Thursday, 21 June 2012

Mind Reader

Ada tak orang yang boleh baca fikiran orang lain? ada tak? pukul rata..manusia memang tak boleh baca fikiran orang lain. kita tak tahu apa yang terlintas di fikiran orang, kecuali kalau ya..kalau pandai membaca mimik muka atau reaksi, gerak tubuh orang, ya mungkin kita boleh agak je apa yang orang tu sedang fikirkan. boleh teka2 je lah. tapi untuk mengetahui sebetulnya apa yang ada di fikiran seseorang..mungkin tidak. alhamdulillah..nasib baik ekkk. kalau tak aku ni duk fikir macam2 malu gak kalau orang lain boleh baca fikiran aku..hehehehe..tapi kalau lah aku punya kebolehan itu hmm..best jugak. coz i tahu lah nak tackle orang tu macamana kan..contohnya anak2ku yang nakal2 ini. kalau lah tahu apa yang ada di fikiran mereka senang kerjaku menjaga mereka. dan juga suamiku..bila masa dia bercakap benar..bila masa tidak...hahahahha..apa yang merunsingkan fikirannyanya..apa yang membuatkan dia tersenyum..semuanya boleh ku tahu. senang juga kerjaku menjaganya kan. tapi ada kah mungkin manusia yang dianugerahkan Allah keistimewaan ini?

Monday, 4 June 2012

Ice Cream pelbagai perisa

Bila dah reti buat aiskrim ni mula lah aku jadi kemaruk nak buat aiskrim macam2 rasa. Lepas eksperimen bersama aiskrim coklat menjadi, aku buat aiskrim perisa strawberry, durian dan yam. Freezer tu dah penuh dengan bekas2 aiskrim je. Sedap sungguh..along dah start batuk dah banyak sangat makan aiskrim.

Along & Angah

Baru2 ini dah dapat keputusan exam along & angah. Along dapat no. 2 dan angah dapat no. 1 dalam kelasnya. Alhamdulillah. Kerisauanku pada angah terpadam. Maklumlah dia kan skip setahun persekolahannya memandangkan birthday pada awal tahun. Kalau macam ni mama tak akan risau lagi. Cumanya along menurut ticer kena tumpuan lebih pada matematik..selalu get confused walaupun konsep dia dah dapat. kena buat lebih latih tubi supaya kukuh. Anak2 mama walaupun semuanya manja & kadang2 ikut kepala angin masing2 masih menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran mengikut tahap masing2. Alhamdulillah atas nikmatMu ini ya Allah. Mama sayang anak2 mama.

Adik II

Si kecilku ini sangat2 menghiburkan hati kami suami isteri. Dengan bahasa yang masih pelat tapi dah boleh difahami apayang cuba disampaikannya. Bila tersenyum sungguh comel dengan lesung pipit yang di pipi kiri dan kanannya. Bila merajuk pula duduk menundukkan kepala di lututnya. Eeee..geram sungguh dengan telatahnya. Selalu mengundang rasa ingin memeluk dan mencium pipinya. Adik sudah pandai menyanyi lagu burung kakak tua, twinkle little star, are you sleeping, tanya sama pokok, enjit2 semut, sepohon kayu, baca doa makan, doa belajar, doa kedua ibu bapa, surah al fatihah, hafal ABC hingga Z, nombor 1 hingga 10 BM & BI, alif ba ta. semoga adik akan membesar menjadi seorang insan yang beriman kepadaMu ya Allah. Semoga dia dan abang2nya akan menjadi insan yang bijak pandai dan sentiasa menyayangi kami berdua. Amin Ya Rabbal Alamin.