Baru2 ini aku duduk bersembang dengan seorang ofismate sambil2 tangan buat kerja mulut pun duk potpetpotpet. sampailah ke satu cerita..alkisahnya ofismateku ini sebenarnya seorang penulis novel. oh! sungguh tak ku sangka. Hasil coretan kak Mah pernah diterbitkan pada tahun 2000. Katanya novel kisah cinta yang memberi teladan & pengajaran. tapi bila aku request nak baca novel dia tu dia duk tergelak2 takmo bagi pinjam copy yang ada kat dia. kat pasaran dah tak jual dah novel dia tu. maklum lah publisher dah gulung tikar katanya. macamana dia boleh terjebak dalam penerbitan ni ceritanya macam ni...novel dah terperap setahun dalam simpanan then one day dia terbaca dalam newspaper ada publisher yang sedang mencari novel2 penulis baru yang ingin menerbitkan novel mereka. so kak mah pun hantarlah secopy tulisan dia ni. dipendekkan cerita publisher nak terbitkan ceritanya, kontrak disign untuk royalti & duit sebanyak $600 sebagai pendahuluan dibayar kepada kak mah. bila dah diterbitkan publisher bagi 20 copies untuk simpanan kak mah. then lepas tu senyap macam tu je. kak mah pun pi buat survey sendiri apa dah jadi dengan novel dia ni. apa yang dia dapati adalah sungguh memeranjatkan. novelnya sungguh laris di pasaran sampai berlori2 pun boleh habis 2,3 hari kat kedai buku. order habis order habis..macam tu lah punya laris macam pisang goreng panas2. Ini disahkan sendiri oleh pekerja2 kat kedai. huiyo macam nak pengsan katanya bila mengetahuinya kerana sungguh geram publisher tak bayar satu sen pun duit royalti!!. senyap seribu bahasa. macam tu je. satu hari setelah beberapa bulan publisher call kak mah & boleh pula tanya ada lagi tak karang novel lain. kak mah pun sembur2 lah kata2 hikmat kat publisher tu. orang tu boleh kata kertas kontrak dah hilang so tak boleh nak bayar royalti. iissskkk.. apa lah punya tak standard punya reason. macam orang tak pernah pi sekolah ekk..kah mah kata dia memang ada novel lain tapi takmo bagi kat publisher tu dia nak bagi kat publisher lain yang lebih bertanggungjawab. Alkisahnya memang ada 2 novel lagi yang kak mah tulis tetapi katanya manuskripnya telah hilang ditelan ombak badai tsunami sedikit masa lalu. dia pun guna typewriter je so no copy lah. lepas tu sampai sekarang dia berhenti menulis novel. aku pun berfikir kalau lah publisher tu jenis yang jujur seharusnya kak mah kini mungkin telah menjadi penulis novel yang terkenal. dengan satu novel tu pun katanya dia ada ramai peminat.
No comments:
Post a Comment