Wednesday, 26 December 2012
Mesin Jahit Idaman 2
Alhamdulillah aku sudah mendapatkan mesin jahit idamanku cumanya bertambah baik coz yang diidamkan NV50 yang dapatnya NV95..ooo..happynya. Mylove yang belikan. Beza NV50 dengan NV95 ialah kedua duanya mempunyai corak jahitan yang sama tetapi NV95 ada tambahan iaitu ia boleh menyulam. Hujung tahun dapat offer murah punya. Aku dapat mesin jahit tepi juga 3034D. Memang puashati lah. Ini pun mylove juga yang belikan. Alhamdulillah. Senang lah aku menjahit sekarang ni..dah ada mesin jahit tepi di rumah. Mula-mula bagi rasmi mesin ni aku jahit blaus. Then jahit baju kurung mak mentua. Lepas ni tak tahu lagi nak jahit apa..dalam plan nak jahit seluar panjang anak.
Wednesday, 19 December 2012
PMR Result
PMR result keluar hari ni..tahun ni anak2 sedaraku takde yang ambil PMR..so semua rileks je..ada 2 orang yang ambil SPM dan seorang ambil STPM. so tunggu je la macamana result diaorang. Oho..anak jiran ada 3 orang yang ambil PMR..entah apa ke resultnya. Nak pi menyebok nanti..heheheh..
Friday, 7 December 2012
Nota kecil
1. ditujukan pada seseorang tapi terkena kat orang lain disebabkan body weakness & tiada pendinding.
2. 80% - 20%
3. 44.3
4. telaga racun
5. kena duduk di rumah lain sementara waktu. dah kuat sikit baru boleh balik rumah.
6. 7 malam berturut2
7. ada jalan utk baik tetapi ambil masa sikit.
2. 80% - 20%
3. 44.3
4. telaga racun
5. kena duduk di rumah lain sementara waktu. dah kuat sikit baru boleh balik rumah.
6. 7 malam berturut2
7. ada jalan utk baik tetapi ambil masa sikit.
Kerinduan
Malam ini anak2 tidur di rumah mak mentua. Dah lama mak pujuk cucu2 dia ni tidur barang semalam dua kat rumah dia time cuti sekolah ni..idaknya budak2 ni mau..depa nak tidur gak bawah ketiak mama dia ni saja..hehehe..kul 6pm aku call anak2..sibuk tanya bila babah nak datang ambik diaorang balik rumah. pastu call kul 10pm..mak kata semua tak tidur lagi..balik2 tanya bila babah nak mai ambik depa balik..cakap dengan along slowtalk kata esok baru babah datang bawak balik diaoramg..dia kata takmauuuuu..nak tidur dengan mama. hmmm...kul 11pm mak call balik kata anak2 dah naik tingkat atas nak tidur. hmmm...mylove kata kalau depa kacau tengah malam dia datang ambik depa..budak kecik macam tu lah..seronok sangat tidur ada bau2 mama & babah..bila sorang2 duk rumah ni terasa sunyi pula..biasa memang waktu ni anak2 dah tidur tapi kesunyian yang dirasai tak sama dengan kehadiran mereka. itulah rasa kerinduan pada anak2 namanya..aku sendiri pun susah nak pisah tidur dengan anak. inikan pula budak kecik macam tu kan.. sob..sob..sayu pula hati mengenangkan perasaan anak.
Subscribe to:
Posts (Atom)