Monday, 27 May 2013

Aktiviti Cuti Sekolah

Aktiviti di waktu cuti sekolah anak2 ini...akan ku jahit lagi uniform sekolah sepasang sorang untuk angah dan adik. Seluar angah dah macam nampak singkat! Hish dah meninggi budak ni. Yang adik pun nak minta jahitkan seluar juga untuknya..then berkebun sikit2..ruang lamanku yang luas ini semakin terabai dengan kesibukanku..ditambah dengan kemalasan tahap gaban. Aduh memang sakit mata tapi apa boleh buat. mengeluh saja lah & berjanji time cuti aku akan meluangkan sedikit masaku untuk berkebun. Insya Allah. Anak2 pula cuti ni kelas mengaji mereka tetap on isnin hingga khamis pagi & petang. Along pun ada kelas tambahan di sekolahnya..alhamdulillah anak2 tetap dapat menimba ilmu di waktu cuti sekolah ini. Dan aku pun akan mengajar mereka membantuku membuat kerja di rumah sebagai latihan kemahiran hidup..agar dapat menjadi insan kreatif sebab dapat melaksanakan sesuatu itu mengikut pengalaman. Hands On Minds On.
Ada perbincangan di kedua-dua belah keluarga kami dan bakal adik ipar di waktu cuti sekolah ini tentang rancangan berkenaan majlis perkahwinan yang akan berlangsung akhir tahun ini. Ye lah kena menunggu saudara mara yang penting2 balik bercuti ke kampung untuk perbincangan yang maha penting juga.

Short Memory

Sebenarnya walaupun dah lama aku tak mencatat sesuatu di blogku ini namun ada masanya idea untuk menulis itu datang..cumanya sekarang ni dah lupa dah benda2 yang aku nak paparkan di sini. maklumlah kurang makan kismis menyebabkan aku short memory. nanti lah kalau ingat semula aku akan simpan cepat2 dalam handphone then bila ada masa akan kucurahkannya di blog ini.

Aiiii

Huha huha huaaa...lamanye tak update blogku ini. Bukan faktor sibuk tetapi aku tertidur sampai pagi.. kebiasaannya aku akan menidurkan anak2 sekejap then bangun semula untuk buat kerja yang patut tanpa gangguan anak2..cumanya akhir2 ini terlajak sampai pagi. Sebelum ni myluv memang tukang gerak & aku pun jenis mudah terjaga. tetapi entah kenapa semenjak 2 menjak ini sangat liat nak bangun semula. tapi tu lah kalau dah bangun memang susah nak lelapkan mata semula contohnya macam malam ni la..haiisshhh.

Ok..anak2 ketiga2nya sudah selesai menduduki peperiksaan tengah tahun mereka. Oleh kerana masih tadika & soalan senang ( senang bagiku tapi bagi anak2..) angah dan adik dah dapat keputusan mereka unofficially (aku tiap2 hari bertanya pada teacher tentang performance anak2 time exam). So pada hari terakhir sebelum cuti tu teacher tunjukkan result anak2. Angah dapat no.1 & adik pun dapat no.1 juga. Hahaha...adiklah yang ku tak letakkan harapan yang tinggi untuk capai good result. Oleh kerana ini pertama kali dia kena menjawab kertas peksa & dia agak kurang konsisten dan tumpuan bila mengulangkaji pelajaran berbanding abang2nya yang lebih tahan lama bila buat revision. Tapi itu lah berkat revision tak kenal jemu & doaku buat mereka adik berjaya juga dapat good result untuk kali ni.
Angah as usual menunjukkan performance yang sangat memberansangkan. Along pula tak tahu macamana resultnya. So far katanya dapat Bahasa Arab 100%. He said tengoklah nasib along macamana dapat berapa.. .hehehehe..