Monday, 28 October 2013
Selingan Jahitan
Nampaknya post mengenai ilmu/aktiviti jahitan menjadi carian utama dari blogku ini. InsyaAllah aku akan update lagi perkara-perkara berkaitan jahitan kerana aku faham bagi mereka yang amatur dalam bidang jahitan sepertiku pasti suka merujuk internet untuk mencari pengetahuan tentang dunia jahitan. ye kerana aku pun berbuat demikian. jadi tak salah aku sharekan ilmuku dengan mereka-mereka yang mempunyai minat yang sama. semoga mendapat manfaat.
Angah lulus
Alhamdulillah angah berjaya masuk tahun 1 di Sri next year. Dia dapat 100% dalam ujian tapisan yang dia ambil tu. Alhamdulillah..lulus budak ni. Walaupun aku tahu kemampuan angah tapi agak berdebar juga menanti result keluar. Harapan mama angah akan menjadi anak yang soleh dan timbalah sebanyak mana ilmu dunia dan agama ketika belajar di sri nanti.
Friday, 18 October 2013
Dialog 3
Adik: Mama, adik takutlah tengok cerita hantu. Nanti cakap dengan babah jangan pasang cerita hantu
lagi tau.
Mama: Ok
Adik: Nanti adik cakap kat babah adik nak tengok cerita Barney bukan nak tengok cerita hantu tau.
Mama: Ok
Adik: Mama cakap kat babah tau. kalau mama tak cakap nanti adik rotan tau..
Mama: Hishhh...(aku nak kena rotan ka?)
lagi tau.
Mama: Ok
Adik: Nanti adik cakap kat babah adik nak tengok cerita Barney bukan nak tengok cerita hantu tau.
Mama: Ok
Adik: Mama cakap kat babah tau. kalau mama tak cakap nanti adik rotan tau..
Mama: Hishhh...(aku nak kena rotan ka?)
Subscribe to:
Posts (Atom)