Wednesday, 29 February 2012

Bila nak siap ni??

Jadual peminjaman ni tak siap2 lagi..banyak sangat nak kena kira sampai naik juling mata nengok nombor. buat slow2 takut tersalah kira. ni pun dah berapa kali padam. harap2 la tak tersilap. insyaAllah esok nak tunjuk kat boss & minta cop mohornya. dia tu sign je la kalau ada apa2 esok2 aku juga yang kena..pegawai yang bertanggungjawab. anyway aku dah lakukan my job sebaik yang mungkin. ada banyak lagi kerja adhoc yang aku kena buat, tak terkejar rasanya mana satu nak buat dulu. bila la nak bersantai2 bersama anak2 tersayang

Saturday, 25 February 2012

Hugs

Hujan sedang turun di luar rumahku..siap dengan petir dan guruh. sampai terjaga si kecilku dari lenanya. macam ni lah sekarang ni..tiap2 petang je hujan. kesian pada peniaga2 pasar malam. selalu kehujanan. tapi hujan tak lama. kali ni pun sama jugak..dah nak stop dah pun. hujan lari. tapi guruh masih kedengaran lagi. menakutkan si kecilku ini. bertambah erat pelukannya. hmm..masa anak2 masih kecil ini lah aku kerap mendapat pelukan manja dari diaorang. masa ni lah kalau nak peluk puas2 anak tanpa bantahan dari mereka. bila dah besar mungkinkah ianya masih seperti ini? rasanya tak dapat la kut selama yang ku mahu sebab mesti anak2 bujangku di kala itu rimas dipeluk macam budak kecil kan.

Plan

Aktiviti semasa cuti hujung minggu
Tonite: 1. basuh kain  2. lipat baju  3. cuci toilet  4. iron baju kerja + sekolah untuk seminggu (5 orang) 
Tomoro: 1. sediakan breakfast  2. sediakan lunch  3. siapkan loan stat table  4. siapkan scheme
sungguh padat, bila masa untukku bersantai? yellek..
      

Investment2

aku dah buat meeting dengan bos company tempat aku buat investment. katanya kalau nak jual balik pun tunggu dalam 2, 3 bulan lagi sebab sekarang ni market price tengah teruk dah jatuh separuh harga. tunggu dia naik balik baru jual. emmm...memang tak berbaloi la kalau jual sekarang. tak balik modal tuh. myluv try tanya company yang buat investment yang sama. adalah dapat feedback yang positif. ingat nanti nak p buat meeting pula dengan diaorang untuk buat survey and tanya opinion dari pihak lain juga. selama ni dok dapat info dari satu company saja.

Friday, 24 February 2012

Investment

Entah tepat ke tidak keputusan yang kami ambik ini..myluv kata ini adalah langkah yang wajar sebab investment kami sekarang ni tak berapa mengalakkan sangat hasilnya sepanjang tahun lepas. tu nak jual dan invest tempat lain pula. tapi masalahnya aku tak nampak lagi nak invest kat mana. my luv pun tak confirm lagi nak invest kat mana lepas ni. takut juga bila melibatkan modal yang banyak. Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini. Tunjukkanlah kami laluan yang betul.

Celebration

Hujung minggu hadapan adalah hari sambutan yang julung kali diadakan di tempat kerjaku. Banyak persiapan yang kena buat tapi aku tak berapa terlibat sangat dengan pra sambutan ni. dapat jadi ajk kecil2an je. bertugas masa hari sambutan tu. ok lah kan. acara sambutan diadakan sehingga ke malam hari. kalau waktu siangnya melibatkan orang2 luar, waktu malam pula melibatkan kita-kita aje kata my boss. banyak lah kita-kita dia tu. mentang2 tak kawin lagi enjoy sampai ke malam. kita ni yang ada anak juga yang nak kena prepare semua2 tu. I tak suka tau walaupun malam tu lebih kepada sesi beramah mesra di kalangan staf & bbq. tak puas2 lagi nak bermesra kat ofis..sambung pula ke malam..

Wednesday, 22 February 2012

BE ALERT!!!

Seharusnya aku kini lebih berhati-hati..be alert girl!. kalau lah ianya berlaku? arrgggg...tension..episod lama terjadi kembali. emmm...kena fikir apa tindakan bijak yang harus ku lakukan..kenapa mengapa why..isskkkk.
cukup cukup la tu..tak larat la dengan benda-benda macam ni. mengapakah nafsu selalu mendahului akal??? bosan betul lah.

Thursday, 9 February 2012

Loving u for 7 days

Baru2 ni aku baca satu novel yang tebal. mau sehari suntuk aku nak perabih. sampai sakit kepala bila dah habis baca coz dah lama tak membaca begitu lama. selalunya baca sikit tinggal..sambung lagi..tinggal. sakit kepala tu masih terasa sampai keesokkan harinya. lepas ni tak ingin aku nak baca straight macam tu. novel tu aku pinjam dari kawan. cuti 4 hari ni ingat nak baca la konon. sekali dalam sehari je dah abis buku tebal tu. ceritanya takde lah syok sangat. kisah seorang anak orang kaya yang terpaksa kawin dengan orang kampung disebabkan di malam pernikahannya dengan tunangnya yang juga anak orang kaya tunangnya itu telah melarikan diri ke paris untuk bernikah dengan seorang lagi anak orang yang lebih kaya yang telah pregnant kerana desakan ayahnya untuk melangsaikan hutang juta2. kira kes jadi pak sanggup. jadi untuk menutup malu ayah budak perempuan ni minta pertolongan jasa baik anak kawannya dari kampung yang turut hadir di malam pernikahan itu untuk menikahi anaknya. of course budak perempuan tu tak mau tapi dah ayah dia kena stroke pula time2 macam tu so mau tak mau oleh kerana terpaksa supaya ayahnya tak dibebani lagi dengan keengganannya menurut perintah maka dengan berat hati dia pun bersetuju. Maka bermula kehidupan pahit bagi budak lelaki kampung tu...to be continued.

Tuesday, 7 February 2012

Fish

one day my son said 'mama, burung tinggal sekor dah'. bila aku tengok ye lah memang betul dah tinggal sekor. mana lagi sekor yang color biru tu. rupanya dah terlepas dari sangkarnya. myluv kata lepas dia bubuh kacang kat dalam sangkar tu dia ingat pintu letak makanan dah tutup semula rupanya stuck terbuka & dia pun tak perasan. bila nak isi air pula tengok2 kawan tu dah bersiap sedia depan pintu. Apalagi terbang lah dia bebas ke angkasa. tinggal yang color hijau. kesian pulak tengok selama seminggu tak dak member..duk bunyi sorang2. last2 myluv lepaskan dia. a week after that myluv & anak2 keluar..bila balik budak2 ni punya lah bising bagitau mama depa yang tengah sibuk kat dapur yang babah  dah beli ikan cantik warna warni. aku pun tak tau spesis apa. tapi budak2 ni so happy..yang sulung dapat 4 ekor, yang lain yang sorang sekor. myluv bubuh ikan2 tu dalam botol recycle. hari ni 4 ekor dah mati. hmmm...yang dua lagi tu entah sampai bila bertahan. anak pun dah tak peduli sangat kat pet depa ni :-)