012
An apple
bila master kungfu panda meminta kungfu panda membawakan an apple kepadanya. betapa hairannya kungfu panda bila diminta berbuat demikian. beberapa kali dia bertanya masternya betulkah mau dibawakan an apple dan masternya pun mengulang beberapa kali permintaan itu. lucu bila tengok air muka kungfu panda seakan tak percaya..like r u kidding me..like seriously an apple? apa muslihatnya ye? aku pun tengok part tu je..so tak tahu apa ceritanya
Kisah Lelaki Muda Itu..
Seorang lelaki muda ini mempunyai kisah hidupnya tersendiri..nak dikatakan sebagai iktibar kurasakan apa saja yang berlaku dalam hidup seseorang itu boleh dijadikan iktibar sebagai peringatan kepada kita hambaNya yang lemah ini. Lelaki muda ini berkahwin pada usia yang muda sewaktu dia menuntut lagi di college kerana terlalu cintakan gadis itu. Semasa sang isteri pregnant anak kedua dia bermain kayu tiga dengan seorang gadis yang masih menuntut di tahun akhir. Menangislah sang isteri kerana kecewa tetapi oleh kerana campur tangan orang tua di kedua-dua belah pihak hubungan terlarang itu pada mulanya berjaya dihentikan. Namun yelah..pilihan ditangan kita..andainya masih berkeras juga..otak boleh memikirkan berbagai2 helah untuk meneruskan hubungan ini walaupun secara senyap2. Si isteri sehingga kini tak mengetahui lelaki muda ini telah pun menikahi gadis itu dan mempunyai seorang anak bersamanya. Namun oleh kerana lelaki ini jenis yang ntah lah aku pun tak pasti macam tak matang dan tak bertanggungjawab mungkin jenis yang melebihi nafsu, dia tak memberi nafkah seadilnya untuk isteri kedua dan lagi familynya pun tak pernah ingin mengenali this no.2 ni. begitulah adanya. Setelah 4 tahun memendam derita akhirnya mereka bercerai atas kehendak sang isteri kedua ini. Namun lelaki muda ini sekali lagi membuat perangai. Dia bermain cinta pula dengan seorang gadis yang baru je lepas exam ting. 5. Muda jelita bergetah begitu. Bila family dak perempuan ni dapat tahu lelaki muda ini telah dibelasah sehingga patah kaki. Ambik ko mc sebulan. Entah macamana family perempuan ni minta lelaki muda ini bertanggungjawab kerana dah malu anak mereka diusung oleh lelaki muda ini. Lelaki muda ini pun menikah lagi buat kali ketiga. Tapi diulang lagi sikap yang dulu tiada nafkah diberikan..sikap tak matang sikap tak bertanggungjawab masih diamalkan. menjadi modalnya untuk memikat dan mencairkan hati gadis2 muda ialah rupa yang manis, peramah serta keromantikan dan tabur duit sikit2. Akhirnya sang isteri ketiga ini pun tak tahan, after a year or two..akhirnya mereka bercerai. Yang tetap bertahan ialah isteri pertamanya yang sebenarnya tak mengetahui apa2 cerita tentang suaminya yang nakal ini. Cumanya dia beruntung kerana sangat disayangi oleh family suaminya. Kisah terbaru lelaki muda ini ialah..ya sekali lagi menjalinkan hubungan dengan perempuan lagi..aku tak tahu bila nak berubah..kali ni bermain cinta dengan isteri orang!!. oh my god. suami perempuan itu sampai mendatangi rumah lelaki muda ini membawa parang untuk membuat perhitungan. nasib baik ketika itu ada ayah, pakcik lelaki muda ini di rumah. Kalau tidak ntah apa yang akan berlaku. kali ni isterinya mengetahui hal ini. menangis lagi lah dia..alangkah lukanya hati itu..khabar terbaru bini orang itu telah bercerai dengan suaminya. Aku tak tahu adakah lelaki muda ini akan bertindak gentleman (kononnya..) adakah dia akan bernikah untuk kali keempat. I juz donno..
Hobi 1
Hobiku ialah pergi berjalan2 & bersantai menikmati keindahan alam yang hijau. Semasa aku masih anak dara aku mempunyai geng kaki jalan seramai 10 orang. Kami kumpul duit untuk aktiviti berjalan2 ni. Yang paling menarik sekali adalah ketika kami melawat Lembah Danum. Pengalaman berada di lembah yang indah itu tak dapat kulupakan. Gambar2 yang ditangkap pada masa itu memang mencuit hati dengan gelagat kami. Indahnya masa itu. Andainya masaku boleh berputar kembali ini lah saat yang kuinginkan untuk kulalui sekali lagi bersama teman2 yang sesetengahya berpisah disebabkan jarak dan tugas termasuk aku. Takpe lah at least apa yang ada dalam ingatanku terhadap rakan2 ku ini adalah saat2 manis
Layan..
sekarang dah jam 3.45 am. Along terjaga tadi terus tengok tv mula2 tgok vcd tom & jerry yang baru babah dia beli. pastu boring dia tgok astro oasis pulak. tadi kami dua2 orang balun belen2 kek birthday adik. kena curi2 makan coz adik la ni batuk teruk. nanti tengok abang2 makan dia pun nak jugak. esok anak2 cuti, aku pun cuti sempena nak raya haji. myluv sorang je tak cuti. dia biasalah susah nak ambik cuti. minggu depan anak2 exam hujung tahun. kena buat revision cuti 4 hari ni dengan diaorang. tadi ada lah minta feedback dari ticer. ticer kata along masa trial tu tak score dlm subjek sains. ok lah nak tidur dulu...
Ngahngah
Ngahngah adalah abang no.2 ku. ngahngah merupakan panggilan anak saudara kepadanya. Berkahwin pada usia 40 tahun dan kini mempunyai 2 orang anak yang kecil. Putus tunang sekali setelah bercinta bertahun lamanya. agaknya tu pasal ngahngah kahwin lambat. Jumpa je dengan isterinya ni tunggu tak lama dalam masa setahun terus menikah. Macam tu lah kalau memang dah jumpa jodoh..cepat je prosesnya. Tu yang bercinta bertahun2 tu tak jugak kahwin alamat tak dak jodoh agaknya...awas sapa2 yang berada di situasi bercinta bertahun2 ni...tapi jodoh kan terletak di tangan Allah s.w.t. Kita kenalah terima takdir ini dengan hati terbuka dan tenang. InsyaAllah rezeki Allah ada untuk kita. Sudah 2 tahun kesihatan ngahngah merosot. penyakit ini sebenarnya bermula dari dia muda lagi..tangan shaking pada mulanya. My parents cukup puas membawanya berubat hospital, klinik dan tradisonal. Ok for quite sometimes. After my mom pass away then it becomes worst..coz dia ni tak peduli sendiri punya penyakit..kuat hisap rokok lagi. penyakit tu menyerang kaki belah kirinya. susah nak bergerak. apalagi nak naik tangga. sungguh sedih melihat keadaannya. Bila diberikan air akar2 kayu made by my uncle yang mahir tentang akaran ni..adalah positif improvement sikit..boleh dah berjalan perlahan2 tanpa tongkat. tapi dia stil keep on rokok. tak putus2..abih camno nak buek tu. aku pun tak fahamlah. tak kesian ke dengan anak2 yang kecil tu. Baru ni aku telefon. agak susah dia nak bercakap. Suara dah macam orang yang kena penyakit angin ahmar. Katanya sekarang makin teruk. Sebelah badan macam dah lumpuh...Sayunya hatiku..2 malam yang lepas aku bermimpikan ngahngah pergi ke syurga..mimpi tu memang jalan cerita dia berbelit2 tapi at the end ngahngah kata dia seronok duduk kat syurga. Ya Allah sembuhkan penyakit abangku..panjangkan umurnya ya Allah supaya dia terus dapat beribadat kepadaMu ya Allah..dan dapat membesarkan anak2nya menjadi insan soleh dan solehah.
Sunday, 21 October 2012
kerja..kerja..kerja..
Dah dekat nak hujung tahun..banyak kerja nak kena siapkan sebelum tahun baru bermula..ke'busy'an yang melampau coz semua kerja diberi dateline yang dekat2..masa ni lah semua kalut nak tutup fail sehingga kerja yang patut boleh dibuat secara bersistematik kalau diberikan awal menjadi kelam kabut kerana arahan last minute yang menyesakkan jiwa. Apalagi akan kekurangan tidurlah aku dalam seminggu dua ni. Aku cuba menyusun jadual mengikut kepentingan kerjaku..so far satu persatu berjaya disiapkan..Cumanya terpaksa melupakan seketika hobi menjahitku..tiada masa untuk memegang mesin jahit.
Wednesday, 10 October 2012
Andainya masa itu..
Andainya masa boleh berputar balik..aku ingin masaku berpusing kembali semasa aku di tingkatan 3 agar dapatku perbaiki keputusan examku..ahakzz..taklah teruk sangat tapi rasa2nya aku boleh buat yang lagi baik. tapi dengan syarat walaupun fizikal berwajah 15 tahun namun fikiranku yang matang diusia ini bersama IQ geniusku ini harus berada dalam tubuh itu..hahahahah...adakah macam tu. suka sangat berkhayal yang bukan2 tau..kehkehkeh. nak jugak tunjuk terer tu. mesti aku jadi best student & maybe keluar newspaper kut sebagai top student. Selepas itu aku akan terus juga belajar di sekolah di kampungku itu (walaupun aku mesti dapat offer pi study kat sekolah berasrama kan..top studentlah katakan) kerana aku ingin menghabis kan masa sebanyak yang mungkin bersama familyku terutamanya orang yang amat kusayangi dan amat2 kurindui di kala ini..my mummy. Then aku akan mencapai result yang paling cemerlang dalam spm pula. Sekali lagi masuk newspaper..kehkehkeh..merapu sungguh. lepas spm terpaksa pula masuk universiti kan...adakah aku akan apply u yang sama? hmmm...camna ekkk...masuk u yang sama bererti aku akan berpisah dari familyku kerana ianya di negeri lain. Negeri kelahiran ku pulak tidak mempunyai u lagi di kala itu..hmmm... opsyen yang lain ialah masuk maktab perguruan. Huiyo..mesti aku dapat tajaan biasiswa kan untuk study oversea.. isskkk payah pulak kalau jadi top student ni. jadi tumpuan lah puleekkk..sedangkan aku ni orang yang tak minat dapat tumpuan lebih2 macam ni. sat gi semua ceritaku dari superbaby sehingga kini akan dikorek.. dalam tak glamer macam ni pun ada orang nak ambik tahu..ni kan pulak dah glamer macam tu kan. Ok lah tukar sikit cerita ni takat dapat result yang macam original punya la..cukuplah untuk nak apply cikgu ataupun matrix. Tu dia..sambung lain kalilah cerita merapu ni
Jahit Blaus Part2
Blaus yang siap dijahit tu dah pun diserahkan pada yang empunya. Tengok2 ada pulak rakan2 yang lain minta tolong jahitkan blaus jugak..ahakzz. Dah ada experience jahit sepasang rasa2 macam ok lah jugak. Lagipun boleh tambah kecekapanku menjahit blaus pulak. Aku terima juga la kerana desakan rakan2 itu tadi. kali ni boleh siap dalam masa 45 min sepasang. macam tak percaya pulak boleh cepat siap. padahal yang pertama tu terkial2 gak nak menyiapkannya. Rahsianya ialah aku dah tahu cara nak jahit part yang paling susah iaitu mencantumkan blaus dengan lengan..hari tu part ini lah yang melambatkan proses menjahitku. La dah tahu kui kui kui senang macam makan nasi..belum sampai tahap makan kacang lagi..masih ada yang perlu ku masteri bahagian ini supaya jahitan kemas & elok dipandang mata dan dibelek2. Charge $5 je untuk sepasang. Sedar diri juga ni jahitan belum mencapai standard quality. InsyaAllah dapatlah collection $100. Ahakzz..bermulalah karier part time job sebagai tukang jahit.
Syukur Alhamdulillah.
Syukur Alhamdulillah.
Saturday, 6 October 2012
Jahit blaus
Semalam aku jahit blaus. Blaus ni khas untuk projek anak rakanku..dia kata jahit je la asal siap..minta tolong sangat2. so aku rasa kesian pulak..faham ni perasaan orang yang tak pandai nak menjahit dan terdesak pulak tu nak kena menjahit something. So aku bermula dari pukul 2am berakhir jam 5am. kena jahit waktu awal pagi macam ni supaya tak diganggu oleh budak2 yang sedang lena diulit mimpi tu. maklumlah first time jahit blaus kena fokus lebih sikit..kena pulak orang punya ye tak. kain tu dah siap potong dan jahit tepi..tinggal nak cantum je. so aku bermula dengan kelim di bahagian bahu..then kelim di bahagian rusuk. selepas itu aku cantumkan lapik untuk leher dengan bahagian leher. dah selesai tu baru aku pi bahagian yang paling susah sikit iaitu nak sambungkan lengan pada baju. mula2 aku pinkan tengah bahagian atas lengan supaya tak lari bila dijahit & untuk budget buat kedut. Then jahit bermula dari bahagian bawah yang sambung dengan rusuk baju. Jahit naik ke atas, then dekat2 sampai tengah atas tu buat la kedut dalam 2 @ 3 kedut. jahit perabih satu pusingan hingga sampai ke rusuk semula. Teori memang senang tapi nak pastikan jahitan kemas dan bersambung elok je kat rusuk tu adalah sukar bagiku yang tak berapa nak pandai ni. dah siap sambung lengan baru lah jahit silang pangkah di bahagian leher, dada, lengan dan bawah baju. lepas tu buat lubang butang. Selesai.
Air Soya Bean
Pagi tadi masa godak2 peti sejuk aku terjumpa soya bean..isskkk bila masa aku beli aku pun dah lupa dah. agak2 masa aku beli tu niatnya nak buat air soya la tu. lepas tu terperam kat dalam peti sejuk sampai dah terlupa pula ada benda ni. Rasa macam ada sedikit kerajinan hari ni aku pun rendam lah soya bean tu dalam air panas selama 5 jam..ingat nak masak air soya nya waku petang. Sebenarnya aku tak pun cara nak buat air soya ni..main ikut rasional dan logik je. Aku guna 1 cawan soya bean, air lebih kurang 5 liter,5 helai daun pandan, gula dalam 20 tablespoon @ secukup rasa lah, garam pun secukup rasa. Selepas direndam selama 5 jam itu soya bean ditapis dan dikisar guna blender. lepas tu masak sehingga mendidih dan masukkan lah gula, garam dan daun pandan itu ye. then tapis guna kain muslin @ penapis teh untuk dapat air soya yang bebas serdak :-) bila aku surf net kat baru aku tahu resepiku ini macam betul la jugak. hebat tak aku... kehkehkeh perasan. dan aku baru tahu dengan menggunakan gdl untuk mengeraskan air soya menjadi taufu fa. serdak2 tu aku buang je..
Monday, 1 October 2012
3 ultramans
Ultraman..hero yang menjadi kegilaan anak2ku yang kecil ini. Begitu juga dgn anak2 buahku. Siap hafal lagu jepun ultraman tu. Baru ni jahit sarung bantal ultraman sorang dua biji untuk diaorang. Happy kenmain. Sekarang ni senang aaa..ultraman purple along punya, utraman hijau angah, ultraman biru adik. senang tak yah gaduh2 rebut bantal lagi. Along tanya pasal apa tak beli gambar yang ada ultraman mebius..manalah mama ni tahu ultraman mebius tu rupa macamana..tu kat sarung ada gambar ultraman tiga, ultraman gaia..dan satu lagi apa ntah nama en ultraman tu..tapi bukan mebius kata angah..hmmm...ni la gambar bantal2 itu..cuba cek ultraman apa tu :-)
Dapat akhirnya
Syukur...Alhamdulillah. Along lulus ujian penapisan baru ni dan berjaya melayakkan diri memasuki sekolah rendah islam. Aku nak buka sampul surat makluman tu pun macam punya debaran rasanya..maklumlah kami sangat berharap dia dapat belajar kat sekolah ni untuk 6 tahun mendatang. Lega rasanya bila membaca surat makluman sukacita itu. Tahun depan bermulalah episod baru dalam kehidupan along kesayanganku. Semoga menjadi insan yang baik, sayangku.
Subscribe to:
Posts (Atom)