Thursday, 26 January 2012

Juice + Slim

masa pi ronda2 kat supermarket dengan myluv aku singgah kat satu kedai jual produk kesihatan & jamu. dah lama baca dalam majalah tentang produk untuk kesihatan wanita..macam2..nak cuba tapi takkan lah semua nak try kan. so aku pun survey2 baca2 surf2..akhirnya ambik keputusan untuk cuba satu produk berbentuk jus. harga RM38/botol =250ml. akak yang jual tu tak pernah try so dia pun tak berani nak komen macam2. rasanya sedap manis2 masam gitu. i like lah. minum 2 sudu pagi dan malam dengan perut kosong. baru cuba tak tau lagi kesannya. nanti i kaborkan ye..sabar. Lagi myluv belikan satu produk kopi melansingkan badan. ni kat kedai lain pula. isskkk tempat ni kan ada 4 kedai yang jual benda yang sama. macamana depa meniaga ekk..banyak saingan. akak kedai tu kata dia dah try & berjaya menurunkan berat. Aku pun ok lah nak cuba. RM32/kotak = 12 sachets. suruh minum sehari 2 paket. tu dia tahan 6 hari je. kalau nak tengok kesan kena lah ambik sebulan lamanya ye tak. 32 x 4 = RM128/month. ok lah not bad. kalau turun berat yang ketara baru aku nak tulis nama produk tu kat sini. kat tak..mintak maap je lah ye.

SchoolPant2

fuhhh..siap juga seluar anak aku ni. pagi2 lagi lepas dia mandi aku suruh dia try test. hmm..pinggang nampak macam ketat sikit tapi along kata ok je tak ketat tak longgar. then myluv duk gelak2 kata along pakai seluar aladdin. eh..eh..baru aku perasaan seluar ni cutting dia kembang sikit tang punggung. isk..isskk..along kata takpe mama asalkan boleh pakai..uhuk.uhuk..begitu mulia hatimu anakku..sungguh menghargai susah payahku menjahit seluar ini walaupun ku tak pandai. then bahagian cawat pun agak labuh jugak. nasib baik anakku ini masih kecil taktau bergaya. kalau tak..sohih dah komplen macam2..angah pulak kata mana seluar saya? ahak..ni pun terkial2 nak jahit..sabarlah anakku giliranmu akan menyusul tiba..bila ekkk?kui kui kui...

Wednesday, 25 January 2012

SchoolPant

Aku dengan rasa takut2 memulakan mission yang seterusnya iaitu menjahit seluar sekolah anakku. mula2 lukis pola dulu. aku ikut step by step nota mygfl..seluar untuk baju melayu cekak musang..lebih kurang sama je basic nak jahit seluar tu. lama gak nak buat pola seluar ni. poning lah jugak sikit2. abis buat pola hadapan seluar, belakang seluar, fly kiri & kanan, poket seluar. aku tak buat bahagian pinggang coz sambung terus dari bahagian seluar tu. then keja2 menggunting kain pun diteruskan. siap gunting macam pelik je aku tengok. besarnya. macam..eh betul ke ukuran yang aku buat ni. tapi aku teruskan to the next step. dalam hati takpe la kalau salah pun..beli lagi kain baru. kan kena cuba jaya gak maklum lah takdak sapa nak tunjuk ajar..ehekk ehek,..sedihnya. aku teruskan jahit tepi satu persatu. dah siap aku berhenti sat coz nak dodoikan ketiga2 anakku tidur pulak. depa pun tak tidoq siang punya so simpanan tenaga tu tinggai sikit. aku ingat2 dalam masa setengah jam boleh tidoq dah ni. tepat seperti jangkaanku landing je semua dibuai mimpi. hik hik hik. senang aku nak teruskan missionku. mula2 part paling sukar sekali jahit zip. ayoyo..aku baca nota mygfl ni apa pun aku tak paham le. pening pening..last2 aku ambil seluar lama anak then follow je cara jahitnya. siap gak bahagian zip. cuma ada bahagian tu tapak zip takdak so aku susah nak siapkan bahagian penyudahnya tu. aku biar je lah coz ingat jahit guna manual je lah..guna tangan. then sambungkan jahit kedua2 bahagian belakang. baru lah lepas tu jahit kelangkang pulak. dah cantum dua2 kelangkang, pi jahit bahagian tepi kiri kanan. masa ni sohih2 dah happy coz dah nampak rupa seluar dah. then jahit pinggang. 2 bahagian iaitu getah dan pengeras. jahit tang getah dulu. then pengeras. along try test seluar dia..aiseh budak ni dah mengurus 2 inci lah. terpaksa pula cut bahagian tepi tu 1/2 inci setiap part. then kena jahit basi..ok lah boleh makan dalam 2 inci proses jahit semula. oh ya..aku terlupa nak bubuh poket. kali ni jahit semula aku nak tambah poket dia tu. alang2 dah buat kan. ni tak abis lagi jahit sleuar ni. berhenti sampai cut bahagian tepi. semalam pun tidur pukul 1.45am. cuma tak puas hati tang kemasan jahitan. tak berapa kemas lah. emmm...practice makes perfect? iya lah kut :-)

Saturday, 21 January 2012

Birds

myluv balik supermarket dengan barang2 dapur. along yang menolong babahnya keluarkan barang2 dari kereta tiba2 terjerit2 memanggilku..dengan berlari sambil melompat2 dia datang ke arahku di dapur. dengan excitednya dia kata babah beli burung. angah yang dah terlelap depan tv tadi pun terjaga dengar suara alongnya tu. apalagi tiga2 budak ni kenmain gumbira lagi. yang adik pulak panggil burung macam panggil kucing. miau miau miau katanya. kehkehkeh..sian anakku ini. along pula tanya ini burung betul ke ni. diaorang punyalah excited bila burung melompat2 dalam sangkar. siap tunggu bila burung nak makan. sekarang ni dah 4 jam berlalu sapa pun tak peduli kat burung2 tu. dah burung tu pun diam je dari tadi then duk static je. macam tak seronok pulak. along ada gak pi melawat burung tu sekali sekala. pegang ekor burung yang terkeluar dari sangkar, kuku burung tu lembutlah katanya. ni tak tahu lah berapa lama burung ni bertahan. aku dah terbayang sapa kah yang bakal membela burung tu..

Love story

masa aku blogwalking aku terjumpa blog seorang gadis yang berusia 22 tahun. nampak macam interesting aku pun bacalah entri2 nya. dia banyak bercerita tentang boyfriendnya. then aku buka link his boyfriend. this boy pun banyak story tentang his girl. tapi ada satu entri yang menceritakan about how they first met. this boy sudah jatuh cinta pandang pertama semasa di tahun 6 bilamana ketika dia sedang bertugas sebagai pengawas semasa waktu rehat dia terpandang this new girl. dari sana bermulanya perasaan suka. tapi just pandang dari jauh je coz shy2 gitu. sehingga la mereka sama2 masuk sekolah menengah yang sama but still the boy shy2. pandang2 dari jauh je. satu malam semasa di form 4 mereka chatting melalui apa ntah kat internet sembang begitu lama sehinga tak ingat masa dah. esoknya baru lah bertegur sapa di sekolah. then they walked home together. rumah girl tu tak jauh dr sekolah. sampai pintu pagar rumah dia pun ask this girl jadi his girlfriend. then start dr situ depa pun couple lah. iiissskkkk...dari tahun 6 tu. berapa lama dah memendam perasaan. kalau aku..aku pun  shy2 gak hehhehe...tapi mesti tak berani nak luahkan walaupun ada kesempatan. budak lelaki ni shy2 pun dapat gak bercouple dengan gadis idaman hatinya. semoga hubungan mereka berterusan sehingga mendirikan rumahtangga.

Diari hari ini

pagi ni aku terjaga bila anak bongsu merengek2 di tepi minta susu. tengok jam aiseh kul 6.30am dah. semalam tidur kul 9pm..tak sedar sampai pagi. ingat nak bangun potong kain yang baru beli tu. myluv kata dia gerak tapi takmo bangun..isskkk aku tak sedar pun bila masa dia pi gerak aku. iskkk..iiissskkk punya lah penat. ingat nak buat breakfast roti mentega bakar + scramble egg. cek cek mentega habis dah. myluv kata tak payah goreng mee nanti dia beli mentega. sekali dia balik dari kedai siap2 dah dengan nasi goreng + kuih karipap + donut. emm...tak yah buat breakfast lah pagi ni. bancuh kopi + milo je. after having breakfast aku pi basuh kain. anak2 watching cartoon & myluv landing atas katil balik. masa aku jemur kain anak2 ambik kesempatan main basikal kat laman rumah. Along tu pantang buka pagar nak main basikal kat jalan raya je. lepas tu aku masak untuk lunch pula. Sup ayam + ayam goreng + ikan masak kicap + sayur campur. sekarang dah selesai buat kerja rumah. tunggu kain kering untuk dilipat je. nak potong kain tak boleh sebab yang kecik tu pastinya akan jadi my asisstant. sekarang ni myluv pi supermarket beli barang2 dapur yang lupa nak beli kelmarin. along tengah main toy robots, angah duk tengok power rangers, adik pulak conteng buku.

Thursday, 19 January 2012

Shopping kain

ooo..alangkah bestnya dapat pi shopping kain untuk kujahit semasa cuti chinese new year nanti. kat kamdar masih ada sale. beli kain lycra diskaun sehingga 70%. kain pun dah nak licin dah tapi dapat la beli 2 1/2 meter kain lycra untuk buat skirt & tudungnya. wow skirt ngan tudung pattern sama..camna lah aku nak pakai nanti ekkk. mesti cun? ke lawak? hehehehe..hentam je lah janji buat eksperimen dulu. kalau ok boleh lah teruskan lagi di masa hadapan. aku pun dah beli kain untuk buat seluar sekolah anak. then my mother in law pun dah bagi kain ela yang dah lama tersimpan untuk ku jahit baju kurungnya. thanx mak coz mempercayai anakmu ini untuk memotong  seterusnya menjahit baju untuk mak.

Comment Baju Kurung 2

Tadi syah kata baju kurung yang ku jahit sendiri itu agak jatuh bahunya. means lengan tu dijahit agak jatuh ke bawah. itu pasal baju kurungku nampak gelebeh. dia pun cuba lah men 'adjust2'kan bahu baju kurungku. Ha'ah kan nampak ok dah bila dia naikkan sikit bahu tu. ok..next time bahagian depan kain tu kena kecilkan sedikit. thanx syah

Tuesday, 17 January 2012

Tetapkan Hati

aku punya beberapa orang kawan2 yang suka bercerita perihal husband masing2..biasanya cerita yang tak eloklah. nak kata nak melepaskan geram/ tension mungkin lah kut. topik yang koman didengar ialah betapa pemalasnya husbandnya...kahkahkah...sikit pun takmo bantu buat kerja rumah. kitaorang pun keja gak tapi balik rumah semua kerja rumah kitaorang sorang saja yang kena buat..means keja like 24 hours/day?. issskkk sedih kan. bukannya tak di 'sound' sang suami tu tapi buat dekkkk je. macam menuang air di daun keladi. agaknya suara isteri pun didengarnya sayup2 je. balik rumah kalau tak tengok tv menghadap komputer. anak2 pun tak berani nak dekat coz takut kena bambu...iissskkkkk...sedih kan. tapi kawan2ku ini pun duk cerita dengan kawan2 perempuan je..apa orang kata sharing is caring..gitu lah gamaknya. tapi apa kes kalau pi mengadu kat kawan lelaki pasal husband dia? iiissskkkk...mula2 kesian then nak menghiburkan hati si pengadu  then terjatuh cinta pulak..ye lah kalau kerap sangat cerita hal2 peribadi dah jadi macam rapat le pulak kan. boleh lah lebih2 meluahkan perasaan. yang lelaki kalau dah beristeri lagi lah parah. tak boleh kubayangkan. ini lah yang terjadi pada TOM. bilamana sang isteri mula membuka cerita peribadi kepada kawan lelaki..sehingga berlakulah episod curang dan mengaibkan. issskkkk..sedihkan. Kalau Allah nak twist hati kita dengan sekelip mata ianya berlaku walaupun kita katakan kita tak akan berubah hati dari pasangan. Berpada2 lah berkawan. Hindarkan diri dari terjerumus kes2 macam ini. Jaga lah diri, ingatkan orang yang tersayang. Sekadar peringatan kepada diri ini.

Sunday, 15 January 2012

Sentimental

Malam ni macam sentimentol pula.. talking about the past..macam2 kenangan lamaku. walaupun sudah lama berlalu. banyak yang dah aku lupakan sebab aku ni cepat pelupa orangnya terutamanya nama kawan2 lama...issskkk teruk betul perangai aku ni. hmmm... takpa la hidupku sekarang cuma berkisar dengan myluv & our 3 kids. everynite sebelum melelapkan mata myluv will say i luv u sayang..abg sayang sayang sorang je..i luv u myluv

Landscape

Bila aku penat membersihkan bilik aku berhenti sebentar memulihkan tenaga sambil memandang ke luar tingkap. terpandang landscape yang cantik di luar sana membawaku kepada kenangan lama semasa di college. semasa di tahun satu kami ditugaskan membuat projek khidmat masyarakat secara berkumpulan yang dipilih oleh lecturer..not by us..ciss..my best fren buat projek membina lanscape di depan klinik kesihatan. so hampir setiap petang kami pi tapak projek tu untuk menanam pokok2 renek. aku ni tumpang sekaki je tolong2 tanam. dah lama tinggalkan college tak tahu apa jadi dengan landscape tu. adakah masih kekal ataupun dah berubah plannya. projek bersama kumpulanku adalah membuat brosur pelancongan untuk sebuah taman. tapi aku tak puashati dengan hasilnya kerana dibuat secara tangkap muat kerana masalah komunikasi antara kami dan juga tiada toleransi. apa2 pun my mentor menerima juga brosur tu sebagai hasil projek kami tapi siaplah kena tembak dulu sorang2..hehhehe..kenangan lama. tapi ada satu kumpulan yang buat projek memang best punya. diaorang buat 3 buah kerusi panjang untuk orang ramai duduk menikmati keindahan alam di taman. aku rasa itu hasil projek yang paling menarik antara semua. aku suka duduk di kerusi itu di waktu senggangku dolu2.

Housekeeping

Spider web yang dah 5 bulan tak dibersihkan telahpun ku nyahkan tadi. penat gak tengkuk ni duk melangut. meja2 pun dah dilap berkilat. last week dah lap dah tapi macam tak berapa bersih. hari ni sekali lagi buat..hmm puas hati. then kabinet 4 tingkat pun telah dicuci sebersih2nya coz di situlah akan ditempatkan segala macam benda keperluanku. cuma lantai belum cuci, tingkap pun belum lap. aku perlukan orang2 lain untuk membantuku sebab aku dah tak laratttttt...kena pula alihkan all the things dari 2 almari coz tuannya dah minta nak guna semula. letih juga nak kena kosongkan almari tu dan pindahkan ke tempat lain yang selamat. nasib baik ada 2 strong men lending their hands helping me. cepat sikit siap kerja tu. thanx guys. after this my place pula nak kena clear..belum ada masa lagi ni. duk sibuk benda lain yang lebih urgent.

Friday, 13 January 2012

Loan

Oh! dah nak masuk pertengahan bulan januari tapi entriku baru 2. hmmm...3 lah termasuk yang ini. sungguh tersangat busyku dengan kerja2 ofis. semenjak 2 menjak terbabit dalm bidang peminjaman ni hidupku jadi tak keruan. walaupun bukan bidang baru bagiku namun bila aku lah orang yang bertanggungjawab tentang hal peminjaman di sini menyebabkan aku yang memang blur sepanjang masa ini agak terkial2 untuk terus fokus.. hahahahh..baru padan mukaku. last year kanmain rilek lagi ye..tahun ni kawan2 pakat duk gelak & perli kat aku. maklumlah sibuk memanjang nak pi kantin pun takdan. aku togok kopi & roti kat ruang kerjaku je. apa2pun terima kasih lah pada kawan2 yang sedia membantuku pada bila2 masa. teamwork lah katakan.

Monday, 9 January 2012

Novel

Baru2 ini aku duduk bersembang dengan seorang ofismate sambil2 tangan buat kerja mulut pun duk potpetpotpet. sampailah ke satu cerita..alkisahnya ofismateku ini sebenarnya seorang penulis novel. oh! sungguh tak ku sangka. Hasil coretan kak Mah pernah diterbitkan pada tahun 2000. Katanya novel kisah cinta yang memberi teladan & pengajaran. tapi bila aku request nak baca novel dia tu dia duk tergelak2 takmo bagi pinjam copy yang ada kat dia. kat pasaran dah tak jual dah novel dia tu. maklum lah publisher dah gulung tikar katanya. macamana dia boleh terjebak dalam penerbitan ni ceritanya macam ni...novel dah terperap setahun dalam simpanan then one day dia terbaca dalam newspaper ada publisher yang sedang mencari novel2 penulis baru yang ingin menerbitkan novel mereka. so kak mah pun hantarlah secopy tulisan dia ni. dipendekkan cerita publisher nak terbitkan ceritanya, kontrak disign untuk royalti & duit sebanyak $600 sebagai pendahuluan dibayar kepada kak mah. bila dah diterbitkan publisher bagi 20 copies untuk simpanan kak mah. then lepas tu senyap macam tu je. kak mah pun pi buat survey sendiri apa dah jadi dengan novel dia ni. apa yang dia dapati adalah sungguh memeranjatkan. novelnya sungguh laris di pasaran sampai berlori2 pun boleh habis 2,3 hari kat kedai buku. order habis order habis..macam tu lah punya laris macam pisang goreng panas2. Ini disahkan sendiri oleh pekerja2 kat kedai. huiyo macam nak pengsan katanya bila mengetahuinya kerana sungguh geram publisher tak bayar satu sen pun duit royalti!!. senyap seribu bahasa. macam tu je. satu hari setelah beberapa bulan publisher call kak mah & boleh pula tanya ada lagi tak karang novel lain. kak mah pun sembur2 lah kata2 hikmat kat publisher tu. orang tu boleh kata kertas kontrak dah hilang so tak boleh nak bayar royalti. iissskkk.. apa lah punya tak standard punya reason. macam orang tak pernah pi sekolah ekk..kah mah kata dia memang ada novel lain tapi takmo bagi kat publisher tu dia nak bagi kat publisher lain yang lebih bertanggungjawab. Alkisahnya memang ada 2 novel lagi yang kak mah tulis tetapi katanya manuskripnya telah hilang ditelan ombak badai tsunami sedikit masa lalu. dia pun guna typewriter je so no copy lah. lepas tu sampai sekarang dia berhenti menulis novel. aku pun berfikir kalau lah publisher tu jenis yang jujur seharusnya kak mah kini mungkin telah menjadi penulis novel yang terkenal. dengan satu novel tu pun katanya dia ada ramai peminat.

Friday, 6 January 2012

Comment Baju Kurung

Baju kurung no.2 dah siap dijahit & diperagakan ke ofis :-). Komen dari kawan2 amat memberansangkan. Semuanya excited i dah boleh menjahit baju kurung sendiri memandangkan diaorang semua pun tak reti nak menjahit..sokmo upah orang lain jahit. Annie kata bajuku agak besar..kena kecilkan sedikit bahagian pesak & lengan. Then kekek pun kena bagi up sikit. yang lain ok. Noor pulak kata bahagian belakang kena pendek sikit dari bahagian depan. Kak Dah kata eee..jelesnya..hahahahhaa..Ada dah nak menempah jahit baju kurung...kuikuikui..kussss semangat aku nak jahit untuk orang lain. Aku nak capai dulu missionku untuk jahit baju tidur untuk anak2, baju melayu untuk all my heroes at home, baju kurung pesak gantung for me & baju kurung for my mother in law yang masih meminjamkan mesin jahitnya untuk berkhidmat denganku. Lepas tu tengok lah kalau i confident nak menjahit untuk kawan2..yang paling dekat ni nak jahit seluar sekolah untuk anak2.