Thursday, 31 May 2012

Nasi Kerabu

Kelmarin berpeluang makan nasi kerabu yang disediakan oleh Baliez. Pandai masak oo c baliez ni. rajin pulak tu menjamu kawan2 ofis makan. aku ni agak malas sikit. kawan2 dah hint & sindir bila lagi nak merasa air tangan ku. eleh..macam le aku tak pernah jamu diaorang. ngengada sorang2..tapi biasa aku jamu pencuci mulut je..hehhehe.. tau je lah aku ni malas nak masak yang makan masa banyak ni...leceh aaa..senang buat pencuci mulut je. bila potluck pun aku bawa pencuci mulut..heheheh...tu yang kawan2 duk sindir2 tu..hmmm...takpe aku dah tau buat ice cream coklat.kang aku jamu ice cream plak. eh! ni pun spesies pencuci mulut gak...ala takpe mesti diaorang impress punya coz diaorang tak pandai buat. sebok lah tu nanti minta resepi macam biasa..kuikuikui..

Chocolate Icecream

Icecream coklat..nyamm..nyamm..nyamm...membaca namanya pun dah terliur..ahakzz..aku nak kabor ni aku dah tau camne nak buat ice cream coklat. yahooo..syookkknyeee..macam tu la sang anak2 menjerit kegembiraan bila dapat tau mak diaorang dah boleh buat ice cream kegemaran mereka. senang je. aku dapat ni dari seorang teman yang baik hati berkongsikan resepi ini. Si comel Aina namanya. Takpe la aku share kat sini pulak. sangat senang lah. gerenti jadik punya!!. tak caya cuba lah cuba. ok camni resepinya. 1 sudu makan ovallete ( ada jual kat pasaraya besar biasanya diletakkan sekali dengan bahan2 buat kek/ biskut), 7 sudu makan gula, 1 tin susu cair dan perisa coklat. itu saja bahan2nya..taraaa...sangat simple & sungguh senangkan untuk diperolehi. ok campurkan semua bahan2 ini sekali dalam blender dan blendkan sampai kembang gitu..nampak berbuih2lah. pastu ambik bekas tapis sikit untuk kurangkan buih tu..kalau tuang terus macam tu pun boleh gak tapi macam tak lawa pun bila dah beku nanti..tak faham? nanti dah cuba anda tahu lah maksud saya. simpan kat bahagian sejuk beku tau. ambil masa lebih kurang satu hari untuk beku dan dua hari untuk kebekuan yang sesuai untuk dinikmati..icecream coklat memang kegemaranku dan anak2...permintaan dari anak2 nak ice cream perisa grape..gulppp ada ke dijual perisa grape ni..nak pi cari pulak..iissskkkk...iisskkk.. tapi for the time being kat peti sejuk tu ada ice cream perisa coklat je..senang kan dah pandai buat pencuci mulut universal yang disukai ramai. Alhamdulillah.

Monday, 28 May 2012

camping

weekend aku p camping bersama kawan2 seramai 7 orang. seronok release tension. dah lama tak bercamping ni. tinggal suami dan anak.. p solo gitu. kami sampai di camp site pukul 5pm, camping tepi sungai. tempat kami camping tu dekat resort yang lengkap dgn segala kemudahan bercamping. sesuai kalau nak buat teambuilding ke, bawa budak2 sekolah ke, family pun amat sesuai sekali. kami buat nite walking bersama jurulatih terlatih yang dibayar upah ikut hari. pagi esoknya pi buat tubing dekat sungai yang berbatu2. ooo...seronoknya. kebanyakan kami first time melakukannya..jadi excited terlebih2 kuikuikui..mula2 takut gak coz almaklumlah tak reti berenang. tapi dont worry sebab sungai cetek je sampai takat pinggang tu masa itu la..sat kena berenti berkarya..ada keja kena buat. cao

Monday, 21 May 2012

Lady Dee

Semasa kursus aku mendapat roomate yang come lote gebu gitu orangnya. Lady Dee. Orangnya mak lawak, kaki sembang & peramah. aku ni kira tukang dengar cerita dia & tukang gelak lawak2 dia tu..hehehhe..tapi ok la boleh ngam. Sepanjang kursus kami sentiasa bersama. dengar ceramah sama2, makan sekali sama2 siap kalu break bagi2 tugas..hang ambik air aku ambik makanan..tak mo baris lama konon. macam pakatan yang berjaya gitu sebab kami selalu dapat meja untuk makan coz orang lain sebok duk beratoq panjang..kami dah siap pulun makan + sembang2 dengan meriah. Cuma time teamwork kami kena berpisah coz leader dah bagi group masing2. kalu boleh pilih2 ahli, semestinya kami duk satu group. Lagi satu..kalu makan kat cafe hotel kami pilih meja 4 seat punya. lepas tu jarang2 peserta lain nak join duduk sekali. apa taknya meja penuh makanan kami. maklumlah buffet kan..malas nak p banyak kali cedok makanan..sekali bangun berderet pinggan bawa balik ke meja..heheh.. buruk lantak betul Lady Dee & aku ni. Makanan kat hotel ni pelbagai dan sedap pulak tu..macam sayang pulak kalau tak merasa semuanya. Apa2 pun bila dah balik semula ke dunia masing2 aku & Lady Dee still keep in touch. Baru ni dia singgah rumah aku coz hantar kad jemputan adik dia nak kawin sikit hari lagi,

Sunday, 20 May 2012

Kursus 3 hari 2 malam Part2

Last Nov aku ada tulis satu reminder for myself tentang bilangan barang2 yang harus dibawa sekiranya mengikuti kursus yang kena bermalam. kali ni aku masih tak ikut apa yang disarankan oleh diriku sendiri pada masa itu..baju kurung aku bawa sampai 4, tshirt 2, blouse 1 seluar 1, benda2 kecik tu pun terlebih bawa juga.. kesannya..ada yang tak dipakai pun..berat je bawa..geramnye i dengan myself tau..degil!! tak mau rujuk nota yang dia sendiri tulis. dah lah sampai la  tak beli lagi beg trolley tu. kena lah mengusung beg yang berat tu..

Saturday, 12 May 2012

Sandwich sardine

tadi pagi tetamu datang bertandang..kuhidangkan makanan yang ekspress untuk disediakan..iaitu sandwich sardines. tapi sayang tak snap pictures sebagai tatapan mata. senang je nak buat..tak payah masak2 ke goreng2 ke..yang diperlukan sebantal roti, satu tin saiz kecil sardin, sebiji bawang merah besar, sebiji cili merah, dan 4 biji limau kasturi, mentega. potong bawang dan cili sehalus yang mungkin, then lecek bersama sardin, perahkan air limau nipis ke dalam lecekan tadi. roti disapu mentega then disapukan sardin. taraa...dah siap. kami makan sampai licin..pekena dengan kopi panas..nyamm..nyammm

Curtain order

Siang tadi duk sembang2 dengan kawan..sembang2 sekali pasal langsir..almaklum lah raya kan tak lama lagi. kalau nak hantar kat org kena hantar la ni takut tak kena terima pula. aku kata aku jahit sendiri..fuyoo bangga ooo dapat mengatakannya..heheheeh...then member ni kata jahit untuk aku sekali..tahun ni dia nak buat langsir utk sliding door 3 pintu je..jahit body je tak payah kening2..hmmm..cam senang nak buat tapii eekkk takutlah pulak. takut tersalah jahit ke orang tak suka jahitan aku ke jahit tak elok ke..macam aaa..nak juga jahit.. tapi tu la pasal. member tu bagi tempoh 1/2 bulan untuk aku buat decision..tu dia customer dah ada ni.. myluv kata kalau confident ambik je tempahan tu. tak tau la..aku ni bukannya ada ilmu sangat dalam jahitan langsir. jahit pun ikut taram je.

Thursday, 10 May 2012

Bagaimana cara menaikkan rating blog anda!!!

Shhhh...ini rahsia sebenar cara nak menaikkan rating blog anda secara mendadak. cubalah..ianya berkesan untuk bloggers yang baru nak belajar bertatih macam aku lah kut...hehehehhe...
sebenarnya aku tetiba terfikirkan idea ini ketika sedang duduk santai2 mencari bahan untuk ku catatkan di blogku ini. rupanya dah ada beberapa orang yang apply...kuikuikui...takpa lah aku cuba je..caranya ialah type kan saja tajuk di atas sebagai tajuk catatan anda..bagi sesiapa yang memang berminat nak cari jalan bagaimana nak menaikkkan rating blog dia mesti akan menaip perkataan di atas kan..hahhaahha...

Saturday, 5 May 2012

Demam

Musim batuk kembali..aku + anak2 dan kena jangkitan..paling teruk aku la coz aku paling last kena jangkit..
nasib baik anak2 tak demam..cuma selsema dan batuk je. aku ni kena tiga serangkai. mau dah masuk seminggu dah. paling worst lastnite..demam paling teruk..sampai terketar2..dah pakai selimut dah pakai stokin & baju tebal masih rasa sejuk yang amat..still menggigil..apa lah punya demam. ubat dah makan. nasib baik bangun pagi demam tu dah kurang sikit. cuma memang lemah dan tak bermaya rasanya bila terkena serangan demam macam semalam tu..kawan2 pun said muka nampak lesu lesi..