Sunday, 15 January 2012

Landscape

Bila aku penat membersihkan bilik aku berhenti sebentar memulihkan tenaga sambil memandang ke luar tingkap. terpandang landscape yang cantik di luar sana membawaku kepada kenangan lama semasa di college. semasa di tahun satu kami ditugaskan membuat projek khidmat masyarakat secara berkumpulan yang dipilih oleh lecturer..not by us..ciss..my best fren buat projek membina lanscape di depan klinik kesihatan. so hampir setiap petang kami pi tapak projek tu untuk menanam pokok2 renek. aku ni tumpang sekaki je tolong2 tanam. dah lama tinggalkan college tak tahu apa jadi dengan landscape tu. adakah masih kekal ataupun dah berubah plannya. projek bersama kumpulanku adalah membuat brosur pelancongan untuk sebuah taman. tapi aku tak puashati dengan hasilnya kerana dibuat secara tangkap muat kerana masalah komunikasi antara kami dan juga tiada toleransi. apa2 pun my mentor menerima juga brosur tu sebagai hasil projek kami tapi siaplah kena tembak dulu sorang2..hehhehe..kenangan lama. tapi ada satu kumpulan yang buat projek memang best punya. diaorang buat 3 buah kerusi panjang untuk orang ramai duduk menikmati keindahan alam di taman. aku rasa itu hasil projek yang paling menarik antara semua. aku suka duduk di kerusi itu di waktu senggangku dolu2.

No comments:

Post a Comment