Wednesday, 19 October 2011
obsess
hatiku begitu tergaru-garu-garu untuk menjahit. pasal apa ekk..macam2 la aku nak jahit sendiri. mula-mula of coz la langsir kat rumahku..dah siap ukur ni sliding door & tingkap. then teringin plak nak jahit baju kurung sendiri..kuikuikui..rasa-rasa macam jauh panggang dari api noooo...angan2 je lebih. pastu nak jahit tudung berawning tu..aku tengok cam senang je nak jahit. dah tau lah secara teorinya nak jahit macamana..teori je..kehkehkeh..then nak jahit baju tidur untuk anak2 lelakiku yang tiga orang tu. haiiii...betul2 angan2 mat jenin. siap cakap dengan anak 'nanti mama jahit baju tidur untuk hampa naaa...' anak2 kanmain seronoklah..nak dapat baju tidur baru. entah bila lah nak siap..bertahun? heheheheh...iissshhhh geram sangat nak menjahit. material bila nak pi beli tak tau. masa tak mengizinkan untukku bershopping. sabar je lah. tapi untuk simpananku aku telah berjaya menjahit sepasang blaus, walaupun jahitannya issskkkk malu nak bagi tengok kat orang tapi siap jugak uuuu..aku ni yang takde basic menjahit ni disebabkan keazaman untuk mencuba dan menghasilkan sendiri..boleh siap gak jahit blaus tu..in a day tau...clap..clap clap to myself..ahakkzzz..
Sunday, 9 October 2011
potluck
kawan2 di sini suka sangat buat potluck. tahun ni saja dah berapa kali dah. emmm...mula2 tu macam issshhhh malasnya bila nak kena bawa homemade food. sohih kena bangun awal untuk masak. breakfast anak pun aku buat yang simple2 je..ni nak kena masak untuk orang pulak..iissshhhh betul betul malas lah. tapi bila dah berapa kali buat potluck ni cam seronok pulak. makanan punya lah pelbagai. sampai penat aku makan kehkehkeh. biasa la tu ada rendang, gulai, mee kari, laksa, nasi lemak, masak kurma, masak kicap, mee udang, buah2an, kek, kueh, agar2, baru2 ni kak dah bawa udang lipan masak lemak.. issskkk..sodap giler. kali ni punya potluck aku makan sampai tak sedar diri. punya lah kenyang sampai tak larat nak jalan. buruk tul perangai. kehkehkeh. sohih lah naik timbangan. teringat masa zaman bujang dolu2 dengan geng jalan2 cari makanku..dapat gaji je ada lah projek pi meng usha tempat2 best untuk bersantap2an. apa2 pun i'm looking forward potluck yang seterusnya. nyamm...nyammm...nyyaaammm...
Friday, 7 October 2011
lubang butang blaus
aha...syoknye..akhirnya aku berjaya gak menjahit lubang butang blaus. setelah beberapa lama aku duk poning palo memikirkan camne la nak jahit lubang butang ni..mesin jahit yang ada ni ntah pasai pa la tak boleh guna function buttonhole tu..geram betul la..eeeeee. siap baca manual & refer to net tau..punya la semangat nak buat sendiri tu. tapi hampa sehampa hampanya. last2 fikir punya fikir i say pasai pa tak buat cara biasa je. tanda je la lubang butang tu kat kain, then jahit lurus je..buat ikut tanda tu..jahit le dua tiga kali kan depan belakang depan belakang...aiseh pasai pa idea ni tak sampai2 ke otakku dari dulu lagi..issskkk...sampai c kamlesh tu terpaksa jahit manual je..kehkehkeh..tadi siap praktis buat tiga buttonhole lagi..sama sebijik macam guna tapak buat buttonhole tu..isskkk bangga betul aku dengan kejayaanku ini tapi tak berpeluang pulak nak tunjuk kat member sebelah coz diaorang pun busy semacam je hari ni. takpe..esok masih ada...ahaakksss...
Wednesday, 5 October 2011
Jahit langsir
aku cukup tak berkenan langsung dengan langsir dalam bilik tidurku..pendek! kehkehkeh..pakai hak lama punya masa duk rumah sewa dulu. ni bila duk rumah sendiri recycle lagi langsir ni..sekali singkat la pulok, terpaksa la main tambah dengan kain selimut..kuikuikui..bila dah pandai sikit2 menjahit ni kan.. ehem..ehem.. terus la nak jahit langsir sendiri. almaklumlah upah jahit langsir pun dah berapa, kos beli kain lagi. tu pun aku beli kain murah2 je..tapi tebal & agak dark colornya. takpe la first time nak jahit ni..bagi chance aaa..firstly aku ukur dulu tingkap bilik. dah dapat ukuran baru la mencongak2 berapa meter kain nak beli. pastu paksa myluv p teman beli kain.. kehkehkeh..ikut je lah orang tua ni..last2 kena jaga anak kat luar kedai coz anak terlampau aktif le pulak hari tu.. issskkkk. tak senang mama nak bershopping. ok. dapat kain aku pun mulakan operasi ukur dan gunting kain. pastu jahit tepi..syoknyee..sampai terpatah jarum mesin tu. nak tukar jarum tak reti pulak..tanya kawan, tanya adik ipar, sedara mara, sorang pun tak tau. dorang ni tau pakai je lah..cam aku gak. last2 pi tanya member yang memang tukang jahit upah punya. dia lah yang ajar camna nak tukar. thank you kamlesh. i luv u lah. janji nak blanja makan kfc..ok back to langsir. dah sudah jahit tepi mula la operasi jahit menjahit tetas menetas..hehehhe..last2 siap langsir utk master bedroom, my sons bedroom (sama je kain langsir dia...kuikuikui). ada banyak baki kain ni. eh! aku ukur tak betul..terlebih beli kain...isk..iskk...isskkk... takpe aku jahit utk dapur sekali..tu dia bilik2 & dapur sama langsirnya...kehkehkeh..my luv impress gak dengan my new skill..maklum lah lama dah pakai langsir recycle ni. sekali dapat new change..dia pun terpesona gak..walaupun jahit cincai2 je..malu weh kalau ada tukang jahit tengok. takpe la janji aku dan keluargaku terlindung dari pandangan jiran2 di luar sana. & save cost banyak oooo...pasni nak upgrade jahit langsir untuk sliding door la pulak. my luv pun angguk2 kepala when i told him my next project. approve la tu...heheheh..
Subscribe to:
Posts (Atom)