Wednesday, 2 November 2011

Hall Curtains

Alhamdulillah..akhirnya siap juga langsir untuk hall rumahku. ambik masa seminggu utk complete. Ada empat parts, first: sliding door 4 pintu, second: sliding door 2 pintu, third: tingkap 3 keping, fourth: tingkap 2 keping, lengkap dgn kening. kening style french pleat..ni nama kening ni aku tengok dekat net sorang blogger tu tulis nama kening jenis ni macam tu..betul la kut..ala kening yang straight cutting je takde fesyen apa2 pun. aku pun bukannya pandai nak buat all the fancy2 cutting tu..tak tahu bila nak try buat. macam takut pula and sayang kat kain yang akan jadi mangsa nanti. aku jahit di sebelah malam hingg lah ke subuh setiap hari selama seminggu untuk mengelakkan gangguan dari anak2ku yang aktif tu. aku start pukul 11 malam setelah tidur sekejap bersama anak2..depa ni kalau aku tak tidur sekali depa pun tak mau masuk bilik punya. dapat la tidur dalam 2 jam. then myluv akan kejutkan untuk mula operasi. kadang2 dia pun berjaga sepanjang pagi menemankanku menjahit. selalunya dia tidur kat hall untuk temankan aku walaupun tidur je. takpe la coz dia kena pi kerja esok. aku pula cuti deepavali lama sikit tahun ni. tu yang ambik kesempatan siapkan curtain ni.
Alkisah bermula pada hari ahad dengan acara pilih memilih kain body, kening, renda, hook, & pengeras penyangkut hook tu. as last time aku pilih kain tebal berwarna koko. myluv tak kisah. ikut aku lah nak pilih kain apa. coz dia tau aku ada sebab beli kain yang gelap. before this langsir kain cerah. apalagi di waktu malam bayang2an kami di dalam rumah begitu jelas kelihatan..membuatkanku tak selesa dan itu juga la penguat semangatku untuk menjahit langsir hall ni. terbang beratus2 jugak la. tutup mata je la. malam tu mula la menggunting. ukuran dah buat awal2 lagi. sliding door 4 keping memerlukan 4 keping kain lebar 60", sliding door 2 keping perlu 2 keping kain, tingkap 3 keping guna 2 setengah keping kain dan 2 keping tingkap guna satu setengah keping kain. bila dah siap gantung langsir tu semuanya ok kecuali yang tingkap 3 keping tu sebenarnya cuma perlukan 2 keping kain je cuma jarak hook tu lebih jauh sikit mungkin langkau 2 @ 3 lah. sekarang ni langkau satu je coz terlebih lebar la pulak. agak rumit jugak bila melibatkan kening yang dijahit sekali dengan body langsir. terkial2 i nak jahit u. kononnya nak elak 2 kali jahit la..tak cantik la konon. tak sedar diri dia tu tak expert lagi nak jahit sekaligus.
yang pertamanya jahit tepi yang mengambil masa selama 3 jam. then aku start dengan sliding door 2 keping. oleh kerana tak tahu mana satu nak jahit dulu, aku ingat common sense je..mana yang rasa-rasa senang nak jahit. yang ni aku ambik masa 2 hari nak siapkan. dengan masalah mesin jahit lagi..sekejap2 benang putus, then benang tak boleh nak tembus kain bila aku kena cantum dua keping. pening kepala time ni. sampai fed up rasanya nak abiskan missionku ini. abis satu hari aku menghadapi masalah ni. esoknya aku jahit manual guna tangan. sambil otak berfikir ligat macamana nak settlekan masalah aku ni. takkan nak jahit manual pulak kan, bila nak siap. sampai abis juga la langsir sliding door ni aku jahit guna tangan. lawa gak..heheh puji diri sendiri. eleh..myluv & anak2 pun kata lawa. ok la tu kan. then sedang aku jahit yg second part punya iaitu tingkap 2 keping aku teringatkan my mother in law punya mesin jahit. dah lama tak nampak mak guna. petang tu aku pi rumah mak tanya pasal mesin dia. mak kata dia punya penekan kaki tu dah rosak. tu pasal dia tak guna. guna mesin lama je. aku pun volunteer pi beli yang baru..mahal gak $85. sampai rumah aku try2..cehh..problem nak tarik keluar benang bawah. kat rumah mak tadi macam senang je nak tarik keluar. alih2 kat rumah aku tak boleh pulak. pi lari rumah mak pulak minta dia demo sekali lagi. issskkk..ada teknik dia..hmmm...bila dah tau sebenarnya senang je. setelah semua masalah selesai..menjahit menjadi sungguh mudah sekali semudah membaca ABC..hehhehe...
aku ambik masa 1 1/2 hari untuk siapkan bahagian yang lain. yang lawaknya tingkap 2 keping tu langsirnya senget sebelah..kuikuikui..bila nak baiki myluv kata jahit part lain dulu, dah abis semua baru pi baiki yang nu. ni dah lebih kurang 4 hari siap, pun tak turun2 lagi langsir tu. sebab dah start keja balik daa...taktau la bila nak buat pula.
dah siap semua langsir kan hall i jadi suram gitu..aku cek memang bayangan kitaorang kat dalam rumah tak boleh nak trace dari luar. dan lagi memang lawa..isskkk...isskkk...tak sangka aku siap juga menjahit semua ni..macam tak caya la..kagum pun ada gak. ari tu aku kata nak jahit apa pulak lepas ni ekkk..baju kurung? ahahahah..boleh ke? tungguuuuuuu....

No comments:

Post a Comment