Thursday, 9 February 2012
Loving u for 7 days
Baru2 ni aku baca satu novel yang tebal. mau sehari suntuk aku nak perabih. sampai sakit kepala bila dah habis baca coz dah lama tak membaca begitu lama. selalunya baca sikit tinggal..sambung lagi..tinggal. sakit kepala tu masih terasa sampai keesokkan harinya. lepas ni tak ingin aku nak baca straight macam tu. novel tu aku pinjam dari kawan. cuti 4 hari ni ingat nak baca la konon. sekali dalam sehari je dah abis buku tebal tu. ceritanya takde lah syok sangat. kisah seorang anak orang kaya yang terpaksa kawin dengan orang kampung disebabkan di malam pernikahannya dengan tunangnya yang juga anak orang kaya tunangnya itu telah melarikan diri ke paris untuk bernikah dengan seorang lagi anak orang yang lebih kaya yang telah pregnant kerana desakan ayahnya untuk melangsaikan hutang juta2. kira kes jadi pak sanggup. jadi untuk menutup malu ayah budak perempuan ni minta pertolongan jasa baik anak kawannya dari kampung yang turut hadir di malam pernikahan itu untuk menikahi anaknya. of course budak perempuan tu tak mau tapi dah ayah dia kena stroke pula time2 macam tu so mau tak mau oleh kerana terpaksa supaya ayahnya tak dibebani lagi dengan keengganannya menurut perintah maka dengan berat hati dia pun bersetuju. Maka bermula kehidupan pahit bagi budak lelaki kampung tu...to be continued.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment