Wednesday, 23 November 2011
Ghost
Aku nak catatkan pengalamanku nampak hantu secara mata kasar. memang betul2 terjadi! dan bukannya khayalan semata2. dah lama berlaku tapi masih segar dalam ingatanku. lebih kurang jam 10 malam aku mandi kerana cuaca malam tu panas..so ingat nak sejukkan badan dan bersedia untuk tidur. dah selesai mandi tu aku pun nak keluarlah dari bilik air. sekali tu dia heh! seekor pocong jantan berdiri tegak di hadapanku. mahu terkejut aku yang alang kepalangnya. tak dapat kulupakan walaupun ianya sedetik cuma mata pocong itu yang merah menyala menentang mataku. berlaku dalam masa sedetik..bila ku kelip mata sepantas itu ianya hilang dari pandangan mata. Tuhan saja yang tahu betapa jantungku betul2 berdetak kencang, dan tak pernah rasanya begitu takut & terkejut yang amat sangat. Inilah pengalaman yang tak mungkin hilang dari memoriku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment