Tuesday, 20 December 2011

Sambal mangga

Aku ni minat makan mangga muda..so selalu lah buat sambal mangga ni..tapi aku tak minat campur macam2 kerana bila banyak sangat bahan campurannya maka akan kurang lah rasa nikmat mangga tu. tapi yang kerabu mangga thai punya tu aku suka walaupun dia campur macam2 benda..agaknya sebab sos limau yang dia guna tu menambah perisa kut tapi aku tak pernah cuba buat lagi coz masih setia dengan sambal mangga ku sendiri.
Bahan-bahannya: mangga sebanyak mungkin, kalau saiz kecil tu bubuh lah 20 biji, belacan sikit, cili padi ikut selera nak pedas mana, garam & gula secuku rasa...taip ni pun kecur je air liur...hehehehe..bukannya apa kelmarin gak myluv beli pelam muda..ada la 20 biji kut. tu nak buat sambal lah tu...nyam..nyamm...nyammm..
dekat kampung abah ada tanam pelbagai variasi mangga. yang bulat, yang panjang. lonjong..semua ada..tapi aku je yang tak tau nama spesies dia. tapi ada satu yang paling kuminati iaitu pokok yang di tepi tingkap bilikku. pokok itu sudah dilabel sebagai pokok mangga zulieyanaz..hahahah..hak milik gitu. kalau musim semua pokok2 ni berbuah serentak tak abis nak makan uuu..sampai luruh sendiri & membusuk. sayangkan..so bila ada orang datang nak pajak buah2an ni..abah jual borong saja lah. tapi yang pokok zulieyanaz tu dia tak sampai hati nak jual coz aku ni tiap2 hari pi kait mangga kat pokok tu buat ulam masa makan nasi. tak boring ekkk...walaupun dipujuk oleh peraih2 ni pun abah tak sampai hati nak jual...tengok punya lah aku ni kaki mangga dari kecik lagi lah alkisahnya.

No comments:

Post a Comment