Monday, 27 May 2013

Aktiviti Cuti Sekolah

Aktiviti di waktu cuti sekolah anak2 ini...akan ku jahit lagi uniform sekolah sepasang sorang untuk angah dan adik. Seluar angah dah macam nampak singkat! Hish dah meninggi budak ni. Yang adik pun nak minta jahitkan seluar juga untuknya..then berkebun sikit2..ruang lamanku yang luas ini semakin terabai dengan kesibukanku..ditambah dengan kemalasan tahap gaban. Aduh memang sakit mata tapi apa boleh buat. mengeluh saja lah & berjanji time cuti aku akan meluangkan sedikit masaku untuk berkebun. Insya Allah. Anak2 pula cuti ni kelas mengaji mereka tetap on isnin hingga khamis pagi & petang. Along pun ada kelas tambahan di sekolahnya..alhamdulillah anak2 tetap dapat menimba ilmu di waktu cuti sekolah ini. Dan aku pun akan mengajar mereka membantuku membuat kerja di rumah sebagai latihan kemahiran hidup..agar dapat menjadi insan kreatif sebab dapat melaksanakan sesuatu itu mengikut pengalaman. Hands On Minds On.
Ada perbincangan di kedua-dua belah keluarga kami dan bakal adik ipar di waktu cuti sekolah ini tentang rancangan berkenaan majlis perkahwinan yang akan berlangsung akhir tahun ini. Ye lah kena menunggu saudara mara yang penting2 balik bercuti ke kampung untuk perbincangan yang maha penting juga.

No comments:

Post a Comment