Monday, 26 December 2011

Fish Ball

Tiga hari yang lalu aku buat fish balls sebab anak2 minat sangat makan fishball ni. so oleh kerana ada ikan dalam freezer tu aku pun koreklah semua isi ikan tu nak jadikannya fish ball. terbayang-bayang di ruang mata ini fish ball yang putih melepak & lembut seperti yang selalu dibeli. lama juga lah proses nak buat ni. letih aaa.. jadi juga la tapi bukannya fish ball tapi hehehhe..kepok lekor seh! tak tahu lah macamana pulak boleh transform jadi kepok plak. aku sedang godak2 la net ni apakah resepi sebenar fish balls supaya jadi macam beli kat pasar tu. hmmm...anak2 pun tak lalu makan..last2 aku yang makan perabih..aduhai.

Tuesday, 20 December 2011

Sambal mangga

Aku ni minat makan mangga muda..so selalu lah buat sambal mangga ni..tapi aku tak minat campur macam2 kerana bila banyak sangat bahan campurannya maka akan kurang lah rasa nikmat mangga tu. tapi yang kerabu mangga thai punya tu aku suka walaupun dia campur macam2 benda..agaknya sebab sos limau yang dia guna tu menambah perisa kut tapi aku tak pernah cuba buat lagi coz masih setia dengan sambal mangga ku sendiri.
Bahan-bahannya: mangga sebanyak mungkin, kalau saiz kecil tu bubuh lah 20 biji, belacan sikit, cili padi ikut selera nak pedas mana, garam & gula secuku rasa...taip ni pun kecur je air liur...hehehehe..bukannya apa kelmarin gak myluv beli pelam muda..ada la 20 biji kut. tu nak buat sambal lah tu...nyam..nyamm...nyammm..
dekat kampung abah ada tanam pelbagai variasi mangga. yang bulat, yang panjang. lonjong..semua ada..tapi aku je yang tak tau nama spesies dia. tapi ada satu yang paling kuminati iaitu pokok yang di tepi tingkap bilikku. pokok itu sudah dilabel sebagai pokok mangga zulieyanaz..hahahah..hak milik gitu. kalau musim semua pokok2 ni berbuah serentak tak abis nak makan uuu..sampai luruh sendiri & membusuk. sayangkan..so bila ada orang datang nak pajak buah2an ni..abah jual borong saja lah. tapi yang pokok zulieyanaz tu dia tak sampai hati nak jual coz aku ni tiap2 hari pi kait mangga kat pokok tu buat ulam masa makan nasi. tak boring ekkk...walaupun dipujuk oleh peraih2 ni pun abah tak sampai hati nak jual...tengok punya lah aku ni kaki mangga dari kecik lagi lah alkisahnya.

Rambutan

Kelmarin myluv beli rambutan kat pasar malam atas permintaanku. hari ni baru ada peluang nak makan. tu pun kena tunggu my sons lena waktu tengahari ni. bukannya takmau bagi makan tapi batuk nanti. dah lah batuk bukannya sehari dua nak baik, mau makan berminggu juga kalau dah start batuk tu. time tido la paling kesian sekali..siap2 sakit dada batuk melengking2 ni. mengenangkan tu semua anak2 baik tak yah makan ye. tapi isskkk along ni tak mau lena pula hari ni so aku & along pun pulun lah bersama2. takpa la along dah besar sikit. mama jadi tukang buka kulit, along hentam je ye makan. tapi dia makan slow..takut tertelan biji..hahahhaah... ikut pesan mama dia la tu. abis je buka kulit, aku pun tekan minyak tak berhenti ngap ngap ngap..sampai along kata mama jangan la makan laju sangat..nanti abis la pulak..aku angkat2 kening je sambil senyum2 jahat..last2 budak ni bawa lari bekas isi buah rambutan tu..hahahah..takut sangat dia mama makan abis ye...n3 ni sempena mengingatkan along bawa lari rambutan..& ada sekali tertelan biji rambutan..kuikuikui...

Monday, 19 December 2011

Sulaman

Aku sekarang sedang belajar2 cara nak buat sulaman pula. cikgunya dari rakan2 blogger lah..hheheh...ramai yang baik hati & murah hati buat tutorial teknik2 berbagai2 sulaman yang menarik. yang tak bestnya ada blog yang tak bagi copy la..issskkk naik berpinau biji mata blaja sambil tengok screen ni. kalau lah boleh copy kan senang boleh la aku print kat paper & then refer je bila2 masa. kan senang gitu. takpe lah first time buat kena la tengok screen then dah ada sample simpan je lah kan. anyway thanx pada blogger yang bagi free je tutorial berinformasi macam ni. harap one day aku pun boleh buat sharing macam ni. sharing is caring..tak gitu..

Tuesday, 13 December 2011

Serai

Hari ini adalah hari bersejarah buat pokok seraiku. Setelah mula ditanam dalam bulan jun sebanyak 3 batang dan kini sudah beranak pinak, hari ini kali pertama aku mengorek 2 batang untuk dijadikan ingredient dalam masakanku di waktu tengahari. gemuk ooo serai aku ni. alhamdulillah tak letak baja apa pun. sebenarnya bukan aku yang tanam tapi my brother. aku dah cuba sebanyak 2 kali tapi tak mahunya menjadi. bila my brother mai bcuti kat rumah aku pun cuba la tangan magic dia tu. tangan dia memang magic, tanam apa saja mesti hidup punya. kadang2 main campak2 je pun tumbuh. aku ni tumpang je hasil tanaman dia tu. dari kami kecik sampai la ni..oh aku ingat ada satu kisah di mana my brother ini telah menanam pokok2 cili dalam 5 buah pasu sehinggalah pokok2 itu berbuah ranum dan cili2nya telah dapat dipetik untuk dijadikan bahan dalam masakan. dan aku ni minah penyebok yang pulang bercuti dari college pi sebok2 angkat semua pokok2 tu konon nak tanam di tepi rumah abah di kampung. my brother pun tak kisah. katanya kalau rajin pindahkanlah ke tanah. aku pun dengan penuh semangat..kuikuikui..sekali pokok2 cili tu semuanya kering & layu akhirnya..sob..sob..sob..sedih betul. sampai sekarang aku ingat.
berbalik pada 2 batang seraiku tadi. aku gunakan untuk masak ikan singgang & sotong kicap berempah. resepinya nanti aku post. ikan singgang ini adalah favourite ketiga2 buah hatiku. ye anak2 mama, anak2 mama masa ini sangat sukakan ikan masak singgang ye. nanti mama catatkan apa lagi yang mama masak anak2 mama suka sangat nak makan sehingga licin. sotong kicap berempah ini pula untuk habuanku & myluv coz anak2 tak minat makan rempah2 ni. ok la tak payah nak berebut kan..ehek

Monday, 12 December 2011

Roti Canai Zulieyanaz

Kami sekeluarga berbreakfastkan roti canai pagi ni. beli? oo no no no no..i buat sendiri ye. :-) yes home made. sedapnya..aiikkk..puji sendiri nampak...wakakakakak...aku buat dari kemarin lagi. kul 10 am siapkan batter dia. Tepung sekilo, marjerin 3 camca, susu manis 1/2 cawan, garam secukup rasa (err..1/2 camca makan), telur 2 biji, air 1 1/3 cawan. ok uli sampai lembut..sehingga boleh dibulatkan dan tidak melekat di jari ye hasil adunan itu. ok. saiz kebesaran bulat itu adalah kecil sedikit dari my genggaman. next time rujuk sini kalau tak ingat. lepas tu simpan dalam bekas dan juga jgn lupa sapu dengan majerin setiap satunya sebelum disimpan untuk elakkan dari melekat sesama sendiri ye. simpan semalamaan. sekilo tepung boleh dapat dalam 25-30 biji roti. kemarin aku start tebar kul 5.30ptg. ok dah. boleh tebar dah time tu. aku masak lebih kurang 10 biji petang tu. licin oleh myluv & super kids. tak sempat roti masak order dah sampai ke dapur dengan pinggan lagi. tu pun sebenarnya testing je. makan without any pencicah.
Then this morning aku masak lagi balance roti yang ada. emmm...dah tinggal semalaman ni kan roti dia jadi lagi lembut & gebu..senang nak tebar u. seperti biasa those super kids tak menyempat2 aku siap masak dah duduk tepi dapur. hot2 punya dapat kat depa la. dah kenyang baru pi tempat lain. alhamdulillah disukai oleh anak2. myluv pesan jgn buat selalu byk minyak ni. ok darling. pagi ni makan cicah dengan kari sardin.

Baju kurung Part3

Alhamdulilllah siap juga akhirnya my baju kurung. dah pakai pun pi kerja. besar gile. kuikuikui. next time nak kena adjust part pesak & badan dia ye. kain overall ok. zip ok, pesak nak kena jahit macam artie style ye..lebih kemas. but part pinggang getah tu..isskkk..horrible..terrible. memang betul2 nak kena perbaiki. next time k next time..aku dah ada plan camna nak buat. apa2 pun thanks la pada orang yang post nota kat net tu..sapa ka nama dia. nanti aku type. thanks also to artie my sil. banyak tips yang dia bagi sepanjang aku menyiapkan projekku ini. gumbira hatiku..lalalalla

Saturday, 3 December 2011

Sembang pagi sabtu

Setiap pagi waktu kerja aku akan bangun pukul 5,00 - 5.30 am. Missionku ialah menyediakan breakfast untuk anak2 & bawa ke sekolah. Bangun awal bolehlah aku buat kerja dengan rileks tidak terkocoh-kocoh. ada masa aku aku akan basuh kain & kemas rumah bergantung pada breakfast yang kusediakan hari itu. kalau time cuti aku bangun kul 6.00 - 6.30am. dah terbiasa pulak tapi takmau lah bangun awal sangat cam selalu.
Anak2 kena serang demam panas, selsema & batuk. bermula dengan yang sulung, 3 hari kemudian yang no.2 pulak, dan after a week yang kecik pula terjangkit. Aku kena jugak..batuk je la. sampai sakit2 dada kalau dah terbatuk2. myluv kena selsema + batuk sikit2. bila anak2 demam aku tak cukup tidur. sekejap2 kena cek badan panas ke tidak. nasib baik ada kool fever, vicks. tapi still mata ni akan terjaga juga bila cukup time waktu pagi. dan aku ni jenis jarang pula dapat tidur siang. ikut hati memang nak tidur bila anak2 take a nap tapi otak ni asyik kata ada lagi kerja rumah tak buat ni. last2 abih waktu macam tu je. kawan2 pun selalu komplen diaorang kalau kat rumah tak berhenti2 buat kerja rumah. tu pasal lah bila abis waktu pejabat diaorang pi meronggeng beramai2 dulu sebelum balik rumah..kuikuikui..tapi aku tak join ye. aku terus balik rumah. lagipun $ tak cukup nak pi shopping. waktu di rumah aku tak putus2 buat kerja rumah. macam2. entahlah macam tak pernah surut kerja kat rumah ni. ada je yang nak kena buat.
Ok lah nak pi goreng mee. aku nak start jahit kain kurung tu. tak start2 lagi ni.

Friday, 2 December 2011

Selingan Tom2

Kisah Tom ni lagi la. tak start2 lagi. asyik2 dapat selingan je. banyak betul ko punya iklan yek. my problem is aku tak tau nak start dari mana. idea cerita ada tapi nak mengembangkannya jadi satu cerita yang simple & difahami jalan ceritanya aku tak reti la. as muimui aku dok merangka dalam otak la ni. tom..tom...tom...
miaww

Thursday, 1 December 2011

Baju Kurung Part2

Yes! at last siap gak my baju kurung..bangganya aku bila melihatnya walaupun tak sempurna mana. tak sangko eden yo. bila i posing depan myluv, he said macam baju tido je..besar gedebeh. kuikuikui. baju tido pun baju tido la. janji siap. tapi nak pakai ke tak aaa..tergamak ka aku pakai baju kurung @ baju tido ni. nanti org kata pakai baju tido plak. pernyataan myluv telah mempengaruhi keyakinanku..pakai ke tak..pakai ke tak...emmm.. eh! kain dia tak siap lagi tau..saspen ni nak mula jahit. entah macamana la rupa dia bila dah siap nanti. & apa pula komen bigboss..

Wednesday, 30 November 2011

Buaya Sangkut

Ngeri ekkk tajuk ni...apa cerita ni..buaya tersangkut pulak. ini nama sebuah air terjun yang cantik terletak nun jauh di tengah hutan, jalan kaki dalam 4 ke 5 jam la mcm tu aku pun dah lupa. yes saya pernah menjejakkan kaki di sana. masa tu masih muda trang tang tang. energy banyak, jalan jauh dalam hutan pun no hal punya. la ni mengenangkan aku kena jalan kaki 30 minit pun aku ngeri..punya la lemak. nanti aku catatkan pengalamanku ini. saja buat note supaya aku ingat nak catat esok2. untuk pengetahuan anak2 bila dah besar nanti.

Tuesday, 29 November 2011

Baju kurung

Sabar ye..ini bukan nak announce my baju kurung dah siap jahit. baru jahit lengan + pesak + kekek. satu belah tu ok..cantik je aku jahit, yang satu belah lagi issskkk tak sama panjang le pulak lengannya. cek punya cek aku jahit tu makan kat kekek dia sikit, tu yg terlari pulak tang hujung lengan tu. kena la tetas menetas esok. la ni tak larat dah, mengantuk. esok nak p keja lagi. balik keja aku sambung balik jahit. tang leher pun satu macam punya problem. aku dah jahit dah leher badan dengan kain perca tapi tak reti aku nak buat macamana step seterusnya. takut sat ni rosak la pulak. takpa esok aku nak tanya akak tukang sapu kat tempat keja. dia bagi tips tadi tapi aku ni jenis yang lembab sikit la..susah nak paham..hekhekhek..kena ajar 2,3 kali baru dapat. harap2 dapat siap dengan selamat baju aku ni.

Friday, 25 November 2011

Projek Terbaru

dah start dah..projek terbaruku. apalagi jahit baju kurung le. buat sambil baca nota..eheheh..takde guru, cuma refer nota yang aku dapat dari internet. aku follow step by step..mula2 buat pola dulu. pola ok dah siap, then surihkan pada kain. ni yang problem ni. kain yang aku beli 4 meter cukup2 utk buat baju kurung, kena pandai adjust tang mana nak letak badan, lengan, pesak dan lain2 nya. aku pun buat lah dengan berhati2. tapi isskkk tak lepas jugak. masalah kain tak cukup lebar ke apa ni hah. selalu hantar pi tailor 4 meter tu memang cukup je. ni tak boleh pula. issskkk..aku kira, ukur, sukat, memang tak boleh la nak adjust. poning eden. last2 cuma dapat gunting tang kain bawah je. tang badan tu aku postpone dulu, nak kena beli kain tambah..apa2 pun supaya aku selesa menggunting & menyelesaikan missionku ini. pastu baru nak pikir camna nak adjust 4 meter tu bagi cukup buat baju kurung untuk saiz aku ni.

Tom

Tom..seekor lagi kucing belaan di kampungku suatu waktu dahulu. ini kucing jantan. kucing yang biasa2 je macam kucing lain adanya. akan jadi watak dalam catatanku yang seterusnya. tunggu je :-)

Ghost Part2

Hahahah..sekali lagi pengalaman dengan hantu..but this time tak nampak tapi dengar. berlaku pada suatu malam ketika aku sedang melayari internet di dalam bilikku di kampung. sekali terdengar bunyi seperti orang sedang menyapu membersihkan parit di tepi bilikku. mula-mula tu ingatkan adikku punya kerja. apake halnya malam2 dok p bersihkan parit tu hah? aku pun menjenguklah kat tingkap nak tengok & tegur. eee...gelapnya kat luar. tak nampak sapa2 pun and bunyi tu pun tiba2 berhenti. aku tengok jam tepat jam 12 tengahmalam. ayoyo..sapa yang buat kerja tu hah. adikku pun dah tido dalam bilik dia. agak2 sapa ekkk..

Mesin Jahit Idaman

Aku nak beli mesin jahit ini:
1. Mesin jahit biasa Brother NV50 price RM1,499.00
2. Mesin Jahit tepi Brother M3034D price RM1,299.00
InsyaAllah ada rezeki dapat lah nanti :-)
 atau All in One Machine: Harmony Model 2049 price RM2,499.00 Brand Janome
Brother NV50


Brother M3034D

Harmony 2049



Mesin Jahit Idaman 2
Mesin Jahit Idaman 3